Donut Gebu Untuk Minum Petang

Hello, hari keberapa dah Restriction Movement Order(RMO) ni? Don’t worry we can do this okay. Lagi berapa hari je kena tahan duduk rumah diam-diam, dari bulan puasa nanti, musim raya nanti langsung tak dapat keluar pergi mana-mana lebih baik la kita usaha duduk diam sekarang. Kalau korang duduk rumah bosan-bosan tak buat apa jum I kongsi resepi donut.






Boleh la makan donut petang-petang ataupun makan sambil tengok movie. Lagipun bahan dia senang je dan mungkin bahan ni semua ada dalam dapur korang. Donut ni sis @/aamirahazlann kongsi di Twitter dia sebab I memang follow dia lama dah. Korang boleh klik sini untuk baca full thread resepi tu di Twitter okay. I dah buat dan memang jadi donut gebu gebas dan sedap! Terliur lagi masa taip entry ni sebab donut dah habis :(





Bahan:
50ml susu
100ml air suam
1 telur
200g tepung roti
50g tepung biasa
4g garam
30g butter
1 paket yis



Untuk susu tu I guna susu full cream yang memang ada dalam peti. Kalau tak ada susu full cream tu boleh je guna susu apa-apa, susu cair, susu fresh milk, susu anak korang I tak sure boleh guna ke tak try la dulu. Kalau tak ada tepung roti, guna je semua tepung gandum. I guna tepung gandum dan jadi je donut dia. Yis memang ada stok dekat rumah sebab I selalu buat mantou Ayhan. Oh nanti I share resepi mantou Ayhan pula okay sebab sesuai untuk baby!



Cara:
Mula-mula letak yis dalam air suam. Tambah gula sekali dalam yis tu. Sekalikan tepung, butter, garam, telur dalam mangkuk yang sesuai untuk korang uli nanti. Letak campuran yis, gula, air tadi dan uli. Kemudian tambah susu sedikit demi sedikit. Uli sampai doh dah tak lekat.



Kalau doh melekat tambah tepung sikit-sikit sampai dah tak melekat. Dah siap uli, tutup mangkuk dengan kain basah. Tunggu la 30 minit ke macam tu sampai doh tu kembang. Dah kembang cantik boleh buat bentuk donut dan goreng! Dah siap goreng boleh la salut gula halus atau letak topping coklat ikut la nak makan macam mana okay.



Lagi satu I bahagikan bahan di atas kepada dua. Tak nak buat banyak sangat sebab deat rumah ada I dengan Aiman je. Kalau bahagi dua dapat la lapan biji donut besar hahaha. Try la nanti okay. Ini kali pertama I buat donut dan menjadi so I rasa resepi ni senang je kalau korang memang jenis tak reti nak buat apa-apa masakan susah. 




4 comments

  1. Febret ni.. lagi2 kalau gula campur tepung susu kat luar. Hehe

    Jemput join contest

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Hi! macam sedap ja ni. Biasanya mak buat tak letak pun susu segar tu dengan butter.
    Boleh la suruh mak buat nanti hehe.

    ReplyDelete
  3. Baru je 2 hari lepas makan donut, rasa nak makan lagi ni.

    ReplyDelete
  4. Bestnya buat homemade donut! yummy! pastu sya tertarik tengok marble tray tu! so pretty.

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.