Cara Cuci Botol Minuman Bayi

Cara cuci botol | Perlu ke cara cuci botol ni? Hahaha ni bukan sebarang botol tau, I nak kongsi cara cuci botol Ayhan. Ayhan sekarang guna botol jenama Nuby Trainer Sipeez Flip It. Dah guna botol ni dari dia mula makan solid food enam bulan haritu. Nanti I kongsi review best ke tak botol ni okay sebab macam I sendiri memang memerlukan dan selalu google review barang anak. Senang bila dah baca pengalaman orang lain jadi kita boleh fikir dulu patut beli ke tak.



I pun pernah google cara yang betul untuk cuci botol baby sebab risau salah cuci, tak bersih, sakit pulak anak nanti. Pelbagai cara boleh guna nak cuci botol baby ni tapi I pilih cara paling senang dan tak leceh. Lagipun I guna botol tu untuk minum air kosong je jadi tak perlukan kaedah cuci yang lebih-lebih. Contohnya kalau guna botol tu untuk minum susu mesti la kena cuci bersih baki susu yang ada dalam botol kan.





Antara barang yang I guna untuk cuci botol, berus khas untuk cuci botol ni. I beli berus ni untuk cuci botol susu Ayhan sebenarnya tapi Ayhan jarang minum susu guna botol jadi guna bila nak cuci botol straw dia je. Berus ni function sangat nak cuci bahagian yang susah nak capai. Kalau boleh asingkan la berus/span yang digunakan untuk dapur dan untuk cuci barang anak. Risau bakteria banyak sangat yang guna untuk dapur tu.



Selain berus khas untuk botol, I guna berus metal straw/glass straw ni juga untuk cuci straw Ayhan. Untuk pencuci pula I guna pencuci khas untuk cuci botol susu,NUK Baby Bottle Cleanser. Harga dia tak silap dalam RM30++ tapi masa I beli ada promosi separuh harga jadi jenama ni paling murah dekat situ haha. Antara fungsi dia untuk cuci lebihan susu yang ada dalam botol. I guna cecair pencuci ni juga untuk cuci mainan Ayhan. Bagi I cecair pencuci ni membantu la nak cuci botol, mainan dan senang nak bilas.





Cara I cuci botol pula I akan buka semua bahagian botol tu dan letak dalam satu bekas. Letak cecair pencuci ikut suka hati dalam bekas tu kemudian guna air panas/suam untuk rendam botol tu. Senang! Ikut la nak rendam berapa minit, biasa I rendam 15 minit macam tu sampai air tu suam sikit then boleh cuci guna berus pula.









Bilas dan isi air kosong semula. Settle. Biasa tak lama pun ambil masa nak cuci botol ni sebab I rasa ni cara paling senang. Kalau ada bekas sterilize tu boleh la guna juga okay untuk lebih tahap pembersihan.



17 comments

  1. wahh ada member yang timang cahaya waktu PKP ni. bolehlah suggest dia gunakan ni. iyalah, sekarang dengan macam2 jenis virus, golongan kanak-kanak antara yang senang terdedah. bagus adanya produk ni!

    ReplyDelete
  2. Mencuci botol susu memang perlukan bahan2 yang sesuai agar botol bersih dan tidak dicemari bakteria apabila maauk ke mulut bayi.

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas perkongsian. boleh jadi rujukan masa akan dtg :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. Good sharing.. Kena rendam air suam jugak yer

    ReplyDelete
  5. Yup cuci botol baby memang kena2 betul cuci, sis dulu beli alat khas utk cuci botol dekat Mothercare, memang bagus jugak

    ReplyDelete
  6. Setuju part basuh botol ni. Memang kena teliti sebab kuman tu kita tak jangka. So amik langkah pencegahan melalui jaga tahap kebersihan

    ReplyDelete
  7. Thank you share info. Senangkan guna pencuci ni. Selamat untuk anak

    ReplyDelete
  8. Very useful info for those with babies. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  9. Bagus sekarang lebih utamakan kebersihan..zaman masa Sis 20 tahun dulu, alaa cuci rendam dengan air panas aje, belum ada keluar cecair pe,bersih gini...skrg lebih terjamin kebersihannya..

    ReplyDelete
  10. Pentingka cara mwncuci dengan beryl. Bagi memastikan botol anak betul2 bersih dan bebas kuman

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni. Thanks for sharing. Bukan boleh pakai sabun biasa nak cuci botol anak kan.

    ReplyDelete
  12. Wajib rendam botol susu ank hari2. Ena buat rendaman manual mcm awak. Kadang geli tgk botol budak lain hitam 😂 masih hisap siap ada kerak susu.

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat Airah... masa first baby dulu, memang paranoid sangat... kiranya, habis je anak menyusu, terus basuh botol susu sebab tak nak nanti ada lekat-lekat kerak susu kat botol... yelah kan, risau kalau anak sakit perut ke hanya kerana tidak menjaga kebersihan botol susu... sekarang dah 12 tahun dah pun my eldest... hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Sama la za pun basuh camni tapi still relevan ke kalau yg rebus basuh botol panas2 tu ek? Haha za kekadang buat juga cmtu

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni.. nanti para suami pun kena belajar cuci juga botol susu anak... bukan kerja isteri saja

    ReplyDelete
  16. Saya pun berus pencuci botol yg mcm ni. Yang pentingnya kita kena terus basuh botol sebaik saja selepas guna.

    ReplyDelete