Mantou Baby Friendly

Dah lama rasanya tak share resepi untuk baby. Ayhan dah masuk umur setahun, pelbagai masakan la I boleh buat. Gigi pun dah ada lapan batang lepastu bila orang suap makanan confirm bukak mulut je tak pernah nak tolak. Kali ni I nak kongsi resepi snack atau minum petang atau boleh buat kudap-kudap juga. Dah banyak kali juga la I buat resepi ni sebab senang dan sedap. Ayhan pun suka.



Bahan A
50g Tepung gandum unbleached
¼ sudu kecil Yis 
50g Puree (buah-buah/ubi pilihan)
35g Full cream milk (Kadang-kadang I bancuh je susu tepung Ayhan sebagai ganti)


Bahan B
75g Tepung gandun unbleached
¼ sudu kecil Yis
35g Susu Full cream





Cara:
Bahan A, sekalikan tepung, yis dan puree. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli. Kalau tak tahu  nak buat puree tu, blend je buah atau ubi pilihan. Kadang-kadang untuk bahan A ni I tak guna susu pun sebab puree dah ada air so boleh uli doh tanpa susu. Semua kena bergantung pada jenis puree juga jadi nak senang masukkan susu sedikit-sedikit bergantung pada tekstur doh okay. Pastikan tak melekat pada tangan.



Bahan B pun buat step sama. Kemudian I tutup dua-dua mangkuk bahan guna kain basah untuk tunggu dia kembang dalam 15 ke 30 minit. Bila dah kembang boleh roll nipis-nipis. I buat yang tak ada puree untuk lapisan bahan, yang Bahan A di bahagian atas. Pastikan doh dedua bahan tu melekat elok sebelum korang gulung. Dah gulung cantik-cantik boleh la potong ikut besar mana nak dan simpan dalam freezer untuk tahan lama. I biasa kukus dalam 15 minit. Nanti dia naik gebu macam pau. Sebelum kukus, lepas keluar dari freezer defrost dulu okay sebab I terus kukus masa beku tu dia naik tak cantik.



10 comments

  1. Kalau mcm ni, yg x baby pon sedap aja ngap..hihi

    ReplyDelete
  2. Senang je kan resepi ni. Kalau tak bagi baby untuk kita makan pun senang je buat ni.

    ReplyDelete
  3. Yum...... nampak sedap la pula masakan utk baby nie. Kita yg day dewasa nie pun tringin nak mencuba nyer. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Ok nanti nak try. Jangan kata baby rasanya kalau buat abang² yang lain pun nak gak ni..

    ReplyDelete
  5. Wah mesti baby sesap makan kudapan ni apatah lagi buatan air tangan ibu sendiri...

    ReplyDelete
  6. Alahaiii comelnyaa...ni kalau baby tengok, selera dia terus nak ajeee hehehehe

    ReplyDelete
  7. Anak saya masih bawah 6 bulan so belum bole diberi makanan. Nanti bila dah 6 bulan barulah fikirkan apa nak diberi hihi...

    ReplyDelete
  8. Mudah juga nak buat ya... nampak pun yummy je... ni bukan baby je yang suka ni, kakak abang pun suka juga ni... hehehehe... nanti bolehlah cuba buat...

    ReplyDelete
  9. Tgk resepi mcm sedap jer tentu baby suka mkn nti blhlah bgtau kat menantu buat utk anaknya

    ReplyDelete
  10. First time i dapat tau ada mantau yang khas with puree and bagus for baby.

    ReplyDelete