Jerawat Muncul Tiba-Tiba Nak Buat Apa

Baru-baru ni, kulit I alami masalah yang dah lama I tak lalui iaitu naik jerawat banyak sekaligus. Sebelum ni kalau naik jerawat pun satu dua tiga ketul je itupun I dah dapat kenalpasti awal sebab apa jerawat muncul. Contohnya, period, jarang cuci muka atau tak jaga skincare routine atau pun bila I tak cukup rehat. 


Tapi beberapa hari lepas muka I naik jerawat yang agak teruk di bahagian dahi. Naik jerawat kecil-kecil padahal bahagian dahi I la jerawat paling jarang nak naik. Biasa bahagian pipi atau dagu sahaja. Disebabkan I jenis yang rajin buat skincare dan jaga muka, bila jerawat naik mendadak macam ni apa lagi terus panic la haha. Aiman la jadi mangsa kena soal kenapa jerawat I naik padahal muka sendiri tapi tanya orang lain.


Jadi sekarang jerawat tu dah reda, kulit I dalam fasa nak baik, I nak kongsikan apa yang I buat. I kongsikan semua je la sebab I tak pasti mana satu yang sesuai dengan kulit I. Mula-mula I pakai clay mask. Kalau korang masih tak tahu, clay mask sangat membantu untuk menyerap minyak dan kotoran di atas permukaan kulit. Clay mask juga membantu bersihkan pori kulit jadi step pertama I mesti la nak bersihkan kulit sehabis baik dulu dari segala kotoran penyebab jerawat yang timbul secara tiba-tiba ni. I pakai clay mask dari Jelika.kl dan VTCosmetics Cica Capsule Mask. Cica Capsule Mask tu I ada kongsi full review dekat instagram story dan I dah simpan di story highlight bawah ‘VTCosmetics’ so korang boleh check semula okay.




Untuk Jelita.kl punya Rose Clay, review bakal menyusul jadi rajin-rajin la singgah blog I okay. Step kedua, I kurangkan penggunaan produk skincare. Kalau sebelum ni step skincare I sampai lima hingga tujung langkah tapi bila ada jerawat banyak ni I buat tiga empat step sahaja skincare routine.


Step tersebut adalah cleanser, serum, moisturizer, eye cream. Itu sahaja. I cuba untuk gunakan kurang produk bagi kulit bertenang dulu. Pernah terbaca tak if kulit tiba-tiba tak okay, cuba back to basic. Buat yang simple dulu tapi pastikan kulit cukup kelembapan yang diperlukan.


Step terakhir, cuba cari punca kenapa jerawat tersebut muncul. Mungkin tak jaga makan, mungkin dah lama tak tukar sarung bantal, cadar, tuala, atau tak jaga skincare rutin. Dalam kes I, I rasa jerawat ni muncul tiba-tiba sebab ada produk skincare I yang dah expired. Hahaha salah sendiri tak check skincare dah nak expired. I punya toner dan serum lagi sikittttt je nak habis tapi dah expired. Jadi lepas ni I kena habiskan skincare I cepat-cepat sebelum tarikh expired untuk elakkan pembaziran macam ni.


I test juga serum dan toner tu sapu pada bahagian kaki tapi tak ada iritasi kulit jadi sebab tak nak membazir I habiskan je sapu pada bahagian badan yang lain. Bila sapu toner dan serum pada kaki, bangun pagi esoknya kulit rasa lembut!


Ini pengalaman I bila naik jerawat kecik tiba-tiba pada kulit. Korang boleh la try step-step tersebut untuk rawat kulit dan paling utama kena cari punca jerawat muncul jadi kita sentiasa alert bila benda tu terjadi.


16 comments

  1. Dah lama Yaya tak pakai clay mask. Clay mask memang terbukti antara kaedah terbaik untuk merawat kulit juga. Yaya cuma ada masalah kulit sensitif dan kulit kering so yaya lebih fokus untuk produk yang melembapkan kulit hee

    ReplyDelete
  2. haha tips baru ni sapu toner dekat kaki. Boleh try jugak ni sebab toner I dah nak expired tapi ada banyak lagi. Tapak kaki I pun dah start merekah. Thanks!

    ReplyDelete
  3. Rawlins malas nak pikir kalau pasal jerawat sebab memang sejenis kulit sensitif melampau - tapi sebenarnya kalut sangat kalau ada jerawat - maka akan buat macam2 untuk hilangkan jerawat tu

    ReplyDelete
  4. Kalau jerawat muncul, pertama kali buat menjerit hahahaha...ye laa nampak jerawat macam nampak hantu kann hahahaha...Sis pun kalau jumpa jerawat suka pakai yang jenis clay mask, bagus, sebab dia mengeringkan jerawat...nanti boleh try cuba yang Airah try ni..

    ReplyDelete
  5. Klu jerawat muncul i sapu kri wdta tu je sikit.. Kadang-kadang latak aiken pimple cream tu je

    ReplyDelete
  6. ada tak orang cakap awak macam janna nick? tiberrr..hahahah

    kita pun jenis jerawat naik bila nak datang bulan..tapi biasanya sebiji dua je dia, cuma saiz dia dari 1 meter da nampak..haha! memang tak pakai banyak sangat skincare sebab kulit muka jenis sensitif..

    ReplyDelete
  7. boleh suggest dekat adik sebab muka dia pun senang tumbuh jerawat. habis berbekas, macam saya kulit kering dan sensetif

    ReplyDelete
  8. Nasib baik dah ok kulit dia. Qis ni pun tetiba naik jerawat besaq gedabak. Baru plan nak kuar rumah..hahaha ni pun lepas cuci muka tak letak apa dah nak bagi kulit reda sikit. 2-3 hari juga ambil masa nak kecutkan jerawat ni

    ReplyDelete
  9. Sesiapa yg ada jerawat tu boleh la cuba cara yang disyorkan ini. Mana tau mujarab.

    ReplyDelete
  10. Nad kalau naik jerawat pakai ubat jerawat je jneis yang cepat jerawat. kcutkan jerawat.

    ReplyDelete
  11. Menarik perkomgsian ni. Memang stress kalau jerawat naik banyak dekat muka. Rasa nak picit je.

    ReplyDelete
  12. sejak jaga rutin skincare ni, kulit lebih sihat suka sangat. tapi kalau tetiba jerawat naik, ha.. nak period la tu, tu i la.. haha tapi bila pakai claymask memang habis jerawat kecut. best sangat

    ReplyDelete
  13. ika kalau ada jerawat ika akn biarkan je sbb taktahu nak buat apa dah baca apa awak share ni nnt boleh cuba hee

    ReplyDelete
  14. Suka jaga part pemakanan sebab tu antara penyumbang munculnya jerawat. Dan untuk krim memang kena standby, bila muncul kita letak . hehehhe

    ReplyDelete
  15. Nina kalau bab muka ni memang past ke anak perempuan nina. Dia memang suka la bab-bab facial ni. Boleh la rasa dimanja-manja gitew

    ReplyDelete
  16. Muka kak mmg xde jerawat and jenis kulit kering jd xrisau sgt, nng sesuailah pakai clay mask dari Jelika.kl dan VTCosmetics Cica Capsule utk mereka yg ada masalah kulit muka

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.