Link Blog Kena Block Di Facebook

Memang pening bila link blog kena block dekat Facebook. Nak post entry tak boleh, nak letak link blog tu dekat bio pun tak boleh. Memang tak boleh buat apa-apa la sebab link blog tu macam dah tak wujud je tsktsk. I perasan masa nak post link entry dekat Facebook tiba-tiba naik popup ‘against their community standard’.







Siapa pernah jadi macam ni bila nak post link blog angkat tangan! Lama juga la I memikirkan macam mana la nak buat. Pekara pertama mesti la google apa yang boleh buat. Yang cara senang tu I try la juga contohnya report problem tu pada Facebook. Lepastu I ada terbaca forum yang memang nan hado la Facebook nak layan pasal benda ni sebab link dia pun kena block dah berbulan tapi tak settle-settle jugak. I dah rasa nak giveup dah.



Tapi I rasa macam membazir pula kalau tak dapat post link dekat Facebook sebab mostly pengunjung blog I dari Facebook. Lepastu kalau tak boleh post di Facebook, Instagram pun tak boleh juga tau. Habis dekat mana I nak promote my link?!
 


Jadi pekara pertama yang I buat, cari punca kenapa kena block. Tak silap I yang I ingat kena block sebab I banyak ping /post link blog I dekat Facebook. Macam banyak sangat so mungkin dia ingat link tu spam. I rasa ini punca dia. Jadi I try la contact Netkl, I nak tukar domain blog. Yes tu je jalan penyelesaiannya. Tukar domain blog kepada nama yang tak kena block hahahha.



Memang rasa membazir sangat sebab I baru bayar fee tahunan domain blog bulan April haritu. Bulan May dah kena bayar lagi sebab nak tukar domain blog! Stress juga sebab duit tu banyak benda lain I boleh beli. Tapi bila tanya pendapat Aiman, dia okay je so kita teruskan jela tukar domain blog. Tapi salah satu risikonya I tak pasti betul ke Facebook block link blog I sahaja atau sebab isi kandungan blog I. Kalau cuma block link sahaja, jadi tak ada masalah la nak tukar domain. Kalau dia block sebab isi kandungan, memang tak dapat buat apa la kot sebab Facebook tak bagitahu apa-apa sebab pun kenapa dia block. Jadi I tanggung risiko itu ahaha.





Jeng jeng jeng. Domain blog I dah bertukar dan finally boleh post dekat Facebook dan Instagram. Alhamdulillah walaupun duit keluar, lepastu kena apply adsense lagi sekali, tak apa la sebab I sayang blog I ahaha. Kalau link korang pun kena block dengan facebook, boleh la cuba jalan macam ni. Ini berdasarkan pengalaman I je. I memang banyak baca dan banyak try cara supaya link blog tu tak kena block dah tapi tak ada pun perbezaan jalan penyelesaian jadi tukar jela. Kalau korang ada pengalaman link blog dah di unblock oleh Facebook share la jugak.





4 comments

  1. Ai pernah baca bro Hasrul Hassan share pasal ni. Tapi link tu dah hilang sebab pc rosak.

    ReplyDelete
  2. Akak pon kena bulan lepas..tak tahu nak buat apa juga..kalau tukar domain jadi kena tukar nama blog jg ke dik?

    ReplyDelete
  3. Facebook memang suka block link blog,

    ReplyDelete
  4. Sayang nyee kalau kena tukar baruu tsktsk

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.