Raya 2020

Selamat Hari Raya! Walaupun dah raya keberapa dah ni I tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya juga. Raya tahun ni memang berbeza sangat sebab kebanyakkan orang tak dapat nak luangkan masa Raya sama-sama dengan ahli keluarga termasuk la I. Bayangkan I raya bertiga je dengan Aiman dan Ayhan di perantauan yang jauh ini tanpa ada saudara mara tsktsk. Sedih tau padahal tahun ni Aiman dapat turn raya dia.



Dari tahun lepas dah plan cuti raya, nak pergi mana semua alih-alih di sini sahaja kita. I nak beli baju raya pun tak ada mood jadi semua pakai baju yang mana ada je. Lebih baik duit baju raya tu simpan untuk next raya. Kalau boleh balik raya haji nanti confirm nak raya puas-puas haha. Walaupun raya tahun ni tak dapat balik Perak tapi I masih semangat masak rendang, kuah kacang, nasi impit, mee kari dan buat dua jenis biskut raya, semperit dan cornlakes madu. Buat biskut raya senang-senang je sebab nak rasa jugak suasana raya.





Biskut raya yang lain-lain beli je. Pagi raya pun tak best, I tangkap gambar berdua dengan Ayhan je sebab Aiman tidur, dia jaga Ayhan lewat malam lol. Tapi takpaa la asalkan suami dan anak I ada, I okay la sikit. Sekarang tengah usaha nak habiskan puasa enam sebab bila puasa lepastu kena susukan baby ni mencabar juga. Puasa I tahun ni pun Alhamdulillah beberapa hari je tak dapat puasa sebab period. Tak ada pun menyusu baby sampai tak larat nak puasa. I syukur badan okay sikit walaupun penat la juga lagi-lagi lepas baby susu confirm haus.



Itu jela cerita puasa dan raya I tahun ni. Tahun 2020 I tak balik Perak lagi jumpa parent ahaha Paling lama dalam sejarah dan memang dah tak sabar nak balik jumpa parent dan adik-adik. Harap cepat la habis covid19, pkpd semua ni. Amin.




3 comments

  1. lepas 10 hb ni dah boleh balik Perak dah... MY pun tak sabar nak balik pahang

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri!!!!!

    Memang terasa lain, Cepatlah sembuh dari virus membunuh ni. AMIN

    ReplyDelete
  3. PKPP ni dah boleh rentas negeri
    Bolehlah balik kampung

    ReplyDelete