Beauty Purchase I Have Made

Dah lama rasanya tak update beauty related stuff dekat blog sendiri. Bukan tu je, update blog pun dah jarang sangat sekarang. Kesian blog berhabuk. Sebenarnya banyak topic yang I nak share dekat blog lagi-lagi review produk tapi semua simpan dalam planner dulu. Tak sempat lagi nak update satu-satu. Idea banyak tapi masa tak ada tsktsk. Bila ada anak kecil ni memang masa banyak habiskan dekat dia je lagi-lagi sekarang I memang 24jam dekat rumah lagi la banyak kerja nak buat.



Tapi jangan risau I dah mula kutip kerajinan dan semangat semula nak update blog. Banyak list menunggu. Harini I nak share produk skincare yang I baru beli dari Wako Beauty. Kalau korang tak pasti mana nak beli produk kecantikan korea, Kbeauty yang memang ori tanpa was-was, salah satunya Wako Beauty ni la. Boleh check Instagram dia. I beli melalui platform Shopee je senang. Nanti bahagian search Shopee tu korang search je Wako Beauty okay.



I beli empat barang dan dapat sepaket kecil cleanser freegift. I beli Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum, Heimish All Clean Balm, COSRX Ultimate Moisturizing Honey Overnight Mask dan Missha Magic Cushion Moist Up. Empat-empat barang ni semua I dah test. Untuk entry kali ni I nak share simple review je. Nanti full review dan more gambar I share dekat entry lain okay jadi stay tuned.

 



Yang pertama I nak share dengan korang Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum. I beli serum ni sebab I memang nak cari chemical exfoliate yang ada AHA dan Bha jadi serum ni jadi pilihan I. Plan nak beli Cosrx punya AHA BHA tapi itu next time la. Sepanjang I pakai dalam tiga empat minggu ni I suka juga la kesan dia pada kulit. Kulit lebih licin, glowing tu semestinya lagi-lagi bila baru lepas pakai dan kulit lembut! I tak perasan lagi kalau serum ni membantu atau tidak untuk whitehead dan blackhead I jadi nanti I kongsi dekat full entry serum ni okay.

 


Produk kedua, Heimish All Clean Balm. Sebelum ni I guna cleansing oil je kalau nak tanggalkan makeup dan ini baru pertama kali I cuba cleansing balm. I suka sangat guna Heimish punya cleansing balm ni sebab kalau pakai waterproof mascara memang tanggal la. Cleansing oil yang I guna sebelum ni tak membantu langsung nak tanggalkan waterproof mascara. Kalau nak tahu cleansing oil apa tunggu I review nanti okay.

 


Produk ketiga, Cosrx Overnight Mask. I beli Overnight Mask atau sleeping mask ni sebab Laneige sleeping mask I dah habis. Laneige punya tu I memang suka sangat bangun pagi kulit rasa toink toink tapi rasa nak cuba produk lain pula jadi I tak repurchased. Cosrx Overnight Mask pun bagi I best juga. Rasa sejuk je bila pakai dan bangun pagi esok rasa kulit lembut dan lembap. Bagi kulit I, tak ada banyak perbezaan pun dengan Laneige sleeping mask.

 


Produk terakhir, Missha Magic Cushion Moist Up. I guna bb cushion sebab I rasa lagi senang dan cepat nak bersiap. Kalau guna foundation atau bb cream lambat nak sapu dekat kulit. Harga Missha Cushion ni pun berbaloi bagi I kalau nak pakai setiap hari, tak rasa membazir. Kalau pakai mahal-mahal lepastu kena pakai setiap hari rasa kedekut sikit haha. Bagi I, memang cushion ni moist! Kulit nampak glowing, lembap, membantu tutup cela walaupun coverage dia biasa je tapi okay la.

 


Okay itu je simple review I untuk empat produk ni. Next entry I kongsi lebih detail ingredients, gambar before and after dan lebih lagi okay. Buat masa ni bila guna produk ni semua I suka sebab I jenis baca review dulu sesuai atau tak produk tersebut dengan kulit I.




2 comments

  1. macam best... muka boleh terima okey la, saya ni risau jer kot kulit muka meragam

    ReplyDelete
  2. ASSALAMJALAIKUM..THE BEST #406

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.