Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok!



Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang
pelbagai.



1 ) SPAGHETTI CARBONARA

A plate of food on a table

Description automatically generated


Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim. Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe.



2 ) MACARONI CHICKEN SOUP

A bowl of fruit sitting on top of a wooden cutting board

Description automatically generated

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah!



3 ) CHEESY BAKED PENNE WITH EGGPLANT

A pizza sitting on top of a tray of food

Description automatically generated

Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram.



4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES

A plate of food on a table

Description automatically generated

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian
atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.



5 ) TUNA PASTA SALAD

Tuna pasta salad

Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.




Dapatkan resepi lengkap di https://alcenero.asia/recipes.html, atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk menambah lebih banyak hidangan- hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila anda menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial kami untuk lebih banyak resepi dan peraduan.







Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero

Eyelash curler antara tools wajib yang korang kena ada kalau korang suka makeup. Bulu mata I sejenis tak lentik jadi nak tak nak kena la guna eyelash curler ni sebelum dan selepas pakai mascara. Sebelum ni I dah guna dua tiga jenis juga eyelash curler tapi semua jenis murah-murah. Teringin juga nak pakai yang mahal macam Shu Uemura eyelash curler tu tapi hahahah tunggu jela bila sampai masanya nanti. Sekarang beli yang murah-murah tapi still function je dulu.

 

It’s My Eyelash Curler ni I beli dekat website Althea tapi I cuba cari dekat website dia tak ada dah tak sure masih jual atau tak. Eyelash curler I yang lama, bahagian yang kepit bulu mata tu dah tercabut so beli lain je la. Eyelash curler ni ada dua jenis satu yang biasa dan satu lagi jenis comb. Comb tu ada sikat kecik dekat bahagian pengepit tu. Walaupun ada comb atau sikat kecil tu, benda tu boleh je tanggal. I pun tak guna sebab macam tak ada fungsi pun.





I beli eyelash curler ni dalam belas-belas ringgit je. Lupa la exact amount berapa tapi serius murah dah berbaloi la bagi sebab sebab dia boleh lentikkan bulu mata macam biasa. Eyelash curler ni dalam box dan dapat satu apa eh nama dia, plastik yang bahagian pengepit mata tu. Bahagian tu selalu terlekat mascara kan kalau macam dah buruk sangat boleh la ganti bahagian tersebut. I dah guna dua-dua jadi bila yang sekarang punya dah buruk dan kotor nanti beli curler yang baru.


So far I guna sesuai je untuk lentikkan bulu mata. Walaupun murah, masih berfungsi dengan baik. Kalau korang cari eyelash curler yang berbaloi boleh la cuba.




It's My Eyelash Curler

Kenapa iklan Adsense I tak keluar juga walaupun Adsense dah lama approve. Yes pening I nak settlekan Adsense ni walaupun ini bukan kali pertama I apply Adsense. Bila check blog masih juga tak keluar iklan sampai I dah tak tahu nak buat apa. Bila check semula email betul la blog I dah approve Adsense jadi iklan tu tunggu apa lagi yang tak keluar-keluar lagi tu.

Last-last cara yag I cuba, delete gadget Adsense yang ada di layout blog. Kemudian add semula gadget tersebut di bahagian yang korang nak. Lepas save, I check blog yeayyyy! Iklan dah keluar. Finally! Dah lama tau tak I pening-pening lalat sesorang tak tau cara nak keluarkan iklan tu. Macam tu je caranya. 





Kalau korang singgah di blog I jangan lupa tolong klik iklan yang ada okay.

Kenapa Iklan Adsense Tak Keluar

Bila dah ada anak ni, semua benda ambil berat. Kalau boleh nyamuk sekor pun tak nak bagi gigit. Tapi macam biasa la kadang tu terlepas pandang sampai anak kena gigit nyamuk dua tiga bintat terus rasa serba salah dengan anak hahaha. Sebab Ayhan kecil lagi, dia nak garu bahagian yang kena gigit nyamuk tu pun tak reti tapi dia macam tak selesa la tak tau nak buat apa kan. I biasa sapu je krim bagi lega sikit tak ada gatal-gatal.



Kulit Ayhan ni kategori sensitive juga macam kulit I. Bila kena gigit nyamuk tu, ambil masa sangat nak hilang. Kadang tu bintat gigitan nyamuk tu kemain bengkak macam kena gigit apa je. Lepastu tinggalkan parut padehal kena gigit nyamuk je! I yang tengok geram sebab kulit anak berparut.



Sebagai langkah pencegahan dari kena gigit nyamuk, I beli KAPS Natural Insect Repellent Spray di Watsons or Guardian tak silap I. Tak ingat pula tapi dua-dua drugstore tu ada je jual. Harga dalam RM10 murah je untuk 75ml. Dekat kotak dia tulis sebagai pencegah serangga asli, digunakan secara tradisional untuk memberi perlindungan daripada nyamuk dan serangga. Kalau korang nak cari tak silap I dia dekat bahagian shaver atau ubat gigi. Dia dekat bawah-bawah sekali.






Pengalaman I guna spray halau nyamuk ni Alhamdulillah memang jarang Ayhan kena gigit nyamuk. Lepas mandi je I akan spray dekat baju seluar dia. Bila tukar pampers, spray lagi. Dalam dua tiga jam sekali I akan spray. Kalau lupa spray tu ada la nyamuk gatal gigit. Sepanjang I guna spray ni memang berkesan la. Bau dia macam bau herba daun gitu tapi tak sesak nafas pun, lama-lama nanti hilang bau dia. Tak ada la tak sedap sangat baunya.



I suka jenis spray macam ni. Senang nak guna. Botol dia pun tak gemuk sangat, nak selit dalam handbag I, dalam bag pampers Ayhan muat je. KAPS ni memang dibuat dari herba asli so bau dia bau herba la. Kaedah penggunaan, boleh sembur pada kulit atau pakaian setiap 2-3 jam. I sembur dekat baju Ayhan je sebab risau kulit dia sensitive. Paling penting kalau terkena mata, bilas cepat-cepat okay.







Antara kandungan produk ni, Citronella Oil, Jojoba Oil dan Tea Tree Oil. I pernah juga guna sticker yang untuk halau nyamuk tu masa Ayhan baby kecil sikit. Itu pun not bad juga tak sempat nak buat review dah habis guna hahaha. Botol KAPS ni pun I dah beli kali kedua, mungkin restock kali ketiga nanti. I memang guna produk ni dan antara happy customer!



Masa I baru bersalin Ayhan, masuk ward kemain banyak nyamuk masa tu tapi nasib I rasa nyamuk tu tak ada gigit Ayhan sebab I jaga. Gigit I je. Next anak kena bawa siap-siap spray ni harap tak lupa la nanti nak masukkan dalam list hospital bag haha.







Halau Nyamuk Dengan KAPS

Dengan cuaca dekat Malaysia ni, I rasa semua orang pernah mengalami masalah kulit. Tak kira la kulit tiba-tiba rasa kering, kulit naik ruam, kulit gatal ataupun pelbagai jenis masalah kulit yang lain. Mesti pernah rasa kan? Tak selesa bila kulit rasa tak normal ni. Kalau kulit I, memang macam-macam masalah ada. Selalunya kulit I tak boleh kena panas sangat atau bahang tengah hari tu. Tiba-tiba je nanti kulit merah naik ruam atau bintik-bintik. Sangat tak selesa!


Anak I pun sama jenis kulit dengan I hahahha. Walaupun muka macam abah dia tapi kulit sama jenis dengan I. Tak tahan panas dan senang sangat naik ruam panas. Baby kan biasa la kulit pun halus jenis sensitif lagi jadi I memang cari produk yang lembut dan sesuai untuk baby. Lagi best kalau produk tu boleh digunakan dari baby sampai orang dewasa dan warga emas. Satu keluarga boleh guna so jimat tak payah beli banyak sangat produk.


Pilihan I mesti la produk Koolit. Tiga jenis produk Koolit yang I dah cuba, Koolit Gentle Body wash, Koolit Calming Cream dan Koolit Soothing Lotion. Sesuai untuk korang yang ada masalah kulit kering, sensitive dan pedih gatal semua tu.







Koolit Gentle Body Wash




Produk pertama yang I guna bila terima ketiga-tiga produk ni adalah Koolit Gentle Body Wash. Lembut sangat pada kulit bila digunakan dan korang tahu tak, tak payah bilas pun kalau guna Koolit Gentle Body Wash ni. Cara penggunaan, korang boleh ratakan sahaja pada kulit dan lap dengan tuala lembap. Kalau korang tak mempunyai cukup masa, guna tanpa bilas ni sangat jimatkan masa. I biasa guna cara ni untuk tanggalkan makeup.


I guna produk ni juga sebagai sabun mandian Ayhan. Nampak perbezaan kulit dia lebih lembut lepas mandi sebab body wash ni ada natural vitamin E dan sangat lembut pada kulit bayi. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Packaging dia jenis botol pump tu dan tak besar sangat pun. I bawa balik kampung haritu tak ambil banyak space pun dalam luggage jadi kalau korang nak bawa travel pun senang. 


Warna Gentle Body Wash yang transparent



Gambar atas ni bahagian pipi Ayhan yang selalu sangat naik ruam bintik-bintik lepastu dia pun rimas sebab gatal. Biasa kalau dia susu lepastu tertidur, I akan lap je pipi dia dengan Koolit Gentle Body Wash lepastu lap dengan kain basah. Berkurang dah ruam.


Koolit Calming Cream



Koolit Calming Cream ni sejenis hypoallergenic sama seperti Koolit Gentle Body Wash dan Koolit Soothing Lotion. I suka pakai Calming Cream ni waktu siang sebab krim ni cepat meresap pada kulit dan tak tinggalkan rasa melekit. Bila tak ada rasa melekit, I rasa lebih selesa nak buat aktiviti seharian. I dan Ayhan lepas mandi akan pakai krim ni



Mencegah lebih baik dari mengubati kan jadi sebelum kulit Ayhan tiba-tiba je naik ruam merah lebih baik sapu dulu krim ni. Krim ni membantu untuk memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit kering dan sensitive. Selain itu, memberikan kelegaan pantas pada kulit yang bermasalah.


Kandungan Licorice Extract dalam produk ni memberikan 40 kali antioksidan yang tinggi. Kulit pun lebih cerah. Paling best korang akan perasan perbezaan kulit korang dalam masa empat minggu.
 




Gambar atas ni belakang Ayhan lepas I mandikan dia. Petang tu main dekat taman berpanas semua. Biasa lepas balik taman confirm naik ruam sebab panas. Kali ni naik ruam sikitttt je. Nampak la bintik-bintik ruam sikit je. Berkurang dari sebelum amalkan produk Koolit dalam aktiviti seharian.



Koolit Soothing Lotion



Koolit Soothing Lotion ni pula I akan sapukan pada waktu malam sebab I biasa tidur dalam aircond boleh buat kulit jadi lebih kering. Lepas mandikan Ayhan je I akan sapu lotion ni sebab biasanya lotion lebih senang meresap masa kulit lembap lepas mandi. Tapi korang tak perlu pun nak sapu lepas mandi juga sebab lotion ni senang sangat serap pada kulit walaupun tekstur dia lebih pekat.


Formula dia pun pasti tak akan sumbatkan pori. Kandungan Ekstrak Akar Manis sebagai anti radang sangat membantu masalah kulit yang dialami. Kulit tangan I, bila lepas basuh pinggan confirm rasa tegang, kering dan agak gatal. Terus cari Koolit Soothing Lotion ni sebab produk ni berfungsi sebagai anti inflammatory dan anti microbial yang membantu melegakan bengkak atau kulit gatal. I pun tak tahu la I ada eczema ke apa tapi Koolit memang jadi penyelamat.


Tekstur Body wash cair dan transparent tapi Calming Cream dan Soothing Lotion lebih pekat.





Kalau korang jenis ambil berat bau lotion yang korang gunakan, Koolit Soothing Lotion ni tak ada bau yang tak menyenangkan pun. Bau dia macam bau herba yang lembut je. Kalau tak hidu, macam tak ada bau sangat pun dan tak mengganggu. I suka packaging ketiga-tiga produk ni. Jenis botol pump dan jenis tube untuk Calming Cream. Kebersihan produk terjamin bila guna packaging jenis macam ni.


Produk Koolit sesuai untuk semua jenis kulit tidak terhad untuk kulit sensitive sahaja. Bila dah jadi parent ni memang I ambil berat setiap produk yang I gunakan pada Ayhan jadi produk Koolit memang sesuai sangat untuk baby seperti Ayhan. Bagi I, dengan harga ketiga-tiga produk ni berbaloi sangat dengan kualiti dan keberkesanannya. Korang boleh dapatkan produk Koolit ni di Shopee, Lazada, Watsons dan farmasi terpilih.



Follow : www.facebook.com/koolitmy
www.instagram.com/koolitmy
Shopee : https://shopee.com.my/mynaturaloptions
Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/mynaturaloptions
Website : www.mynaturaloption.com

Koolit Untuk Kulit Kering dan Sensitif serta Tinggi Antioksidan

Hello, korang pernah tak amalkan apa-apa petua yang best untuk kesihatan dalaman? Sejak dah beranak ni, I rasa badan I macam tak best sangat. Tak best bab cepat rasa penat. Kadang tu rasa tak ada tenaga dan lemau. I tak suka bila rasa tak ada tenaga, terus rasa tak produktif dan malas hahaha. Bila I rasa ada tenaga, banyak benda boleh buat. Rasa aktif dan best la sikit sebab banyak benda boleh buat. I suka productive day.


Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui ...


Jadi salah satu cara I nak pastikan I tak rasa lemau dan malas, I cuba amalkan air pegaga. I pilih cara yang natural dengan gunakan sayur-sayuran untuk dapatkan khasiat untuk badan. I berminat juga nak amalkan supplement dan vitamin tambahan tapi sebab Ayhan masih breastfeeding jadi I hold dulu. Walaupun banyak je produk yang sesuai untuk ibu menyusu tapi I rasa macam tak apa kot tunggu dulu. 



Antara khasiat jus pegaga:

Menaikkan seri muka
Menghilangkan parut
Menyembuhkan luka
Awet muda
Menengangkan kulit



Banyak lagi la khasiat daun jus pegaga ni. Kalau nak I senaraikan sampai esok tak habis. Orang tua dulu-dulu pun memang amalkan daun pegaga sebagai ulam-ulaman dan sebagainya untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi I pilih daun pegaga untuk dijadikan jus sebagai amalan harian. Masa pertama kali beli daun pegaga dekat pasar, was-was juga ada ke jual sebab sebelum ni tak kisah pun nak tengok jadi macam tak nampak je orang jual.



I suruh Aiman belikan dekat pasar, banyak gila okay dan harga pun murah. Satu plastik RM4 je. Puas hati buat jus banyak-banyak simpan stok dekat rumah. I baru juga amalkan jus ni. Nak bagitahu kesan dia pun macam awal sangat tapi bila minum jus pegaga ni I ubah mind set supaya I kekal aktif sebab tadikan dah minum jus pegaga. Haaaa menjadi juga la bila ubah mind set ni. Settle semua kerja sebab nak aktifkan diri sendiri sambil jaga anak ni haha.



Antara menu jus pegaga yang I dah pernah cuba,

daun pegaga + anggur + madu + hirisan lemon. Lain-lain tu blend sekali kecuali hirisan lemon I letak lepas dah blend. Tak rasa pahit sangat sebab ada anggur manis dan hirisan lemon tu mengubah terus rasa dia! Ada sekali tu I buat jus lepastu terlupa letak hirisan lemon, tak boleh telan hahahhahaa. lepas dah letak lemon, kacau-kacau sikit baru la boleh habiskan.



Daun pegaga + pisang + madu + lemon. Menu kedua ni pun I selalu buat sebab I banyak stok pisang dekat rumah untuk makanan Ayhan. Bila letak pisang sekali rasa lebih kenyang sikit maybe boleh membantu untuk diet I.



Daun pegaga + madu + lemon. Menu ketiga pula paling selalu I buat sebab kadang tak ada stok buah-buhan untuk campur dalam jus. I lebih suka campur buah lain sebab pegaga tu boleh tahan pahit juga la dan I masih awal lagi nak amalkan jadi tak biasa sangat dengan rasa pahit dia. Mungkin bila dah biasa nanti I boleh teln je jus tu tanpa campur apa-apa kan.








I harap konsisten la sikit diri ini amalkan minum jus pegaga ni sebab dah la murah, banyak khasiat pula tu. 





Amalkan Jus Pegaga

Siapa pengguna clay mask dekat sini? Sebelum ni I tak berapa guna sangat clay mask. I lebih suka guna sheet mask. Tak payah cuci lepas guna dan semestinya kulit rasa lebih lembap. Tapi baru-baru ni I dah guna dua jenis clay mask dan surprisingly I suka sangat dua-dua jenis ni. Tapi untuk harini I buat review clay mask pertama dulu, Cica Capsule Mask.






Cica Capsule Mask ni sejenis wash of mask. Lepas pakai, tunggu kering dan kena cuci. Tak boleh bawa tidur dan tak boleh pakai lama-lama.  Antara fungsi utama clay mask ni, brighten up dan revitalize dull skin. Kalau kulit korang jenis kusam dan rasa tak bermaya boleh la cuba clay mask ni.



Packaging dia kecil je senang nak bawa kemana-mana. I ingat boleh pakai sekali je tapi rupanya sampai tiga kali penggunaan boleh guna untuk ukuran muka I. Rasa jimat sikit ahaha jadi boleh la pakai tiga kali seminggu. Tapi susah sikit sebab packaging dia tak boleh tutup semula dan simpan kalau nak guna jadi cara I, simpan bekas tu terus dalam bekas Tupperware lain. Kena simpan elok-elok okay nak jaga tekstur dia, keberkesanan dan kebersihan mask tu.



Antara kesan best bila I pakai clay mask ni, kulit terus nampak segar  sebab bahan dia seperti green tea powder membantu melegakan dan menenangkan kulit. Kulit pun rasa licin dan lembut sebab clay mask ni membantu menaggalkan sel kulit mati dan menyerap lebihan sebum. Tekstur dia pun ada biji yang tak terlalu kasar dari Green Clay yang digunakan memberikan kesan kulit yang cerah dan bersih. Lepas cuci serius bahagia rasa kulit. Rasa lembut, lembap, tak ada rasa tegang yang tak best tu dan nampak bersih sangat.





I ada share live instastory masa I pakai clay mask ni kalau korang nak tengok boleh check highlight Instagram I bawah VTCosmetics_mys okay. Boleh tengok muka I excited lepas cuci clay mask tu sebab kulit rasa best. Green Tea Extract dan Jasmine Orange Extract membantu menyerap minyak pada kulit, membersihkan pori agar kulit lebih bersih dan licin. Memang betul la orang kata kalau nak pori bersih try la clay mask.



I dah jatuh cinta dengan bahan yang digunakan juga antaranya Centella Asiatica Extract, Green propolis Extract dan Centella 4x Complex. Centella tu memang terkenal dah untuk kulit lembap. Korang kena baca lebih lanjut pasal centella punya fungsi okay.



Cara I guna Cica Capsule Mask ni, I cuci muka guna cleanser macam biasa, pakai toner dan kemudian pakai clay mask ni. Ratakan elok-elok. Nak ratakan pun senang dan licin je pada kulit. Tak payah susah-susah nak bancuh guna air ke apa sebab dia dah ready nak cium kulit korang haha. Lepas 10-15 minit boleh bilas. I bilas guna air biasa je. Elakkan biarkan clay mask terlalu lama pada kulit atau terlalu kering sebab risau dia buat kulit jadi lebih kering.



I suka sangat dengan Cica Capsule Mask ni dan confirm akan repurchased. Kalau korang nak shopping di Shopee VTCosmetics, I syorkan beli Cica Capsule Mask ni dan Probiotics Moisturizing Mask. My Favourite!




Cica Capsule Mask review

Kali ni dah masuk kali ke tiga I apply adsense. Korang dah berapa kali apply? Setiap kali apply, setiap kali tu rasa nervous tunggu jawapan hahaha. Kalau boleh tiap hari confirm nak check dah approve ke belum lepastu lonely sorang-sorang sebab belum approve.



Kali pertama apply adsense dulu masa mula-mula I tahu pasal adsense ni la. Masa tu tahun 2017, Alhamdulillah beberapa kali jugak I apply baru lulus lepas upgrade setiap sebab yang adsense bagitahu kenapa I punya blog tak approve. Boleh baca first time apply adsense dekat sini okay | Finally Google Adsense Dah Approve!



Kali kedua apply adsense sebab I bertukar dari www.airahsyahirah.blogspot.com ke www.airahsyahirah.com Suka sangat bila da bertukar ke .com ni rasa professional walaupun hambar je aahahha Tapi rasa semangat lagi la nak update blog sebab dah ada nama baru. Rindu pulak zaman banyak masa lapang sampai dua tiga kali update entry sehari tsktsk sekarang sibuk nak kejar tu ini tapi Alhamdulillah ada juga la masa nak hadap blog ni. 



Bila apply kali kedua tu I rasa senang je dia approve sebab mungkin blog I dah pernah approve, dah improve semua kelemahan-kelemahan yang ada jadi senang sikit.



Dan kali ketiga baru-baru ni I apply sebab I tukar nama blog. Kalau korang nak tahu, link blog I yang lama kena blog dekat Facebook jadi I tukar je nama baru hahaha boleh baca cerita penuh dekat sini okay | Link Blog Kena Block Di Facebook. Kali ketiga apply pun masih nervous menunggu berita. Ambil masa kurang seminggu juga la I tunggu google adsense approve.  Alhamdulillah tak ada masalah juga kali ketiga ni semua lancar je.





Jadi Adsense I dah settle. Sekarang I nak settlekan popup warning Adsense I yang keluar ‘Earning at risk’ ni. Pening jugak nak tengok.






Apply Adsense Kali Ke......

Sebagai seorang yang suka beauty related stuff, bila dapat cuba brand baru memang rasa excited. I suka cuba skincare yang jarang orang guna tapi terbukti berkesan. Ada juga beberapa brand yang I tak pernah dengar dan tahu pun sebelum ni tapi famous ramai orang guna. Bila I ada peluang nak guna produk yang banyak review, bersemangat nak tahu sesuai ke tak dengan kulit I. Barang skincare jarang buat I tak excited haha.



Lagi-lagi kalau I cuba sheet mask. Bagi I sheet mask ni tricky sikit sebab dalam fikiran I memang dah fikir sheet mask sepatutnya bagi instant effect. Kalau pakai seet mask tapi macam tak ada kesan langsung tu rasa membazir je. Jadi I nak share dengan korang, sheet mask yang confirm bagi kesan pada kulit korang dan sangat sesuai dengan kulit sensitive. Kalau kulit sensitive ni kadang tak boleh pakai bahan yang tak sesuai, yang ada pewangi atau yang terlalu kuat. Sheet mask dari VTCosmetics ni best sebab…. 







Phyto Mask

For sensitive skin that easily redden by external stimuli.
For those looking for a mild mask without irritation.
For those who wants a moist and concentrated moisture with a fresh feel.



Antara kelebihan Phyto Mask ni, mengandungi EWG Green untuk mengurangkan iritasi kulit dari bahan-bahan yang berbahaya kepada kulit dan mengandungi pelbagai bahan yang bermanfaat kepada kulit. Moisturizing and soothing sensitive skin sebab mengandungi hyaluronic acid dan glycerin untuk membentuk lapisan perlindungan lembapan. Jadi kulit lebih lembap dan lembut. Bahan topeng sheet mask itu sendiri dari natural wood cellulose dan natural friendly fabric memastikan penyerapan lembapan yang maksimum pada kulit pemakai.



Bahan yang digunakan pula antaranya Water Essence, Phyto Complex dam Adansonia Digita (Baobab) Seed Extract yang semestinya berfungsi untuk lembapan kulit yang maksimum, menyegarkan kulit kusam, sesuai untuk kulit yang terlalu sensitive. Sheet mask ni juga tak ada artificial fragrance. Bau yang ada pun dari bahan-bahan semulajadi yang digunakan antaranya Citrus Oil, Camomile Oil, Rose Flower Oil, dan pelbagai lagi.







Probiotics Moisturizing Mask

Mask kedua ni unik sikit bagi I sebab mengandungi Probiotics Complex untuk menguatkan kulit which is sangat menarik. Probiotic dari 5 jenis lactic acid bacteria membantu memberikan kulit lembap dan melindungi kulit dari kehilangan lembapan. Essence sheet mask ni juga dari tumbuhan, jadi kulit instant lembap dan melindungi kulit sensitif.





Antara lima Probiotics Ingredients yang digunakan adalah Lactobacillus Ferment, Bifida Ferment Lysate, Aureobasidium Pullalans Ferment, Milk Ferment Filtrate dan Yogurt Extract. Mesti korang pernah dengar kan salah satu nama probiotics ni. Bila tahu fungsi probiotics ni pada kulit, memang sangat banyak. Selain itu sheet mask ni juga ada Hyluronic Acid dan Rosa Damascena Flower Water yang berfungsi untuk memberikan lembapan.



Memang kedua-dua mask ni berfungsi untuk memberikan kelembapan yang cepat pada kulit. Kalau tiba-tiba kulit korang rasa kering, tak segar dan nampak kusam boleh la terus pakai sheet mask. Confirm kulit rasa lebih lembap, segar dan pori nampak cantik!





Cara I pakai sheet mask, lepas cuci muka guna pencuci muka, I akan pakai serum dan toner. Kemudian baru sheet mask. Rasa best sangat kulit bila dah buka sheet mask tu. Semua bahan yang digunakan berjaya masuk dalam kulit I lepastu kulit rasa toink toink hahaha. Kalau korang nak tengok kulit I lepas pakai kedua-dua sheet mask ni boleh tengok video di Instagram SINI



Bagi I, kedua-dua sheet mask ni I suka tapi paling faourite yang Probiotic Sheet Mask tu sebab rasa dia lain bila pakai pada kulit. Rasa wow sangat. Kalau korang nak beli boleh check Instagram VT_Cosmeticsmy atau pergi je Shopee dia. Rugi kalau tak cuba sebab kulit I suka! Of course akan repurchased lagi.





Phyto Mask and Probiotics Moisturizing Mask

Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.



Di Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan
terbuka kepada umum 24 jam.



Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. 



Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni! 



Nurul Alyea Binti Abd Khair Zaki, Sis Lin dan Farah turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.



“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan sardin, santan dan mackerel menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Roti Jala, Nasi Lemak Ayam Rendang, Sardin Sandwic
dan Ayam Merah yang kami siapkan” jelas Sis Lin.




“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.



Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.



“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nurul Alyea, Sis Lin dan Farah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar.




Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.



“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.



Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.



“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap
jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. 



Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.



Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:


- KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

- PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

- TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

- KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

- PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
- PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

- KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

- PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

- NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

- JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

- SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

- SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

- SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.




Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Johor!

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.