Amalkan Jus Pegaga

Hello, korang pernah tak amalkan apa-apa petua yang best untuk kesihatan dalaman? Sejak dah beranak ni, I rasa badan I macam tak best sangat. Tak best bab cepat rasa penat. Kadang tu rasa tak ada tenaga dan lemau. I tak suka bila rasa tak ada tenaga, terus rasa tak produktif dan malas hahaha. Bila I rasa ada tenaga, banyak benda boleh buat. Rasa aktif dan best la sikit sebab banyak benda boleh buat. I suka productive day.


Ini Dia Khasiat Daun Pegaga Yang Selama Ini Tidak Anda Ketahui ...


Jadi salah satu cara I nak pastikan I tak rasa lemau dan malas, I cuba amalkan air pegaga. I pilih cara yang natural dengan gunakan sayur-sayuran untuk dapatkan khasiat untuk badan. I berminat juga nak amalkan supplement dan vitamin tambahan tapi sebab Ayhan masih breastfeeding jadi I hold dulu. Walaupun banyak je produk yang sesuai untuk ibu menyusu tapi I rasa macam tak apa kot tunggu dulu. 



Antara khasiat jus pegaga:

Menaikkan seri muka
Menghilangkan parut
Menyembuhkan luka
Awet muda
Menengangkan kulit



Banyak lagi la khasiat daun jus pegaga ni. Kalau nak I senaraikan sampai esok tak habis. Orang tua dulu-dulu pun memang amalkan daun pegaga sebagai ulam-ulaman dan sebagainya untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi I pilih daun pegaga untuk dijadikan jus sebagai amalan harian. Masa pertama kali beli daun pegaga dekat pasar, was-was juga ada ke jual sebab sebelum ni tak kisah pun nak tengok jadi macam tak nampak je orang jual.



I suruh Aiman belikan dekat pasar, banyak gila okay dan harga pun murah. Satu plastik RM4 je. Puas hati buat jus banyak-banyak simpan stok dekat rumah. I baru juga amalkan jus ni. Nak bagitahu kesan dia pun macam awal sangat tapi bila minum jus pegaga ni I ubah mind set supaya I kekal aktif sebab tadikan dah minum jus pegaga. Haaaa menjadi juga la bila ubah mind set ni. Settle semua kerja sebab nak aktifkan diri sendiri sambil jaga anak ni haha.



Antara menu jus pegaga yang I dah pernah cuba,

daun pegaga + anggur + madu + hirisan lemon. Lain-lain tu blend sekali kecuali hirisan lemon I letak lepas dah blend. Tak rasa pahit sangat sebab ada anggur manis dan hirisan lemon tu mengubah terus rasa dia! Ada sekali tu I buat jus lepastu terlupa letak hirisan lemon, tak boleh telan hahahhahaa. lepas dah letak lemon, kacau-kacau sikit baru la boleh habiskan.



Daun pegaga + pisang + madu + lemon. Menu kedua ni pun I selalu buat sebab I banyak stok pisang dekat rumah untuk makanan Ayhan. Bila letak pisang sekali rasa lebih kenyang sikit maybe boleh membantu untuk diet I.



Daun pegaga + madu + lemon. Menu ketiga pula paling selalu I buat sebab kadang tak ada stok buah-buhan untuk campur dalam jus. I lebih suka campur buah lain sebab pegaga tu boleh tahan pahit juga la dan I masih awal lagi nak amalkan jadi tak biasa sangat dengan rasa pahit dia. Mungkin bila dah biasa nanti I boleh teln je jus tu tanpa campur apa-apa kan.








I harap konsisten la sikit diri ini amalkan minum jus pegaga ni sebab dah la murah, banyak khasiat pula tu. 





Post a comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.