Apply Adsense Kali Ke......

Kali ni dah masuk kali ke tiga I apply adsense. Korang dah berapa kali apply? Setiap kali apply, setiap kali tu rasa nervous tunggu jawapan hahaha. Kalau boleh tiap hari confirm nak check dah approve ke belum lepastu lonely sorang-sorang sebab belum approve.



Kali pertama apply adsense dulu masa mula-mula I tahu pasal adsense ni la. Masa tu tahun 2017, Alhamdulillah beberapa kali jugak I apply baru lulus lepas upgrade setiap sebab yang adsense bagitahu kenapa I punya blog tak approve. Boleh baca first time apply adsense dekat sini okay | Finally Google Adsense Dah Approve!



Kali kedua apply adsense sebab I bertukar dari www.airahsyahirah.blogspot.com ke www.airahsyahirah.com Suka sangat bila da bertukar ke .com ni rasa professional walaupun hambar je aahahha Tapi rasa semangat lagi la nak update blog sebab dah ada nama baru. Rindu pulak zaman banyak masa lapang sampai dua tiga kali update entry sehari tsktsk sekarang sibuk nak kejar tu ini tapi Alhamdulillah ada juga la masa nak hadap blog ni. 



Bila apply kali kedua tu I rasa senang je dia approve sebab mungkin blog I dah pernah approve, dah improve semua kelemahan-kelemahan yang ada jadi senang sikit.



Dan kali ketiga baru-baru ni I apply sebab I tukar nama blog. Kalau korang nak tahu, link blog I yang lama kena blog dekat Facebook jadi I tukar je nama baru hahaha boleh baca cerita penuh dekat sini okay | Link Blog Kena Block Di Facebook. Kali ketiga apply pun masih nervous menunggu berita. Ambil masa kurang seminggu juga la I tunggu google adsense approve.  Alhamdulillah tak ada masalah juga kali ketiga ni semua lancar je.





Jadi Adsense I dah settle. Sekarang I nak settlekan popup warning Adsense I yang keluar ‘Earning at risk’ ni. Pening jugak nak tengok.






13 comments

  1. Alhamdulillah, dipermudahkan! Heheeee~
    Saya baru tukar ke domain this year, and barulah apply adsense lepastuu..
    So far, ok aje....

    ReplyDelete
  2. Hmm......tringat pula kenangan i masa baru apply adsense dulu. Nervous juga. Saya lagi lah...... Baru first time apply. Thank you for sharing your experience dear.

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa I nyer adsense tak settle sampai la nie. Ada tak sesiapa boleh bantu nie? Nak gak merasa ada adsesnse huhuhu

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah! Makin bersemangat lah nak menulis lebih byk entri kan lepas ni. Saya pun macam tu jugak dulu.
    Hehehe

    ReplyDelete
  5. tahniah, seronok kan bila adsense dah approved. boleh buat duit USD. lepas ni kena jaga content, pastikan yang ada nilai Adsense, barulah ade earnings. good luck!

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya approved. Syira punya dah lama kena disabled. Dah apply tak approve pun hahaha

    ReplyDelete
  7. Sis lagi ler, dari mula adsense keluar apply tak dapat-dapat, then apply lagi, atas bantuan kawan, tukar email semua, baru dapat dalam 3 tahun ni je, padahal blogging dah bertahun, huhuhu

    ReplyDelete
  8. Tahniah... Alhamdulillah akhirnya berjaya... hihi... saya tak ingat berapa kali saya cuba apply. Tapi yang saya ingat ada satu masa tu saya give up. Biarkan je la... Lama juga saya tak try... Tapi 2017 Alhamdulillah approve. Blog cukup syarat.

    ReplyDelete
  9. banyak kali jugak lah sampai dah give up tapi sekarang alhamdulillah dah berjaya. Sama lah nak hilangkan pop-ups earning at risk tu jugak

    ReplyDelete
  10. Tahniah2. Moga murah rezeki dari adsense ni. Leceh jgk tgk kwn2 apply banyak kali. Cuba dptkn nasihat2 otai insyaAllah senang je

    ReplyDelete
  11. tahniah! lepas ni mesti lagi bersemangat nak berblogging kan? :)

    ReplyDelete
  12. Tahniah bila airah dah dpt approval utk adsence juga la.. Boleh dah mula jaga trafik utk jana wang lebih nie..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah saya pun dah approve by google adsense. Alhamdulilah dah dapat first payment. Tapi nak tukar from blogspot to .com. How? Susah tak?

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.