Cica Capsule Mask review

Siapa pengguna clay mask dekat sini? Sebelum ni I tak berapa guna sangat clay mask. I lebih suka guna sheet mask. Tak payah cuci lepas guna dan semestinya kulit rasa lebih lembap. Tapi baru-baru ni I dah guna dua jenis clay mask dan surprisingly I suka sangat dua-dua jenis ni. Tapi untuk harini I buat review clay mask pertama dulu, Cica Capsule Mask.






Cica Capsule Mask ni sejenis wash of mask. Lepas pakai, tunggu kering dan kena cuci. Tak boleh bawa tidur dan tak boleh pakai lama-lama.  Antara fungsi utama clay mask ni, brighten up dan revitalize dull skin. Kalau kulit korang jenis kusam dan rasa tak bermaya boleh la cuba clay mask ni.



Packaging dia kecil je senang nak bawa kemana-mana. I ingat boleh pakai sekali je tapi rupanya sampai tiga kali penggunaan boleh guna untuk ukuran muka I. Rasa jimat sikit ahaha jadi boleh la pakai tiga kali seminggu. Tapi susah sikit sebab packaging dia tak boleh tutup semula dan simpan kalau nak guna jadi cara I, simpan bekas tu terus dalam bekas Tupperware lain. Kena simpan elok-elok okay nak jaga tekstur dia, keberkesanan dan kebersihan mask tu.



Antara kesan best bila I pakai clay mask ni, kulit terus nampak segar  sebab bahan dia seperti green tea powder membantu melegakan dan menenangkan kulit. Kulit pun rasa licin dan lembut sebab clay mask ni membantu menaggalkan sel kulit mati dan menyerap lebihan sebum. Tekstur dia pun ada biji yang tak terlalu kasar dari Green Clay yang digunakan memberikan kesan kulit yang cerah dan bersih. Lepas cuci serius bahagia rasa kulit. Rasa lembut, lembap, tak ada rasa tegang yang tak best tu dan nampak bersih sangat.





I ada share live instastory masa I pakai clay mask ni kalau korang nak tengok boleh check highlight Instagram I bawah VTCosmetics_mys okay. Boleh tengok muka I excited lepas cuci clay mask tu sebab kulit rasa best. Green Tea Extract dan Jasmine Orange Extract membantu menyerap minyak pada kulit, membersihkan pori agar kulit lebih bersih dan licin. Memang betul la orang kata kalau nak pori bersih try la clay mask.



I dah jatuh cinta dengan bahan yang digunakan juga antaranya Centella Asiatica Extract, Green propolis Extract dan Centella 4x Complex. Centella tu memang terkenal dah untuk kulit lembap. Korang kena baca lebih lanjut pasal centella punya fungsi okay.



Cara I guna Cica Capsule Mask ni, I cuci muka guna cleanser macam biasa, pakai toner dan kemudian pakai clay mask ni. Ratakan elok-elok. Nak ratakan pun senang dan licin je pada kulit. Tak payah susah-susah nak bancuh guna air ke apa sebab dia dah ready nak cium kulit korang haha. Lepas 10-15 minit boleh bilas. I bilas guna air biasa je. Elakkan biarkan clay mask terlalu lama pada kulit atau terlalu kering sebab risau dia buat kulit jadi lebih kering.



I suka sangat dengan Cica Capsule Mask ni dan confirm akan repurchased. Kalau korang nak shopping di Shopee VTCosmetics, I syorkan beli Cica Capsule Mask ni dan Probiotics Moisturizing Mask. My Favourite!




7 comments

  1. Wahhh..lama tak bermask...senag plak tu nak bawak ke mana2...nak cuba jugak nti airah

    ReplyDelete
  2. eh .. kbba jugak erk .. laaa napa tak pernah kita berchat dalam group. kak azni tak pernah try lagi mask mcm nih.. alaaa nnt update gambar lepas bukak benda alah tu ... mcm sos mc d lah erk

    ReplyDelete
  3. Comelnya packaging dia. Syok je pakai mask. Muka segar je tapi yang ni tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  4. Ah yes, small packaging ni selain easy to bring anywhere also can makes the content tak tercemar jugak. Selalu clay mask mesti saiz besar2 kan!

    ReplyDelete
  5. Sis guna clay mask tapi Hada Labo punya tu...memang suka..yang ni macam best gak ni, boleh try gak...lagi mudah beli shopee ek...okay nanti try..

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang penggemar mask, pembacaan ini menyebabkan diri ini terpengaruh maka terpaksa la cari kang haha

    ReplyDelete
  7. Nad pun ade pakai clay mask macam ni. Memg best.. Muka bersih je

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.