Halau Nyamuk Dengan KAPS

Bila dah ada anak ni, semua benda ambil berat. Kalau boleh nyamuk sekor pun tak nak bagi gigit. Tapi macam biasa la kadang tu terlepas pandang sampai anak kena gigit nyamuk dua tiga bintat terus rasa serba salah dengan anak hahaha. Sebab Ayhan kecil lagi, dia nak garu bahagian yang kena gigit nyamuk tu pun tak reti tapi dia macam tak selesa la tak tau nak buat apa kan. I biasa sapu je krim bagi lega sikit tak ada gatal-gatal.



Kulit Ayhan ni kategori sensitive juga macam kulit I. Bila kena gigit nyamuk tu, ambil masa sangat nak hilang. Kadang tu bintat gigitan nyamuk tu kemain bengkak macam kena gigit apa je. Lepastu tinggalkan parut padehal kena gigit nyamuk je! I yang tengok geram sebab kulit anak berparut.



Sebagai langkah pencegahan dari kena gigit nyamuk, I beli KAPS Natural Insect Repellent Spray di Watsons or Guardian tak silap I. Tak ingat pula tapi dua-dua drugstore tu ada je jual. Harga dalam RM10 murah je untuk 75ml. Dekat kotak dia tulis sebagai pencegah serangga asli, digunakan secara tradisional untuk memberi perlindungan daripada nyamuk dan serangga. Kalau korang nak cari tak silap I dia dekat bahagian shaver atau ubat gigi. Dia dekat bawah-bawah sekali.






Pengalaman I guna spray halau nyamuk ni Alhamdulillah memang jarang Ayhan kena gigit nyamuk. Lepas mandi je I akan spray dekat baju seluar dia. Bila tukar pampers, spray lagi. Dalam dua tiga jam sekali I akan spray. Kalau lupa spray tu ada la nyamuk gatal gigit. Sepanjang I guna spray ni memang berkesan la. Bau dia macam bau herba daun gitu tapi tak sesak nafas pun, lama-lama nanti hilang bau dia. Tak ada la tak sedap sangat baunya.



I suka jenis spray macam ni. Senang nak guna. Botol dia pun tak gemuk sangat, nak selit dalam handbag I, dalam bag pampers Ayhan muat je. KAPS ni memang dibuat dari herba asli so bau dia bau herba la. Kaedah penggunaan, boleh sembur pada kulit atau pakaian setiap 2-3 jam. I sembur dekat baju Ayhan je sebab risau kulit dia sensitive. Paling penting kalau terkena mata, bilas cepat-cepat okay.







Antara kandungan produk ni, Citronella Oil, Jojoba Oil dan Tea Tree Oil. I pernah juga guna sticker yang untuk halau nyamuk tu masa Ayhan baby kecil sikit. Itu pun not bad juga tak sempat nak buat review dah habis guna hahaha. Botol KAPS ni pun I dah beli kali kedua, mungkin restock kali ketiga nanti. I memang guna produk ni dan antara happy customer!



Masa I baru bersalin Ayhan, masuk ward kemain banyak nyamuk masa tu tapi nasib I rasa nyamuk tu tak ada gigit Ayhan sebab I jaga. Gigit I je. Next anak kena bawa siap-siap spray ni harap tak lupa la nanti nak masukkan dalam list hospital bag haha.







Post a comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.