It's My Eyelash Curler

Eyelash curler antara tools wajib yang korang kena ada kalau korang suka makeup. Bulu mata I sejenis tak lentik jadi nak tak nak kena la guna eyelash curler ni sebelum dan selepas pakai mascara. Sebelum ni I dah guna dua tiga jenis juga eyelash curler tapi semua jenis murah-murah. Teringin juga nak pakai yang mahal macam Shu Uemura eyelash curler tu tapi hahahah tunggu jela bila sampai masanya nanti. Sekarang beli yang murah-murah tapi still function je dulu.

 

It’s My Eyelash Curler ni I beli dekat website Althea tapi I cuba cari dekat website dia tak ada dah tak sure masih jual atau tak. Eyelash curler I yang lama, bahagian yang kepit bulu mata tu dah tercabut so beli lain je la. Eyelash curler ni ada dua jenis satu yang biasa dan satu lagi jenis comb. Comb tu ada sikat kecik dekat bahagian pengepit tu. Walaupun ada comb atau sikat kecil tu, benda tu boleh je tanggal. I pun tak guna sebab macam tak ada fungsi pun.





I beli eyelash curler ni dalam belas-belas ringgit je. Lupa la exact amount berapa tapi serius murah dah berbaloi la bagi sebab sebab dia boleh lentikkan bulu mata macam biasa. Eyelash curler ni dalam box dan dapat satu apa eh nama dia, plastik yang bahagian pengepit mata tu. Bahagian tu selalu terlekat mascara kan kalau macam dah buruk sangat boleh la ganti bahagian tersebut. I dah guna dua-dua jadi bila yang sekarang punya dah buruk dan kotor nanti beli curler yang baru.


So far I guna sesuai je untuk lentikkan bulu mata. Walaupun murah, masih berfungsi dengan baik. Kalau korang cari eyelash curler yang berbaloi boleh la cuba.




0 comments