Koolit Untuk Kulit Kering dan Sensitif serta Tinggi Antioksidan

Dengan cuaca dekat Malaysia ni, I rasa semua orang pernah mengalami masalah kulit. Tak kira la kulit tiba-tiba rasa kering, kulit naik ruam, kulit gatal ataupun pelbagai jenis masalah kulit yang lain. Mesti pernah rasa kan? Tak selesa bila kulit rasa tak normal ni. Kalau kulit I, memang macam-macam masalah ada. Selalunya kulit I tak boleh kena panas sangat atau bahang tengah hari tu. Tiba-tiba je nanti kulit merah naik ruam atau bintik-bintik. Sangat tak selesa!


Anak I pun sama jenis kulit dengan I hahahha. Walaupun muka macam abah dia tapi kulit sama jenis dengan I. Tak tahan panas dan senang sangat naik ruam panas. Baby kan biasa la kulit pun halus jenis sensitif lagi jadi I memang cari produk yang lembut dan sesuai untuk baby. Lagi best kalau produk tu boleh digunakan dari baby sampai orang dewasa dan warga emas. Satu keluarga boleh guna so jimat tak payah beli banyak sangat produk.


Pilihan I mesti la produk Koolit. Tiga jenis produk Koolit yang I dah cuba, Koolit Gentle Body wash, Koolit Calming Cream dan Koolit Soothing Lotion. Sesuai untuk korang yang ada masalah kulit kering, sensitive dan pedih gatal semua tu.







Koolit Gentle Body Wash




Produk pertama yang I guna bila terima ketiga-tiga produk ni adalah Koolit Gentle Body Wash. Lembut sangat pada kulit bila digunakan dan korang tahu tak, tak payah bilas pun kalau guna Koolit Gentle Body Wash ni. Cara penggunaan, korang boleh ratakan sahaja pada kulit dan lap dengan tuala lembap. Kalau korang tak mempunyai cukup masa, guna tanpa bilas ni sangat jimatkan masa. I biasa guna cara ni untuk tanggalkan makeup.


I guna produk ni juga sebagai sabun mandian Ayhan. Nampak perbezaan kulit dia lebih lembut lepas mandi sebab body wash ni ada natural vitamin E dan sangat lembut pada kulit bayi. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Packaging dia jenis botol pump tu dan tak besar sangat pun. I bawa balik kampung haritu tak ambil banyak space pun dalam luggage jadi kalau korang nak bawa travel pun senang. 


Warna Gentle Body Wash yang transparent



Gambar atas ni bahagian pipi Ayhan yang selalu sangat naik ruam bintik-bintik lepastu dia pun rimas sebab gatal. Biasa kalau dia susu lepastu tertidur, I akan lap je pipi dia dengan Koolit Gentle Body Wash lepastu lap dengan kain basah. Berkurang dah ruam.


Koolit Calming Cream



Koolit Calming Cream ni sejenis hypoallergenic sama seperti Koolit Gentle Body Wash dan Koolit Soothing Lotion. I suka pakai Calming Cream ni waktu siang sebab krim ni cepat meresap pada kulit dan tak tinggalkan rasa melekit. Bila tak ada rasa melekit, I rasa lebih selesa nak buat aktiviti seharian. I dan Ayhan lepas mandi akan pakai krim ni



Mencegah lebih baik dari mengubati kan jadi sebelum kulit Ayhan tiba-tiba je naik ruam merah lebih baik sapu dulu krim ni. Krim ni membantu untuk memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit kering dan sensitive. Selain itu, memberikan kelegaan pantas pada kulit yang bermasalah.


Kandungan Licorice Extract dalam produk ni memberikan 40 kali antioksidan yang tinggi. Kulit pun lebih cerah. Paling best korang akan perasan perbezaan kulit korang dalam masa empat minggu.
 




Gambar atas ni belakang Ayhan lepas I mandikan dia. Petang tu main dekat taman berpanas semua. Biasa lepas balik taman confirm naik ruam sebab panas. Kali ni naik ruam sikitttt je. Nampak la bintik-bintik ruam sikit je. Berkurang dari sebelum amalkan produk Koolit dalam aktiviti seharian.



Koolit Soothing Lotion



Koolit Soothing Lotion ni pula I akan sapukan pada waktu malam sebab I biasa tidur dalam aircond boleh buat kulit jadi lebih kering. Lepas mandikan Ayhan je I akan sapu lotion ni sebab biasanya lotion lebih senang meresap masa kulit lembap lepas mandi. Tapi korang tak perlu pun nak sapu lepas mandi juga sebab lotion ni senang sangat serap pada kulit walaupun tekstur dia lebih pekat.


Formula dia pun pasti tak akan sumbatkan pori. Kandungan Ekstrak Akar Manis sebagai anti radang sangat membantu masalah kulit yang dialami. Kulit tangan I, bila lepas basuh pinggan confirm rasa tegang, kering dan agak gatal. Terus cari Koolit Soothing Lotion ni sebab produk ni berfungsi sebagai anti inflammatory dan anti microbial yang membantu melegakan bengkak atau kulit gatal. I pun tak tahu la I ada eczema ke apa tapi Koolit memang jadi penyelamat.


Tekstur Body wash cair dan transparent tapi Calming Cream dan Soothing Lotion lebih pekat.





Kalau korang jenis ambil berat bau lotion yang korang gunakan, Koolit Soothing Lotion ni tak ada bau yang tak menyenangkan pun. Bau dia macam bau herba yang lembut je. Kalau tak hidu, macam tak ada bau sangat pun dan tak mengganggu. I suka packaging ketiga-tiga produk ni. Jenis botol pump dan jenis tube untuk Calming Cream. Kebersihan produk terjamin bila guna packaging jenis macam ni.


Produk Koolit sesuai untuk semua jenis kulit tidak terhad untuk kulit sensitive sahaja. Bila dah jadi parent ni memang I ambil berat setiap produk yang I gunakan pada Ayhan jadi produk Koolit memang sesuai sangat untuk baby seperti Ayhan. Bagi I, dengan harga ketiga-tiga produk ni berbaloi sangat dengan kualiti dan keberkesanannya. Korang boleh dapatkan produk Koolit ni di Shopee, Lazada, Watsons dan farmasi terpilih.



Follow : www.facebook.com/koolitmy
www.instagram.com/koolitmy
Shopee : https://shopee.com.my/mynaturaloptions
Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/mynaturaloptions
Website : www.mynaturaloption.com

0 comments