Detik Penyusuan Lebih Bermakna Dengan Mamaway Maternity & Nursing Bra

Penyusuan sangat memerlukan kesabaran terutamanya bagi ibu yang kali pertama macam I. Awal tempoh penyusuan dulu, memang penat dan banyak benda yang  kena belajar. Bukan sesuatu yang mudah dan sangat memerlukan mental dan emosi yang stabil tau. Kalau korang juga merupakan ibu yang baru pertama kali nak menyusukan baby, cuba cari info dan ilmu yang banyak tentang penyusuan supaya korang lebih bersedia bila dah ada baby nanti.



Bagi I, bila banyak membaca dan tahu lebih mendalam tentang penyusuan ni, kita lebh tau apa yang perlu dilakukan dalam proses penyusuan nanti. Lebih bersedia dan tak rasa panik sangat!



Salah satu benda yang sangat memudahkan perjalanan penyusuan I dan Ayhan, Nursing Bra! Mungkin ada orang yang rasa nursing bra atau bra yang berfungsi untuk memudahkan penyusuan ni macam tak penting sangat, pakai bra biasa pun boleh. No! Berbeza okay bila pakai normal bra dan nursing bra terutamanya kalau pakai maternity dan nursing bra dari Mamaway.





Normal bra mungkin korang kena buka cangkuk belakang baru boleh teruskan penyusuan tapi dengan maternity and nursing bra dari Mamaway, dia ada bahagian cangkuk klip macam tu di bahagian hadapan yang boleh digunakan untuk buka bahagian cup. Jadi penyusuan lebih mudah. Tak payah susah nak buka cangkuk dibelakang dan bahagian cup pun rasa tak selesa nanti.



Pengalaman I guna Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra Mamaway memang sangat selesa. Kain yang digunakan sangat lembut dan paling penting seamless! Bagi I kalau seamless bra ni sangat membantu untuk bagi shape yang sesuai untuk breast ibu menyusu dan support yang diperlukan. Jadi bila I pakai nursing bra dari Mamaway ni memang rasa selesa sangat. Bahagian lilitan bawa bra tu pun lembut dan selesa jadi tak tinggalkan kesan pun. Korang perna tak beli bra yang baagian lilitan bawa bra agak keras, mesti akan tinggalkan kesan dan kalau pakai lama akan naik rashes.







Fabric yang digunakan juga sejenis Meryl Antibacterial dan mempunyai cooling mesh lining. Bila I keluar seharian dan pakai nursing bra ni tak ada pun rasa gatal tak selesa dan paling penting kalau berpeluh, tak rasa lembap pun. 



Sebelum ni I guna nursing bra juga dan memang dari last trimester I dah start guna maternity & nursing bra tapi kadang jumpa bra yang agak keras dan tak selesa. Ada juga cup yang terlalu keras dan tak ikut bentuk yang sesuai walaupun size yang I pilih dan betul dah. Memang pelbagai masalah boleh wujud kalau korang breastfeeding baby dan tak pilih bra yang betul.






Bila dah pakai nursing bra Mamaway ni terasa perbezaan dengan bra I sebelum ni. Lebih selesa, lembut dan sangat sesuai untuk cuaca di Malaysia ni. Penting juga walaupun dah pilih bra yang betul, kena jaga bra tu elok-elok tau contohnya pakaian dalam ni lebih baik basuh guna tangan agar bentuk dan kualiti fabric lebih terjaga. Kalau korang berminat nak cuba nursing bra ni boleh check laman di bawah okay;


Webhttps://my.mamaway.com/

Facebookhttps://www.facebook.com/MamawayMalaysia/

Instagramhttps://www.instagram.com/mamawaymy/






0 comments