AVCO D AURA UNTUK RUTIN KECANTIKAN HARIAN

Khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dan kecantikan memang tak dapat dinafikan lagi. I rasa ramai sangat yang amalkan minyak kelapa dara ni dalam kehidupan seharian termasuk la diri I. I amalkan minyak kelapa dara ni dari masa belajar diploma lagi. Masa tu la baru tahu nak guna produk macam ni kan. Lagi-lagi bila minyak kelapa dara ni boleh guna seluruh badan dari rambut sampai kaki jadi jimat!



Minyak kelapa dara pilihan I, Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO) dari D AURA. I dah guna AVCO ni lebih kurang sebulan dan banyak kegunaan untuk rutin seharian I. Salah satu sebab I suka AVCO ni ia mengandungi 1% natural plant extract fragrance. Jadi bau dia sangat lembut, bukan bau minyak kelapa dara yang kebiasaannya di pasaran. Rasa lebih selesa sikit bila nak guna sebab bau best, cepat menyerap dan tak rasa melekit.







I suka jadikan AVCO ni sebagai scrub badan. Mudah je campurkan sahaja beberapa sudu gula perang dan beberapa titik AVCO. Kuantiti dia bergantung pada banyak mana korang nak guna. Biasa I gunakan scrub ni pada seluruh badan jadi I buat ekstra. Gosokkan je scrub ni pada kulit dan hasilnya kulit lebih lembut dan lembap! Kulit mati pun tanggal dan badan lebih cerah.



Kalau ada lebih scrub tu pun boleh scrub pada bahagian bibir untuk tanggalkan kulit kering di bibir. Bibir lebih lembut dan lembap. Lepas dah scrub bibir, oleskan AVCO pada bibir untuk kesan lembap lebih lama. Bibir pasti nampak lebih sihat dan berkilau. Kalau korang jenis suka pakai lipgloss, AVCO pun boleh dijadikan lip gloss natural tau. Memang bibir nampak lebih cantik dan pinkish.








I suka makeup tapi lebih kepada makeup yang semulajadi. Tak terlalu tebal jadi dengan AVCO, kulit lebih glowing. Nak tahu caranya? Korang dap dap kan saja beberapa titik AVCO pada bahagian yang korang selalu letak highlighter. Kulit akan lebih glowing semulajadi. 



Masalah seperti bulu mata dan bulu kening kerap gugur akan buat bahagian tersebut nampak nipis. Jadi untuk bulu mata dan bulu kening lebih kuat, korang boleh sapukan AVCO pada bahagian bulu mata dan bulu kening. AVCO membantu kuatkan bulu-bulu tersebut jadi kurang gugur dan lebih tebal. Bukan sahaja boleh guna pada bahagian bulu kening dan bulu mata, rambut pun boleh tau. Korang boleh jadikan sebagai hair mask sebelum mencuci rambut atau jadikan sahaja minyak rambut.




Untuk hair mask, I sapukan saja pada seluruh rambut dan biarkan beberapa jam sebelum mencuci rambut. Hair oil pula, bila rambut separuh kering boleh sapukan pada rambut. Kesannya, rambut lebih lembut dan berkilau. AVCO kaya dengan antioksidan dan vitamin E yang terbukti berkhasiat untuk kecantikan.


AVCO juga boleh digunakan sebagai pelembap muka. Selepas cuci muka, sapu je AVCO pada muka tapi dalam kuantiti yang mencukupi tau jangan lebih-lebih. Pastikan buat patch test dulu okay. Selain itu, I juga gunakan AVCO sebagai makeup remover dan double cleansing. Untuk makeup remover, sapukan AVCO pada muka sehingga makeup cair dan sapukan kapas untuk tanggalkan makeup. Sebagai double cleansing pula gunakan AVCO pada muka, kemudian cuci muka dengan pencuci muka biasa.


Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kebaikkan AVCO yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti sebagai minyak urut dan sebagai pengganti losyen untuk pelembap badan. I suka sangat AVCO D Aura ni sebab harga dia murah, dengan RM22.90 untuk 50ml, sangat berbaloi dan tahan lama. Dapatkan di www.daura.com.my








Post a comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.