Sekarang I memang cari masa untuk start rajin buat entry semula. Banyak benda lagi I nak share dekat blog ni dan banyak produk review yang I dah guna tapi tak review lagi. Kadang I rasa nak je beli laptop baru sebab laptop sekarang guna dekat tempat lain so nak guna untuk blog sangat tak sesuai. Tapi tangguh kan dulu hasrat tu sebab wishlist I banyak lagi menanti hahaha harap tahun 2021, murah rezeki I nak kumpul duit and beli laptop or ipad.





Jadi nak rajinkan diri sendiri update blog, I download apps BlogTouch dekat phone. Entry ni pun I taip dekat handphone je. Saje la test sesuai ke tak kalau nak blog macam ni walaupun I lagi suka menaip dekat laptop. Buat masa ni I guna apps ni not bad. Senang nak guna and nampak simple. I dah cuba masukkan gambar dalam entry, senang je! Tapi untuk apps ni tak boleh publish entry, kalau nak publish kena bayar. I tak perasan harga berapa nanti I check.




Kalau korang pernah guna mana-mana apps yang best dekat handphone untuk berblog kongsi la dengan I. Rajin sikit I update blog nanti sebab handphone ni memang 24 jam ada je dekat sebelah kecuali bila bateri habis lol.


Icon BlogTouch



Banyak juga apps lain yang I tengok dekat apps store. Ada yang kena bayar, ada yang percuma dan ada yang kena percuma tapi kena bayar untuk fungsi yang lebih advance. Nanti I review lebih lanjut apps mana yang sesuai okay stay tuned.



Update Blog Guna Handphone Je

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.