Selamat Tahun Baru. Tahun 2021 ni umur makin meningkat, pelbagai benda I nak buat. Macam-macam dah plan dalam kepala ni hahaha. Ahli keluarga pun akan bertambah tak lama lagi harap makin murah rezeki I sekeluarga. Macam biasa, awal tahun memang I semangat buat list apa I nak capai tahun ni. Bila dah ada list senang buat perancangan dan harap tak tersasar la dari landasan.


Tahun-tahun sebelum ni I ada kongsi juga misi tahun baru tapi I asingkan untuk personal dan blog. Tahun ni I sekali kan jela terus.






Misi kurus! Setiap tahun sama je misi kurus ni confirm kena ada tapi tak kurus-kurus pun. Awal tahun je semangat lepastu sekian wasalam jela. Tapiiii semangat I tahun ni harap lain la sikit. Time mengandung kali kedua ni kemain berat naik tanpa batasan. Dalam pantang dan lepas pantang nanti harap la turun 20kg hahahah. Insha Allah harap berjaya la doakan I dapat turunkan berat badan tak lalu okay berat sangat ni sakit lutut.






Semangat menaip blog kembali. I suka sangat menulis dan mengarang ni. Kadang mood tu ada tapi masa tak mengizinkan. Anak nak masuk dua ni I pun tak pasti la jadual I macam mana nanti. Harap la masih ada waktu lapang nak taip blog sebab misi ketiga I nak cashout adsense tiga kali next year! 


Tahun 2020 I berjaya cashout sekali je tsktsk. Memang tahun 2020 I tak aktif sangat berblog berbanding tahun sebelumnya rajin sangat update at least satu entry sehari. Harap bila I rajin update blog, earning adsense pun bertambah la. 


I masih dalam proses kumpul duit nak beli ipad. Plan nak beli ipad biasa-biasa je yang I boleh jadikan second gadget untuk edit video dan content. Sebelum ni I guna iphone je untuk edit video dan gambar. Tahun 2020 pun Alhamdulillah berjaya beli camera best sikit untuk rakam content yang lebih berkualiti. Ada juga niat nak beli laptop tapi hold dulu la. Beli ipad boleh kongsi sekali dengan ayhan hahahha. Korang guna ipad apa boleh kongsi sekali dekat komen. Senang I nak survey.






Lain-lain misi macam biasa la nak tingkatkan income sendiri. Nak kumpul lebih banyak simpanan sebab masa covid ni la boleh menyimpan duit sikit kot tak berjalan ke mana. Bila dah boleh berjalan nanti boleh la korek simpanan yang ada hahaha. I ada niat juga nak start bisnes mungkin jadi agent produk orang. Nanti kita tengok sikit produk apa best untuk jadi agent kan. Norwex ke hihi.


Itu je kot misi yang I nak kongsi dekat blog ni. Harap tercapai la misi tahun 2021. Misi I tahun 2020 tu boleh la lupakan sebab kebanyakkan nya tak tercapai pun. Bawa ke tahun 2021 jela. Kongsi la sekali misi 2021 korang okay.




Tahun 2021

 Jalin Kerjasama dengan TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 


Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 – Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.


Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020


Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 



Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.



Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.



Senyuman mesra dari pelajar SK Kudong, Johor, sekolah Orang Asli berprestasi tinggi yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Sekolah Orang Asli terbaik, PIBG terbaik, PIBK terbaik, Pra-sekolah terbaik dan Surau Sekolah terbaik.



Pelajar dari SK Pos Dipang, Perak gembira bermain bowling kelapa.



 Pelajar Orang Asli di SK Terisu, Pahang gembira bila bersama.



Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.


TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengamenggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.


“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”


TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.


Sesuai untuk basuhan baju seragam sekolah dan pelitup muka, menghapuskan 99.9% bakteria dan bau hapak


“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

 

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.

 

Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.



Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019

Tahun

Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

Jumlah

2,453

79









Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Baru-baru ni I kerap tengok tiktok. Sebelum ni kalau nak tengok I pinjam handphone adik I je tengok dari akaun dia. Lepastu dah terjebak, I pun download dekat handphone sendiri. Banyak jugak benda best dan informasi dekat tiktok ni kalau korang pandai pilih apa yang korang nak tengok. Betul la diri sendiri yang kena buat pilihan nak yang baik atau yang buruk. Kalau yang baik, diri sendiri dapat manfaatnya.



Jadi I ada la tengok tiktok viral cermin kedai eco yang cantik dan sesuai dijadikan sebagai hiasan. Harga kedai eco kan murah je jadi I pun terjebak nak beli. Tengok macam cantik je bila dah jadikan hiasan.



Cantiknya kalau hias banyak macam ni.




Waktu tu kedai eco baru bukak dekat Aeon St18 so I suruh la adik I pergi tengok kalau ada stok. Ada stok tapi 2 keping je, I nak 20 keping so tak beli la. Masa I teman Aiman pergi kedai gunting rambut, kawasan tu ada kedai eco lepastu suruh la Aiman pulak pergi survey. Nasib baik ada stok tapi dalam 12 keping je. Semua kiteorang ambil itupun I rasa tak cukup. 



Abaikan tekstur dinding I tu hahaha.



Hasilnya, tada! Cara susunan cermin korang boleh la cari idea dekat pinterest. I memang guna semua 12 keping tu. Bila dah lekat, not bad jugak la walaupun biasa la barang kedai eco tak ada la berkualiti sangat. Ada bahagian frame yang tertanggal sikit warna dan cermin pun ada calar jugak tapi kalau dari jauh nampak juga la berseri rumah I hahaha.



Cara I lekat guna gam double selotep yang tebal sikit tu. Dah beberapa hari ni tak ada la kes cermin jatuh ke apa hahahah I rasa gam tu kuat je. Kalau korang nak hias rumah tapi budget terhad boleh la try cari barang dekat eco sebab banyak jugak barang hiasan yang cantik. Dekat facebook pun boleh tengok pelbagai jenis hiasan kreatif boleh buat guna barang kedai eco je. 





(Temporary Backup) DIY Wall Mirror Murah

Pernah tak berangan nak deko rumah cantik-cantik acah-acah pinterest tu. I rasa itu semua angan-angan semua orang tapi bila fikir budget memang jadi angan-angan je la hahaha. Bagi I pula, disebabkan I tinggal dekat rumah sewa je lepastu rumah biasa je, malas nak hias beria. Ya perabut semua tu mesti la kena ada kan tapi I tinggal tingkat paling tinggi. Setiap kali nak beli perabut mesti fikir sejuta kali!




Tambah lagi kerja Aiman kena pindah sana sini walaupun dah lima tahun dia tak pindah-pindah hahahaha Jadi tahun 2020 ni ada rezeki lebih, kiteorang hias la sikit rumah. Waktu PKP ni lagi nak banyak masa duduk rumah, bila keadaan rumah selesa, tenang sikit rasa nak duduk rumah lama-lama.



Cantiknya kalau dapat deco rumah macam ni



Salah satu projek deko rumah yang kiteorang buat, tukar lantai rumah. Lantai rumah I sekarang simen je tau. Lepastu kiteorang guna tikar getah tu je untuk lantai. Sangat tak cantik and I memang tak suka tapi tak kan nak letak jubin dekat rumah sewa kan? Beria sangat.



Tapi sebab I ada rezeki lebih, kiteorang pun tukar la kepada lantai jenis PVC Flooring tu. kalau korang tak tau, lantai jenis PVC Flooring tu tengah hot sekarang sebab murah dan senang nak pasang. Kualiti pula bagi I sesuai la dengan harga. Bila dah pasang dekat lantai rumah ni nampak la cantik sikit rumah hahahaha. 



I dengan Aiman pasang berdua sebab senang je. I pun tolong sikit-sikit. I order dari PGMall. Kalau korang tak tahu PGMall tu apa boleh baca entry I dekat sini okay: PG Mall Wow Store | Free Shipping dan Diskaun Sehingga 80%!


Dalam proses.


Dah siap.
 







Sokano DIY Vinyl Self Adhesive Flooring. I beli dalam empat kotak, satu kotak ada 40pcs. Untuk ruang tamu rumah I, dalam dua kotak lebih je guna tak guna semua pun. Guna Vinyl Flooring ni senang sebab korang perlu tanggalkan kertas belakang dia then boleh terus lekat. Tak payah nak tambah gam. Susun je cantik- cantik.




Sebelum tu kena pastikan lantai dalam keadaan bersih dari habuk dan tekstur lantai sekata. Macam lantai rumah I ada lubang sikit so tampal la dulu dengan apa-apa yang sesuai. Kalau nak tengok lebih detail cara pasang boleh la tengok dekat youtube ke tiktok ke okay.



Sokano DIY Vinyl Self Adhesive FlooringPG Mall Wow Store | Free Shipping dan Diskaun Sehingga 80%!

Bertukar Kepada Vinyl Flooring

 

Assalamualaikum. Rasa dah lama gila I tak menaip dekat blog ni. Terabai juga la blog kesayangan sebab banyak benda I nak uruskan dalam kehidupan hahaha. Setiap hari rindu nak menaip semula tak pernah tak rindu tapi nak cari masa terluang tu susahnya. Lagi-lagi sekarang I tengah busy deko semula rumah, lagi tak cukup masa. Tapi nak tak nak I nak share juga berita gembira ni dekat blog kesayangan sebab nanti bila dah beberapa tahun lagi bila baca semula boleh la mengimbau kenangan.

 

 

Blog ni bukan tempat I nak share informasi untuk pembaca je, tempat I sendiri nak korek benda-benda yang I dah lupa hahah. Alhamdulillah I tengah mengandung anak kedua dan dalam second trimester dah. Dalam minggu ke 13 macam tu la. Ikutkan I memang nak tunggu Ayhan cukup dua tahun dulu baru mengandung kali kedua tapi dah rezeki so Ayhan dalam setahun empat bulan macam tu kot I pregnant.

 

 

I tahu I pregnant pun masa dah masuk 8 weeks. Itu pun waswas sebab period I okay je setiap bulan lepastu masa bulan 9 kot macam eh period sikit sangat dan pagi tu je period sehari. Mungkin tu balance period yang lepas-lepas. Jadi I beli la pregnancy kit test tu nak test dulu betul ke tak. Sebelum tu memang I ada rasa loya-loya dan selalu rasa penat plus malas.

 




 

Masa pregnant anak pertama I tak ada rasa loya pun. Rasa apa-apa pun tak ada. Elok je bersemangat dan bertenaga pergi kerja. Kali kedua pregnant ni kemain loya dia tak boleh bawak bincang. Nasib loya je tak ada muntah-muntah. Kalau tambah sekali muntah-muntah confirm penat nak tanggung. Loya pun dah buat I rasa nak baring dan berehat je hahah.

 

 

First trimester tu memang I malas sangat. Nak masak pun malas jadi beli je makanan dekat luar. Second trimester ni baru la rajin nak masak, rajin nak kemas rumah, rasa sikit jadi diri sendiri tu. Dua kali juga la I test pregnancy kit tu sebab masa first test, I test malam so maybe tak accurate kata hatikuuu padahal dah dua line. Next day beli lagi lepastu test pagi-pagi masa first pee. Betul la pregnant hahahhaha.

 

 

Lepastu I ajak la Aiman pergi scan sebab I tak makan asid folik kan risau sikit keadaan baby tapi nampak baby macam okay je sihat membesar normal semua. Tak sabar tunggu besar sikit dan buat gender scan and detail scan. Buat masa ni memang I rajin la makan semua vitamin yang KK bagi and tambah vitamin C sekali, Nanti I share vitamin apa I makan okay.

 




 

Minta doakan pregnancy I kali ni berjalan dengan lancar dan dua-dua sihat. I memang rasa I sihat je tapi risau jugak kadang-kadang. Ayhan dah la tengah aktif penat jugak nak melayan dia hahaha. Semoga I diberi kesihatan dan tenaga yang banyak.

 

 

Bila orang kata setiap pregnancy berbeza memang betul. Banyak perbezaan pregnancy I kali ni. Salah satunya I kerap nak pergi toilet buang air. Sekarang I dah amalkan minum 3 liter air setiap hari lagi la bertambah kerap nak pergi toilet tu.Kepada mommies yang pregnant juga jangan lupa minum banyak air dan makan makanan berkhasiat okay. I asyik craving nak makan magi je!

 

 

Lagi satu yang I paling tak suka pregnancy kali ni, jerawat tak pernah surut! I tak pernah naik jerawat teruk macam ni tapi kali ni naik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Lepas surut satu, datang satu lagi. Lepastu bukan jenis jerawat biasa tu. Jerawat yang sakit dan ambil masa lama sangat nak surut. Geram! Ini I dah step up my skincare routine game, rajin sikit buat skincare routine, behave sikit la kulit ni. Kalau tak tu lepas satu, satu. Memang goodbye la flawless skin time pregnant ni.

Mengandung Kali Ke...

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.