Bertukar Kepada Vinyl Flooring

Pernah tak berangan nak deko rumah cantik-cantik acah-acah pinterest tu. I rasa itu semua angan-angan semua orang tapi bila fikir budget memang jadi angan-angan je la hahaha. Bagi I pula, disebabkan I tinggal dekat rumah sewa je lepastu rumah biasa je, malas nak hias beria. Ya perabut semua tu mesti la kena ada kan tapi I tinggal tingkat paling tinggi. Setiap kali nak beli perabut mesti fikir sejuta kali!




Tambah lagi kerja Aiman kena pindah sana sini walaupun dah lima tahun dia tak pindah-pindah hahahaha Jadi tahun 2020 ni ada rezeki lebih, kiteorang hias la sikit rumah. Waktu PKP ni lagi nak banyak masa duduk rumah, bila keadaan rumah selesa, tenang sikit rasa nak duduk rumah lama-lama.



Cantiknya kalau dapat deco rumah macam ni



Salah satu projek deko rumah yang kiteorang buat, tukar lantai rumah. Lantai rumah I sekarang simen je tau. Lepastu kiteorang guna tikar getah tu je untuk lantai. Sangat tak cantik and I memang tak suka tapi tak kan nak letak jubin dekat rumah sewa kan? Beria sangat.



Tapi sebab I ada rezeki lebih, kiteorang pun tukar la kepada lantai jenis PVC Flooring tu. kalau korang tak tau, lantai jenis PVC Flooring tu tengah hot sekarang sebab murah dan senang nak pasang. Kualiti pula bagi I sesuai la dengan harga. Bila dah pasang dekat lantai rumah ni nampak la cantik sikit rumah hahahaha. 



I dengan Aiman pasang berdua sebab senang je. I pun tolong sikit-sikit. I order dari PGMall. Kalau korang tak tahu PGMall tu apa boleh baca entry I dekat sini okay: PG Mall Wow Store | Free Shipping dan Diskaun Sehingga 80%!


Dalam proses.


Dah siap.
 







Sokano DIY Vinyl Self Adhesive Flooring. I beli dalam empat kotak, satu kotak ada 40pcs. Untuk ruang tamu rumah I, dalam dua kotak lebih je guna tak guna semua pun. Guna Vinyl Flooring ni senang sebab korang perlu tanggalkan kertas belakang dia then boleh terus lekat. Tak payah nak tambah gam. Susun je cantik- cantik.




Sebelum tu kena pastikan lantai dalam keadaan bersih dari habuk dan tekstur lantai sekata. Macam lantai rumah I ada lubang sikit so tampal la dulu dengan apa-apa yang sesuai. Kalau nak tengok lebih detail cara pasang boleh la tengok dekat youtube ke tiktok ke okay.



Sokano DIY Vinyl Self Adhesive FlooringPG Mall Wow Store | Free Shipping dan Diskaun Sehingga 80%!

13 comments

  1. mula2 haritu nak buat vinyl jugak.. lepas tu tukar pada SPC

    ReplyDelete
  2. Kami pernah tolong adik pasang kat ruang tamu rumah. Memang cantik tenang mata memandang. Untung lah sape ada rumah sendiri boleh pasang di rumah. Serius, mudah, kemas dan selesa untuk kaki.

    ReplyDelete
  3. ingatkan nak kena guna simen ke apa nak tampal dia rupanya dah ada siap2 dah dekat belakang tu. No wonder la ramai yang beli. Cantik!

    ReplyDelete
  4. nampak macam best je guna vinyl ni. nak try jugaklah nnti, sebab bilik sewa saya mmg lantai simen je. tak terfikir pulak :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya lantai rumah pakai Vinyl ni !! akak selalu tengok orang deko deko pakai Vinyl.. aduh.. jatuh hati betul.. hee~ nanti nak try lah..

    ReplyDelete
  6. Oh, pvc ya mcm tu? Kalau org yg tak expert macam saya ni tengok, mati2 ingat kayu.

    ReplyDelete
  7. Impian Sis ni nak pasang lantai macamtu, tapi tahun depan sebelum anak kawin.. cuma tak berani pulak nak pasang sendiri, dah survey gak, agak mahal ekk kalau pasang lantai gini...

    ReplyDelete
  8. Nampak kemas dan cantik. Selain itu nampak esklusif juga. Boleh pasang jugak ni kat rumah

    ReplyDelete
  9. Menariknya boleh DIY skrg vinyl floor ni... Ruang rumah terus nampak lebih elegant dengan Vinyl floor kan..

    ReplyDelete
  10. Cantikkk. Nampak mudah cara nak pasangnye. Macam nak tukar jugakla

    ReplyDelete
  11. teringin betul nak pasal vinyl flooring ni kat bili. tapi, tu la. malas nak kemas.

    ReplyDelete
  12. cantik kan kalau pasang vinyl ni kat rumah kita.. nampak kemas sangat.. TB suka..

    ReplyDelete
  13. Lantai Rumah kak pun guna PVC Flooring jer lg npk cantik dan jimat wang klu ganti dgn batu marmar mmg byk belanja

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.