Mengandung Kali Ke...

 

Assalamualaikum. Rasa dah lama gila I tak menaip dekat blog ni. Terabai juga la blog kesayangan sebab banyak benda I nak uruskan dalam kehidupan hahaha. Setiap hari rindu nak menaip semula tak pernah tak rindu tapi nak cari masa terluang tu susahnya. Lagi-lagi sekarang I tengah busy deko semula rumah, lagi tak cukup masa. Tapi nak tak nak I nak share juga berita gembira ni dekat blog kesayangan sebab nanti bila dah beberapa tahun lagi bila baca semula boleh la mengimbau kenangan.

 

 

Blog ni bukan tempat I nak share informasi untuk pembaca je, tempat I sendiri nak korek benda-benda yang I dah lupa hahah. Alhamdulillah I tengah mengandung anak kedua dan dalam second trimester dah. Dalam minggu ke 13 macam tu la. Ikutkan I memang nak tunggu Ayhan cukup dua tahun dulu baru mengandung kali kedua tapi dah rezeki so Ayhan dalam setahun empat bulan macam tu kot I pregnant.

 

 

I tahu I pregnant pun masa dah masuk 8 weeks. Itu pun waswas sebab period I okay je setiap bulan lepastu masa bulan 9 kot macam eh period sikit sangat dan pagi tu je period sehari. Mungkin tu balance period yang lepas-lepas. Jadi I beli la pregnancy kit test tu nak test dulu betul ke tak. Sebelum tu memang I ada rasa loya-loya dan selalu rasa penat plus malas.

 




 

Masa pregnant anak pertama I tak ada rasa loya pun. Rasa apa-apa pun tak ada. Elok je bersemangat dan bertenaga pergi kerja. Kali kedua pregnant ni kemain loya dia tak boleh bawak bincang. Nasib loya je tak ada muntah-muntah. Kalau tambah sekali muntah-muntah confirm penat nak tanggung. Loya pun dah buat I rasa nak baring dan berehat je hahah.

 

 

First trimester tu memang I malas sangat. Nak masak pun malas jadi beli je makanan dekat luar. Second trimester ni baru la rajin nak masak, rajin nak kemas rumah, rasa sikit jadi diri sendiri tu. Dua kali juga la I test pregnancy kit tu sebab masa first test, I test malam so maybe tak accurate kata hatikuuu padahal dah dua line. Next day beli lagi lepastu test pagi-pagi masa first pee. Betul la pregnant hahahhaha.

 

 

Lepastu I ajak la Aiman pergi scan sebab I tak makan asid folik kan risau sikit keadaan baby tapi nampak baby macam okay je sihat membesar normal semua. Tak sabar tunggu besar sikit dan buat gender scan and detail scan. Buat masa ni memang I rajin la makan semua vitamin yang KK bagi and tambah vitamin C sekali, Nanti I share vitamin apa I makan okay.

 




 

Minta doakan pregnancy I kali ni berjalan dengan lancar dan dua-dua sihat. I memang rasa I sihat je tapi risau jugak kadang-kadang. Ayhan dah la tengah aktif penat jugak nak melayan dia hahaha. Semoga I diberi kesihatan dan tenaga yang banyak.

 

 

Bila orang kata setiap pregnancy berbeza memang betul. Banyak perbezaan pregnancy I kali ni. Salah satunya I kerap nak pergi toilet buang air. Sekarang I dah amalkan minum 3 liter air setiap hari lagi la bertambah kerap nak pergi toilet tu.Kepada mommies yang pregnant juga jangan lupa minum banyak air dan makan makanan berkhasiat okay. I asyik craving nak makan magi je!

 

 

Lagi satu yang I paling tak suka pregnancy kali ni, jerawat tak pernah surut! I tak pernah naik jerawat teruk macam ni tapi kali ni naik macam cendawan tumbuh selepas hujan. Lepas surut satu, datang satu lagi. Lepastu bukan jenis jerawat biasa tu. Jerawat yang sakit dan ambil masa lama sangat nak surut. Geram! Ini I dah step up my skincare routine game, rajin sikit buat skincare routine, behave sikit la kulit ni. Kalau tak tu lepas satu, satu. Memang goodbye la flawless skin time pregnant ni.

15 comments

  1. tahniahhhh!!! moga baik baik sampai ke akhirnyaa.. AMIN

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis. Sama macam saya pragnent anak ke-2. Sehari je period dan setompok coklat. Rasa macam pelik. Then, tiga minggu lepas tu check alhamdulillah, positif. 😊

    ReplyDelete
  3. insyallah semua baik2 saja..
    take care yaa mummy..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah..plis jaga diri..jaga kandungan...semoga mommy and baby sihat sampai masa melahirkan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah..plis jaga diri..jaga kandungan...semoga mommy and baby sihat sampai masa melahirkan...

    ReplyDelete
  6. Selalunya bila rasa lain dari hamil anak pertama mesti beza jantina tu... jika dah ada lelaki mgkin kali ini perempuan. Saya dulu klu perempuan tak suka bau ikan klu lelaki ok je haha

    ReplyDelete
  7. Congratulations on your second pregnancy. Pls take care of your health ya. Semoga you dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  8. Congratulations. Wishing you a very happy and safe pregnancy. Take care

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk kehamilan kedua, jaga diri baik-baik amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan rehat.. Moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  10. Moga dipermudahkan perjalanan pregnancy kali ini. And jaga kesihatan diri, Ayhan dan keluarga. All the best.

    ReplyDelete
  11. Tahniah, semoga mummy and baby kekal sihat! Betul, blogging ni kadang2 bukan setakat untuk share info dgn pembaca je, tapi untuk diri kita juga, supaya satu hari nanti kita boleh baca balik tentang perjalanan hidup kita.

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk your pregnancy ya.. Happy for you and your family.. :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Tahniah.seronoknya nak ada baby. Lama dah tak pegang baby ni. Take care. Semoga dipermudahkan time mengandung ni

    ReplyDelete
  14. Memang kalau mengandung anak kedua badan mula letih Ai, sebab kita dah ada sulung kann.. tapi tu laaa, jangan terlalu push, bawa berehat juga ya.. moga semaunya sihat hingga melahirkan...

    ReplyDelete
  15. tahniahh!!!! mesti happy tak terkata kan!? semoga dipermudahkan semua urusan!

    ReplyDelete