Selamat Tahun Baru. Tahun 2021 ni umur makin meningkat, pelbagai benda I nak buat. Macam-macam dah plan dalam kepala ni hahaha. Ahli keluarga pun akan bertambah tak lama lagi harap makin murah rezeki I sekeluarga. Macam biasa, awal tahun memang I semangat buat list apa I nak capai tahun ni. Bila dah ada list senang buat perancangan dan harap tak tersasar la dari landasan.
Tahun-tahun sebelum ni I ada kongsi juga misi tahun baru tapi I asingkan untuk personal dan blog. Tahun ni I sekali kan jela terus.
Misi kurus! Setiap tahun sama je misi kurus ni confirm kena ada tapi tak kurus-kurus pun. Awal tahun je semangat lepastu sekian wasalam jela. Tapiiii semangat I tahun ni harap lain la sikit. Time mengandung kali kedua ni kemain berat naik tanpa batasan. Dalam pantang dan lepas pantang nanti harap la turun 20kg hahahah. Insha Allah harap berjaya la doakan I dapat turunkan berat badan tak lalu okay berat sangat ni sakit lutut.
Semangat menaip blog kembali. I suka sangat menulis dan mengarang ni. Kadang mood tu ada tapi masa tak mengizinkan. Anak nak masuk dua ni I pun tak pasti la jadual I macam mana nanti. Harap la masih ada waktu lapang nak taip blog sebab misi ketiga I nak cashout adsense tiga kali next year!
Tahun 2020 I berjaya cashout sekali je tsktsk. Memang tahun 2020 I tak aktif sangat berblog berbanding tahun sebelumnya rajin sangat update at least satu entry sehari. Harap bila I rajin update blog, earning adsense pun bertambah la.
I masih dalam proses kumpul duit nak beli ipad. Plan nak beli ipad biasa-biasa je yang I boleh jadikan second gadget untuk edit video dan content. Sebelum ni I guna iphone je untuk edit video dan gambar. Tahun 2020 pun Alhamdulillah berjaya beli camera best sikit untuk rakam content yang lebih berkualiti. Ada juga niat nak beli laptop tapi hold dulu la. Beli ipad boleh kongsi sekali dengan ayhan hahahha. Korang guna ipad apa boleh kongsi sekali dekat komen. Senang I nak survey.
Lain-lain misi macam biasa la nak tingkatkan income sendiri. Nak kumpul lebih banyak simpanan sebab masa covid ni la boleh menyimpan duit sikit kot tak berjalan ke mana. Bila dah boleh berjalan nanti boleh la korek simpanan yang ada hahaha. I ada niat juga nak start bisnes mungkin jadi agent produk orang. Nanti kita tengok sikit produk apa best untuk jadi agent kan. Norwex ke hihi.
Itu je kot misi yang I nak kongsi dekat blog ni. Harap tercapai la misi tahun 2021. Misi I tahun 2020 tu boleh la lupakan sebab kebanyakkan nya tak tercapai pun. Bawa ke tahun 2021 jela. Kongsi la sekali misi 2021 korang okay.
may your wish come true. i dotn usually list any resolutions haha happy new year
ReplyDeleteTahniah on your pregnancy 🥰 and saya doakan misi 2021 awak tercapai terutamanya yang income sendiri and kurus tu 😆 Aminnn
ReplyDeleteHappy New Year 2021. May 2021 be a good year for you and family. Thank you for sharing your diet tips too.
ReplyDeleteRawlins nak teruskan set cita-cita 2020 terutama nak stay healthy, turunkan berat badan, tambah simpanan dan banyakkan travel dalam negara
ReplyDeleteSelamat tahun baru dan semoga terus berjaya dan juga tercapai apa yang disenaraikan untuk tahun 2021 ni hehehe kita pun ada azam baru juga malu nak kongsi...
ReplyDeleteMisi tahun ni pun sama dgn tahun lepas nak kurus. Cuma ingat tahun ni nak cr pendapatan sampingan
ReplyDeleteSama la misi terakhir nak tingkatkan income, saving susut banyak juga la time PKP aritue..
ReplyDeleteYes, it is good to have goals for yourself especially in the beginning of our "Race". Hopefully you will be able to stay on track and achieve your targets.
ReplyDeletehappy tahun 2021 dan assalamualaikum dari saya admin smartinvest101.com
ReplyDeleteHappy New Year, azam baru tahun ni adalah untuk kekal sihat and kalau boleh start travel lah, memang rindu nak travel.
ReplyDeleteAamiin . Moga tercapai semua hasrat dan impian . Motivasi tu memang kena ada .. kalau tak sure swing mood . K.Sal pun tengah berusaha nak update entry mengikut situasi semasa
ReplyDeleteMisi kurus tu memang tiap2 tahun. Kena bertekad ni, mouse mommy pun tak tahan dengan makanan yang sedap.
ReplyDeletehappy new year to you too! may your resolutions come true for you this year :)
ReplyDeleteGood luck ya dengan azam tahun baru, Airah. Memang bagus setiap awal tahun, kita set satu target, then hujung tahun kita review balik.
ReplyDeleteTahun 2021 memang tahun penuh pengharapan untuk kebanyakan orang. Semoga rezeki kita semua makin baik di tahun ni. Happy New Year, Airah!
ReplyDeleteGoodluck for your azam tahun baru kali ni. Semoga success!! Sama lah kita nak kurus juga ni. Dok asyik kembang-ke cut jee.
ReplyDeleteTahun 2021 tentu ada azam baru, harap2 tahun ni negara bebas dari covid sbb byk menyusahkan dunia
ReplyDeleteBagus Airah ada plan dan target apa nak kejar tahun 2021 ni. Akak doakan semoga semua impian Airah akan terlaksana dan dipermudahkan segala urusan. Selamat tahun baru !
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2021. Semoga segala impian awak tercapai..aminnnn
ReplyDeleteSemoga tahun ni dapat lunaskan misi2 yang dihajatkan ye. heheh takpe keep doin it slowly but surely. mana tahu tahun ni boleh jadi sejarah misi tercapai
ReplyDelete