Korang pengguna planner atau tak? I baru je start guna planner dua tahun lepas. Dua tahun lepas I guna planner dari Typo je tapi planner tu tebal sangat dan banyak space untuk tulis. Untuk orang yang tak ada la busy sangat macam I ni rasa membazir bila ada page yang tak guna. I cuba juga untuk guna, tak biar kosong dengan buat nota semua. Tahun 2020 pula I guna planner Dear Yayah Dearies Journal.


Dear Yayah Dearies Journal ni I beli dekat Popular je. Harga tak ingat tapi boleh tahan murah la. Bagi I planner ni sangat sesuai dengan I sebab isi dia simple dan cukup-cukup ruang untuk I menulis. Antara bahagian yang ada, mood tracker, habit tracker, monthly page, saving, bills, weekly page and beberapa bahagian yang kosong untuk korang tulis apa-apa. Boleh dikatakan nak penuh juga la planner ni I guna.


Warna dia pun cantik warna pink favourite I. I tak pasti 2021 ada ke tak planner ni sebab dah lama tak masuk Popular. Planner 2021 I beli dari byathishakhan, adik Neelofa tu. Pertama kali tengok planner ni dekat igstory dia I jatuh cinta sebab cantik. Ada dua warna pink dan hijau gelap. I mesti la pilih pink. Pembelian boleh dibuat melalui Shopee dengan harga Rm45 kalau tak silap I.






Mula-mula I macam tak suka sangat layout planner ni sebab sangat simple. Ada monthly and weekly page dan beberapa page kosong. Simple sangat dan tak ada corak apa pun dekat dalam dia. Bagi I yang sejenis tak kreatif nak lukis-lukis ni I perlukan corak dalam planner I untuk bagi nampak cantik hahhah. Tapi kulit planner ni keras jadi tak ada rosak terlipat ke apa. I dah tulis beberapa benda dalam planner ni dan dah hias dengan sticker nampak la sedap mata memandang sikit.


Haritu I hampir nak beli planner Calaqisya collab dengan Anatomy sebab menarik sangat. Warna cantik pastel macam tu dan harga sesuai dengan budget I tapi disebabkan 2021 I dah ada planner malas la nak tamak bukan banyak benda pun I nak tulis sampai nak guna dua planner. Jadi planner Anatomy tu I beli tahun depan la.


Korang guna planner apa untuk tahun 2021 ni? Boleh la share dengan I. I ada join group planner juga dekat facebook dan ramai sangat orang kreatif dengan planner cantik-cantik dekat situ. Seronok cuci mata tengok. Planner pun ada banyak jenis juga sama ada yang fizikal seperti buku atu digital yang guna apps sahaja. Yang penting I rasa terurus sikit hidup bila ada planner ni. Tulis je apa-apa yang korang nak dalam tu. Kadang ada benda kita tak mampu nak cakap kita tulis je.


Dear Yayah Dearies Journal



Korang boleh cari inspiration dekat Pinterest juga




Planner 2020 dan 2021

Dah lama rasanya I tak makan makanan korea. Siapa yang tak pernah try makananan korea sila angkat tangan. Kalau korang selalu tengok kdrama or peminat kpop confirm akan terpengaruh juga nak rasa makanan korea ni. I terpengaruh bila tengok Kdrama dan Runningman. Paling suka episod Runningman yang ada makan-makan. Confirm terliur lepastu craving nak makan jugak. Kalau tengok episod tu mesti wajib kena ada makanan depan mata hhhahaha.


I kadang terfikir juga pandai drama korea ni ketengahkan makanan diaorang. Buat penonton tak kira latar belakang dan negara teringin nak cuba makanan diaorang. Kan best kalau Malaysia pun cuba promosikan makanan Malaysia dalam drama.


Masa balik dari kampung haritu, singgah la makan dekat Dubuyo Paradigm Mall. Macam biasa la mula-mula tak tahu nak makan apa tapi I tetiba teringin nak makan kimchi. Kimchi Dubuyo pun sedap juga and korang boleh refill as side dish. Lagi satu I suka kimchi Mr Dalgakbi. Dulu ada Mr Dakgalbi dekat Sutera Mall yang dekat sikit kalau I nak pergi tapi dah tutup pindah dekat Toppen.


I pilih set untuk dua pax. Ada Soondubu Jigae boleh pilih nak seafood, beef atau ayam, Honey Garlic Bulgogi atau Korean Spicy Wing atau Honey Mustard Wings atau Buldak Wing atau Mayoyo Wing korang boleh pilih la mana nak. I pilih Honey Mustard Wings. Dua Dubuyo Roce, green tea and dessert. Lepastu set ni boleh refill side dish.


Ayhan kongsi je makan dengan kiteorang sebab lauk dia pun ada tofu and daging lembut untuk share dengan Ayhan.


Set makanan


Honey mustard wings


Soondubu Jigae beef





Minum green tea je





Dessert



I tak sure dessert dia apa tapi macam taufufa manis and sedap! Rasa nak je order lagi, terasa sejuk dekat tekak hahahah. Sebelum ni I pernah order juga set ni. Memang semua kena dengan tekak and sedap. Cuma wings tu tak habis makan so tapau sekali dengan topokki cheese buat supper masa tengok Runningman hahahah. 


Dah Lama Tak Makan Dubuyo

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.