Dah Lama Tak Makan Dubuyo

Dah lama rasanya I tak makan makanan korea. Siapa yang tak pernah try makananan korea sila angkat tangan. Kalau korang selalu tengok kdrama or peminat kpop confirm akan terpengaruh juga nak rasa makanan korea ni. I terpengaruh bila tengok Kdrama dan Runningman. Paling suka episod Runningman yang ada makan-makan. Confirm terliur lepastu craving nak makan jugak. Kalau tengok episod tu mesti wajib kena ada makanan depan mata hhhahaha.


I kadang terfikir juga pandai drama korea ni ketengahkan makanan diaorang. Buat penonton tak kira latar belakang dan negara teringin nak cuba makanan diaorang. Kan best kalau Malaysia pun cuba promosikan makanan Malaysia dalam drama.


Masa balik dari kampung haritu, singgah la makan dekat Dubuyo Paradigm Mall. Macam biasa la mula-mula tak tahu nak makan apa tapi I tetiba teringin nak makan kimchi. Kimchi Dubuyo pun sedap juga and korang boleh refill as side dish. Lagi satu I suka kimchi Mr Dalgakbi. Dulu ada Mr Dakgalbi dekat Sutera Mall yang dekat sikit kalau I nak pergi tapi dah tutup pindah dekat Toppen.


I pilih set untuk dua pax. Ada Soondubu Jigae boleh pilih nak seafood, beef atau ayam, Honey Garlic Bulgogi atau Korean Spicy Wing atau Honey Mustard Wings atau Buldak Wing atau Mayoyo Wing korang boleh pilih la mana nak. I pilih Honey Mustard Wings. Dua Dubuyo Roce, green tea and dessert. Lepastu set ni boleh refill side dish.


Ayhan kongsi je makan dengan kiteorang sebab lauk dia pun ada tofu and daging lembut untuk share dengan Ayhan.


Set makanan


Honey mustard wings


Soondubu Jigae beef





Minum green tea je





Dessert



I tak sure dessert dia apa tapi macam taufufa manis and sedap! Rasa nak je order lagi, terasa sejuk dekat tekak hahahah. Sebelum ni I pernah order juga set ni. Memang semua kena dengan tekak and sedap. Cuma wings tu tak habis makan so tapau sekali dengan topokki cheese buat supper masa tengok Runningman hahahah. 


17 comments

  1. saya pernah makan sekali je dubuyo. itu pun tak kena dengan tekak hahaha

    ReplyDelete
  2. OMG! THe Honey mustard wings are already making my mouth water. All the food looks good.

    ReplyDelete
  3. paling suka tofu stew and bibimbap kat dubuyo.rinduuu nak makan dubuyo.

    ReplyDelete
  4. Oh yummy!!!!!!! I also love Korean food and eating Dubuyo. My favorite Korean food is kimchi poukeumbab. Khungang haseyo.

    ReplyDelete
  5. Saya suka makanan Korea, siap beli stone bowl yang macam dalam cerita tu lagi nak buat sondubu jjigae sendiri hehe

    ReplyDelete
  6. Dubuyo best sebab boleh free refill banchan kan? 😁 Sebab tak semua Korean resto bagi free banchan..huhu

    ReplyDelete
  7. Samalah.. Lama tak makan makanna korea ni.. Aduh sedapnya tengok.. Betul org korea suka tunjuk maknan diaorang buat kita tertarik nak cuba

    ReplyDelete
  8. Fav restoran saya. Skrg senang sebab boleh order guna GF je. Selalu akan order bibimbap dengan kimbap dia.

    ReplyDelete
  9. Looks yummy! Jenny pun suka makan dubuyo! Dah lama tak makan, my daughter sure will like this too!

    ReplyDelete
  10. I pun dah lama x makan dubuyo. Rindunya. Esp.mee sejuk dia. Sedap betholl

    ReplyDelete
  11. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this restaurant at any time of the day. cant wait to try this for myself

    ReplyDelete
  12. Saya prefer makanan Jepun, tapi sesekali ok jugak tukar selera makan makanan Korea. Korean food ni rasa macam lebih fresh & healthy, terutamanya bila letak kimchi.

    ReplyDelete
  13. Ni antara Korean restaurant yang paling kerap Nell pergi.. favorite juga la ni.. :P suka makanan dia yang cukup rasa dan sangat generous portionnya.. tak kedekut..

    ReplyDelete
  14. Mmmm... Sedapnya! Dah lama tak makan kat luar, tak dapat travel Korea, dapat makan Korean Food pun jadi laaa kann

    ReplyDelete
  15. Kalau Sis dubuyo ni paling best makan, sebab banyak set dia jual kan.. kalau datang makan, memang penuh satu meja Sis anak banak order heheheh..

    ReplyDelete
  16. I've eaten at Dubuyo a few times, it's more suitable for the local tastebuds.

    ReplyDelete
  17. wahh... kita rindu makanan korea juga lah... nak makan gak!!!

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.