Planner 2020 dan 2021

Korang pengguna planner atau tak? I baru je start guna planner dua tahun lepas. Dua tahun lepas I guna planner dari Typo je tapi planner tu tebal sangat dan banyak space untuk tulis. Untuk orang yang tak ada la busy sangat macam I ni rasa membazir bila ada page yang tak guna. I cuba juga untuk guna, tak biar kosong dengan buat nota semua. Tahun 2020 pula I guna planner Dear Yayah Dearies Journal.


Dear Yayah Dearies Journal ni I beli dekat Popular je. Harga tak ingat tapi boleh tahan murah la. Bagi I planner ni sangat sesuai dengan I sebab isi dia simple dan cukup-cukup ruang untuk I menulis. Antara bahagian yang ada, mood tracker, habit tracker, monthly page, saving, bills, weekly page and beberapa bahagian yang kosong untuk korang tulis apa-apa. Boleh dikatakan nak penuh juga la planner ni I guna.


Warna dia pun cantik warna pink favourite I. I tak pasti 2021 ada ke tak planner ni sebab dah lama tak masuk Popular. Planner 2021 I beli dari byathishakhan, adik Neelofa tu. Pertama kali tengok planner ni dekat igstory dia I jatuh cinta sebab cantik. Ada dua warna pink dan hijau gelap. I mesti la pilih pink. Pembelian boleh dibuat melalui Shopee dengan harga Rm45 kalau tak silap I.






Mula-mula I macam tak suka sangat layout planner ni sebab sangat simple. Ada monthly and weekly page dan beberapa page kosong. Simple sangat dan tak ada corak apa pun dekat dalam dia. Bagi I yang sejenis tak kreatif nak lukis-lukis ni I perlukan corak dalam planner I untuk bagi nampak cantik hahhah. Tapi kulit planner ni keras jadi tak ada rosak terlipat ke apa. I dah tulis beberapa benda dalam planner ni dan dah hias dengan sticker nampak la sedap mata memandang sikit.


Haritu I hampir nak beli planner Calaqisya collab dengan Anatomy sebab menarik sangat. Warna cantik pastel macam tu dan harga sesuai dengan budget I tapi disebabkan 2021 I dah ada planner malas la nak tamak bukan banyak benda pun I nak tulis sampai nak guna dua planner. Jadi planner Anatomy tu I beli tahun depan la.


Korang guna planner apa untuk tahun 2021 ni? Boleh la share dengan I. I ada join group planner juga dekat facebook dan ramai sangat orang kreatif dengan planner cantik-cantik dekat situ. Seronok cuci mata tengok. Planner pun ada banyak jenis juga sama ada yang fizikal seperti buku atu digital yang guna apps sahaja. Yang penting I rasa terurus sikit hidup bila ada planner ni. Tulis je apa-apa yang korang nak dalam tu. Kadang ada benda kita tak mampu nak cakap kita tulis je.


Dear Yayah Dearies Journal



Korang boleh cari inspiration dekat Pinterest juga




16 comments

  1. cantiknya planner tu.. kreatif..

    ReplyDelete
  2. ya ampunnn rajinnyaaa. memang tak la nak buat camni. planner pun tak pernah ada. anything terus taip kat gdrive je haha

    ReplyDelete
  3. Tahun ni tak beli planner pun sebab apa-apa hal tulis dekat notebook biasa je. Tahun lepas beli planner tak sempat nak guna pun haha

    ReplyDelete
  4. Cantiknya planner2 tu. I biasa pakai blank notebook je, sebab each time beli planner mesti membazir, coz tak penuh. Kalau notebook, i boleh guna for a few years.

    ReplyDelete
  5. cantik nya pink planner tu !! hee~ tahun ni akak tak de planner pun.. semua paksa diri full utilize hp dengan lpatop je.. tulisan akak pun dah macam ape tah sebab dah lama tak menulis..

    ReplyDelete
  6. Cantiknye tulisan. Planner pon cantik. Marina pon suka planner jenis kotak-kotak ni senang nak tengok plan program

    ReplyDelete
  7. Dulu tiap tiap tahun memang wajib beli planner. Sekarang tak beli dah sebab masuk insurans percuma planner.

    ReplyDelete
  8. This looks like such a useful and beautiful planner. Can’t wait to buy one for myself!

    ReplyDelete
  9. ME ME ME! i am a planner type of person hence i love to keep planners. am always excited for new launch of interesting designs every year.

    ReplyDelete
  10. Rawlins ada 2 Starbucks planner tapi kan Rawlins jenis kumpul je, bukan suka pakai pun. Rawlins lebih kepada Google Calender type of person hehe

    ReplyDelete
  11. cantik planner awak.. dulu saya suka design sendiri.. puas hati jugak..

    ReplyDelete
  12. dah ada jugak planner satu. planner starbucks saja. tp dah masuk pertengahan bulan 1, masih lagi suci dan bersih planner tu. hahahahaa

    ReplyDelete
  13. Seronok ada planner ni. Kalau join komuniti planner addicted lagi la memacam stationery tambahan. Akak tahun 2021 cuma tukar kalendar aje. Sebab planner akak jenis bleh refillable. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Rasanya i perlu beli planner juga ni.. baru dapat rancang betul2 semua posting dan aktiviti seharian properly.. (Y)

    ReplyDelete
  15. i semangat 2 3 bulan je.. pastu kelaut hehe

    ReplyDelete
  16. Paling suka Dear Yayah Dearies Journal sebab dia simple and ada semua. Athisha punya planner agak pricey lah for me, warna dengan cover dia memang cantik especially the dark green ones, tapi tu lah turn off bila tengok dalam tu terlampau simple sangat, maybe sape-sape yang jenis kreatif tu okay lah nak doodles semua but not me haha.

    ReplyDelete