Chapter 1 : Cabaran Membina IDW


Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta.




Pada usia 23 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.





Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan.





Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.







Chapter 2 : Tragedi Kebakaran



Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.





Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

 







Chapter 3 - Fenomena COVID


Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.




Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.







Chapter 4 - Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar 



Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.




Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.





DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

https://idw.design/idw-collection-design/




best interior design in malaysia, house interior design in malaysia, interior design in malaysia, interior design in selangor, interior design in shah alam, idw design & build, interior design kuala lumpur,

interior design firm in malaysia, top interior design in malaysia, top interior design in selangor, top interior design in shah alam, home interior design, minimalist house design, modern house interior, boho room decor, bohemian decor, contemporary interior design,

house interior design in selangor, aesthetic bedroom, living room design, bedroom interior design, free interior design, Interior design bumiputra, outdoor decor, famous interior designers, famous interior designers in malaysia, art deco interior design, 3d room design, decoration design, interior design company in malaysia, interior design company in selangor, interior design company in shah alam, interior design near me





Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Ceritanya entry lepas I ada kongsi kena minum air gula untuk kali pertama bagi pregnancy kali kedua ni. I ingat minum air gula sekali je la sebab result mgtt I okay je tak ada masalah. Rupanya! Kena juga minum air gula untuk kali kedua. Masa minum air gula kali pertama tu I mengandung 23 weeks. 






Untuk minum air gula kali kedua ni sebab doktor rasa masa I minum air gula tu kandungan awal lagi, kali ni kandungan dah masuk awal 3rd trimester jadi minum la lagi air gula tu. Nurse pun pelik kenapa kena minum lagi kan tapi ikut jela. Macam biasa kena puasa start pukul 10 malam dan boleh makan minum selepas ambil darah kali ke dua je.


Bila lapar lepastu kena minum air gula pekat likat tu memang mencabar la. Masa first time minum, I serius rasa loya sebab mengandung kali ni I kerap loya dan tak sedap badan. Mengandung kali pertama tak macam ni pun rasa macam tak ada masalah langsung. 


Tapi minum kali kedua ni lebih okay dari kali pertama. I dah kurang loya so tak ada rasa nak muntah bila minum air tu. Kali pertama berair juga la mata tahan loya. I rasa result kali ni pun okay je sebab kalau tak okay confirm nurse dah call. Dah nak dekat due date ni nervous tu makin terasa sebab pengalaman pertama I bersalin tak ada la best dan menyenangkan. Menguji mental dan fizikal juga la. Harap I kuat la nak bersalin kali ni dan jaga dua orang anak hahaha doakan okay.



Masih mampu selfie lepas checkup walaupun dah kebuluran


Sekarang dah start kira gerak baby dalam perut dan kena checkup dekat klinik kesihatan dua minggu sekali.

Minum air gula semasa hamil

Pregnancy Skincare | Masa pregnant ni mood memang berubah-ubah. Kadang malas kadang rajin. Kadang tu terlebih rajin. Lagi-lagi bab nak pakai skincare ni. Bila rajin, semua step I buat. Bila malas, tak kisah langsung dah pasal kulit muka. Masa awal mengandung haritu, mood malas buat skincare routine memang menebal la. Skincare beratur tapi tak sentuh pun. Sekarang je macam rajin sikit nak buat. 



Jadi bila rajin ini la skincare I. Step pertama mesti la cuci muka. Cleanser I yang dah lama sangat tak bertukar, masih setia dah sepuluh tube jugak agaknya. I guna Nanowhite Awakening Snow Wash Cleanser. Pencuci muka ni sesuai dengan kulit I jenis kombinasi berminyak dan normal. Tapi macam biasa la masa mengandung, kulit berubah-ubah sukati dia je. Kadang terlebih minyak, kadang terlebih kering tapi pencuci muka ni tak pernah la buat muka I rasa tak selesa atau kering lepas cuci.








Step kedua I guna VT Cosmetic Cica Skin. I suka gila produk ni sebagai toner. Tekstur dia agak berair tapi bila pakai dekat muka pun rasa lembap je. Tak ada la rasa macam tak ada fungsi kan sebab tekstur berair sangat ni. I selalu pakai dua tiga lapis untuk produk ni sebagai extra kelembapan. So far dah tinggal suku botol ni memang kulit I suka sangat.


Untuk serum pula I guna Some By Me Snail Truecica. Serum favourite I buat masa sekarang sebab bila pakai serum ni automatik kulit rasa lembap sangat dan glowing. Serum ni sesuai kalau korang ada masalah acne yang agak teruk tapi I punya kulit tak teruk sangat pun okay je pakai. Sebenarnya I ambil adik I punya serum sebab serum ni tak sesuai dengan kulit dia. Sebelum korang try apa-apa produk cuba buat patch test atau beli trial size dulu okay untuk elak pembaziran. Serum ni pun sangat membantu untuk pudarkan parut jerawat.










Pelembap pula I guna Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream. Kalau korang pembaca setia blog I dari duluuuuu, moisturiser ni memang favourite I lama gila dah. I pernah review dalam post lama-lama hahaha antara blogpost I yang famous dan dapat views tinggi juga la. I suka moisturizer ni sebab sangat melembapkan muka. Sebab dia ada vitamin E jadi membantu kulit kering, kulit lebih sihat. Tekstur dia jenis krim dan mungkin sesetengah kulit rasa tak selesa atau tak sesuai jadi korang boleh beli yang tub kecil tu je untuk cuba dulu okay.






Next step eye cream I masih guna Simple Revitalising Eye Roll On yang dalam sisa-sisa nak habis dah. Penat tunggu dia habis macam dah nak habis tapi bila guna ada lagi pulak. I suka juga eye roll ni buat bawah mata nampak lebih segar dan terasa kelembapan pada bahagian tersebut. Panda eye tak dapat bantu okay kena cari eye cream yang advance sikit. Yang ni buat mata lebih segar boleh la.


Okay itu je step simple I untuk kali ni. Yang I ada baca kalau pregnant boleh elakkan produk yang ada glycolic acid ataupun acid yang terlalu tinggi percent dia. Yang ada whitening atau anti aging dan retinol tu kalau boleh elakkan langsung okay kecuali kalau dia ada tulis selamat untuk wanita mengandung. Buat masa ni yang I tahu Eucerin punya produk ada stated save for pregnancy so boleh la cuba.



Pregnancy Skincare

Pengalaman Minum Air Gula Mengandung Kali ke Dua. I rasa I pernah kongsi juga I minum air gula masa pregnant kali pertama. Untuk pregnancy kali kedua ni, ini baru pertama kali I minum air gula. Tak silap masa I baca, biasanya kena minum air gula minggu ke 24 macam tu la. Kiranya I minum air gula awal la juga sebab berat I naik banyak sangat!



Ikutkan berat kena naik around 0.5kg je seminggu. I ni dua minggu naik empat kilo kenapa entah sedap sangat makan hahahaha. Jadi sebelum minum air gula kena la checkup selang sehari selama dua minggu. Penat juga bila kena datang klinik selang sehari ni. Untuk dua minggu punya checkup ni kena check tekanan darah, air kencing dan denyutan jantung baby. Sepanjang I check untuk dua minggu ni semua okay tak ada masalah.



Pregant kali pertama pun I ada juga kena check selang sehari selama dua minggu ni tapi bukan sebab berat naik banyak tapi sebab I batuk. Alhamdulillah masa tu pun tak ada masalah. Cuma kali ni I memang risau sikit kalau tiba-tiba I ada kencing manis ke apa walaupun mengandung sebelum ni tak ada kencing manis dan family pun tak ada kencing manis. Harap result mgtt I next month okay jela. Sampai tak boleh tidur tau punya nervous nak minum air gula lepastu risau kencing manis hahaha.



I ada baca pengalaman orang minum air gula rasa nak muntah la ada yang muntah la. I pun ada juga rasa loya tadi sebab sehari sebelum minum air gula kena puasa start 10 malam jadi mungkin sebab perut kosong tiba-tiba kena minum air manis pekat macam tu buat rasa loya. Tips I, kena minum laju-laju.



Nervous minum air gula pun masih tak sedar diri asyik craving benda manis hahaha



Masa I minum air gula tu pun berusaha telan laju-laju agar tak terkeluar semula hahahaha. Kalau macam susah juga try picit hidung sambil telan. Ada juga tips I baca kena minum time suam-suam tu. Tapi klinik kerajaan dah siap tuang dalam cawan dah sejuk so telan jela. Swasta mungkin la korang boleh request nak suam ke apa kan. Lepastu ada juga klinik yang buat air gula berperisa jadi senang sikit nak telan. Yang I telan ni pure original air gila terasa lagi dekat tekak walaupun dah sejam lebih hahahahah.



Sebelum minum air gula, kena ambil darah dulu. Kemudian minum air gula dan tunggu dua jam untuk ambil darah kali kedua. Sementara tunggu tu sempat la I teruskan appointment jumpa doctor dan buat appointment untuk check gigi. Bayangkan I kena cucuk dua kali untuk ambil darah lepastu kena cucuk dekat bahu pula untuk kancing gigi. Sabar jela sampai tiga kali kena cucuk harini mau I puasa buat kerja rumah seminggu hahahahah.



Doakan result mgtt I okay je tau sebab kalau tak okay habis la.




Pengalaman Minum Air Gula

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.