Minum air gula semasa hamil

Ceritanya entry lepas I ada kongsi kena minum air gula untuk kali pertama bagi pregnancy kali kedua ni. I ingat minum air gula sekali je la sebab result mgtt I okay je tak ada masalah. Rupanya! Kena juga minum air gula untuk kali kedua. Masa minum air gula kali pertama tu I mengandung 23 weeks. 






Untuk minum air gula kali kedua ni sebab doktor rasa masa I minum air gula tu kandungan awal lagi, kali ni kandungan dah masuk awal 3rd trimester jadi minum la lagi air gula tu. Nurse pun pelik kenapa kena minum lagi kan tapi ikut jela. Macam biasa kena puasa start pukul 10 malam dan boleh makan minum selepas ambil darah kali ke dua je.


Bila lapar lepastu kena minum air gula pekat likat tu memang mencabar la. Masa first time minum, I serius rasa loya sebab mengandung kali ni I kerap loya dan tak sedap badan. Mengandung kali pertama tak macam ni pun rasa macam tak ada masalah langsung. 


Tapi minum kali kedua ni lebih okay dari kali pertama. I dah kurang loya so tak ada rasa nak muntah bila minum air tu. Kali pertama berair juga la mata tahan loya. I rasa result kali ni pun okay je sebab kalau tak okay confirm nurse dah call. Dah nak dekat due date ni nervous tu makin terasa sebab pengalaman pertama I bersalin tak ada la best dan menyenangkan. Menguji mental dan fizikal juga la. Harap I kuat la nak bersalin kali ni dan jaga dua orang anak hahaha doakan okay.



Masih mampu selfie lepas checkup walaupun dah kebuluran


Sekarang dah start kira gerak baby dalam perut dan kena checkup dekat klinik kesihatan dua minggu sekali.

2 comments

  1. Minum air gula masa preggy tak best hehehehe.

    Moga dipermudahkan urusan Airah bersalin nanti :)

    ReplyDelete
  2. sejak bersalin anak nombor 3 tahun 2013, mmg takleh nak skip dah minum air gula ni.
    set dalam kepala sedapnya air ni...sedapnya air ni... alhamdulillah...tak pernah muntah

    ReplyDelete