Pengalaman Minum Air Gula

Pengalaman Minum Air Gula Mengandung Kali ke Dua. I rasa I pernah kongsi juga I minum air gula masa pregnant kali pertama. Untuk pregnancy kali kedua ni, ini baru pertama kali I minum air gula. Tak silap masa I baca, biasanya kena minum air gula minggu ke 24 macam tu la. Kiranya I minum air gula awal la juga sebab berat I naik banyak sangat!



Ikutkan berat kena naik around 0.5kg je seminggu. I ni dua minggu naik empat kilo kenapa entah sedap sangat makan hahahaha. Jadi sebelum minum air gula kena la checkup selang sehari selama dua minggu. Penat juga bila kena datang klinik selang sehari ni. Untuk dua minggu punya checkup ni kena check tekanan darah, air kencing dan denyutan jantung baby. Sepanjang I check untuk dua minggu ni semua okay tak ada masalah.



Pregant kali pertama pun I ada juga kena check selang sehari selama dua minggu ni tapi bukan sebab berat naik banyak tapi sebab I batuk. Alhamdulillah masa tu pun tak ada masalah. Cuma kali ni I memang risau sikit kalau tiba-tiba I ada kencing manis ke apa walaupun mengandung sebelum ni tak ada kencing manis dan family pun tak ada kencing manis. Harap result mgtt I next month okay jela. Sampai tak boleh tidur tau punya nervous nak minum air gula lepastu risau kencing manis hahaha.



I ada baca pengalaman orang minum air gula rasa nak muntah la ada yang muntah la. I pun ada juga rasa loya tadi sebab sehari sebelum minum air gula kena puasa start 10 malam jadi mungkin sebab perut kosong tiba-tiba kena minum air manis pekat macam tu buat rasa loya. Tips I, kena minum laju-laju.



Nervous minum air gula pun masih tak sedar diri asyik craving benda manis hahaha



Masa I minum air gula tu pun berusaha telan laju-laju agar tak terkeluar semula hahahaha. Kalau macam susah juga try picit hidung sambil telan. Ada juga tips I baca kena minum time suam-suam tu. Tapi klinik kerajaan dah siap tuang dalam cawan dah sejuk so telan jela. Swasta mungkin la korang boleh request nak suam ke apa kan. Lepastu ada juga klinik yang buat air gula berperisa jadi senang sikit nak telan. Yang I telan ni pure original air gila terasa lagi dekat tekak walaupun dah sejam lebih hahahahah.



Sebelum minum air gula, kena ambil darah dulu. Kemudian minum air gula dan tunggu dua jam untuk ambil darah kali kedua. Sementara tunggu tu sempat la I teruskan appointment jumpa doctor dan buat appointment untuk check gigi. Bayangkan I kena cucuk dua kali untuk ambil darah lepastu kena cucuk dekat bahu pula untuk kancing gigi. Sabar jela sampai tiga kali kena cucuk harini mau I puasa buat kerja rumah seminggu hahahahah.



Doakan result mgtt I okay je tau sebab kalau tak okay habis la.




17 comments

  1. Masa OM minum air gula kali kedua tu, minum laju laju pastu minum sikit je air masak bagi nk hilang manis area mulut. Alhamdulillah tak muntah, heheheheh

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing your personal experience about medical check up. Being an expectant mother is really amazing and it is not easy at all. Kudos to all ladies who are mothers. May your sacrifice be will rewarded.

    ReplyDelete
  3. selalu dengar cerita orang prengnant kena minum air gula. takleh nak bayangkan bila kena lalui nanti

    ReplyDelete
  4. Pengalaman minum air gula masa pregnant memang takleh lupa. Rasa nak terkeluar balik haha! Bertahan jela sebab kalau tak kena repeat test. Anyway, jom join GA saya.

    ReplyDelete
  5. Part minum air gula masa mengandung tu tak boleh lupa. Tak berkenan sungguh tapi nak buat macamana kena la menghadapinya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Oh my kita yg membaca ni pon terasa2 kat tekak nii hahaha adoii..so far qeela pon tak pernah lagi minum air gula for both pregnancy, bnyk dgr review org je heheh..

    ReplyDelete
  7. Mmg seram minum air gula.. kita doakan yang baik2 utk sis. Take care

    ReplyDelete
  8. harap ur pregnancy went well and smooth. jaga diri. good luck.

    ReplyDelete
  9. Hope semuanya baik2 sahaja lepas dpt result nanti ya. Kena control makan la gayanya kan. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Alahaii sian Ai.. bertabahlah, moga semuanya baik-baik aja..
    Sis alhamdulilah, mengan dung tiga-tiga takde pengalaman minum air gula.. bahagian masing-masing kan..

    ReplyDelete
  11. this is really interesting. i have never tried drinking sugar water before! please update us on your progress :)

    ReplyDelete
  12. Omg takleh imagine apa perasaan kena minum air gula. Dah la i jenis tak suka benda manis. Dessert pun tak suka. Tiba2 kena paksa minum pulak kan.

    ReplyDelete
  13. okay, saya bab2 pregnant ni memang tak tahu haha. terimakasih untuk info. adalah jugak perkara yg saya tau tentang wanita pregnant ni :)

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan yee. Banyakkan rehat and makan-makanan yang seimabnag ye untuk jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  15. teringat kenangan wife melalui fasa ini... saya pun ada try minum.. tak boleh telan lah..

    ReplyDelete
  16. Interesting about minum air gula ni.. ni procedure yang memang semua preggy woman will do it is it? First time dengar juga ni.. boleh gain some knowledge from this juga ni..

    ReplyDelete
  17. Wah really, kalau i minum air gula mesti i picit hidung sambil telan laju laju sebab i sejenis yang tak suka air manis.

    ReplyDelete