Pregnancy Skincare

Pregnancy Skincare | Masa pregnant ni mood memang berubah-ubah. Kadang malas kadang rajin. Kadang tu terlebih rajin. Lagi-lagi bab nak pakai skincare ni. Bila rajin, semua step I buat. Bila malas, tak kisah langsung dah pasal kulit muka. Masa awal mengandung haritu, mood malas buat skincare routine memang menebal la. Skincare beratur tapi tak sentuh pun. Sekarang je macam rajin sikit nak buat. 



Jadi bila rajin ini la skincare I. Step pertama mesti la cuci muka. Cleanser I yang dah lama sangat tak bertukar, masih setia dah sepuluh tube jugak agaknya. I guna Nanowhite Awakening Snow Wash Cleanser. Pencuci muka ni sesuai dengan kulit I jenis kombinasi berminyak dan normal. Tapi macam biasa la masa mengandung, kulit berubah-ubah sukati dia je. Kadang terlebih minyak, kadang terlebih kering tapi pencuci muka ni tak pernah la buat muka I rasa tak selesa atau kering lepas cuci.








Step kedua I guna VT Cosmetic Cica Skin. I suka gila produk ni sebagai toner. Tekstur dia agak berair tapi bila pakai dekat muka pun rasa lembap je. Tak ada la rasa macam tak ada fungsi kan sebab tekstur berair sangat ni. I selalu pakai dua tiga lapis untuk produk ni sebagai extra kelembapan. So far dah tinggal suku botol ni memang kulit I suka sangat.


Untuk serum pula I guna Some By Me Snail Truecica. Serum favourite I buat masa sekarang sebab bila pakai serum ni automatik kulit rasa lembap sangat dan glowing. Serum ni sesuai kalau korang ada masalah acne yang agak teruk tapi I punya kulit tak teruk sangat pun okay je pakai. Sebenarnya I ambil adik I punya serum sebab serum ni tak sesuai dengan kulit dia. Sebelum korang try apa-apa produk cuba buat patch test atau beli trial size dulu okay untuk elak pembaziran. Serum ni pun sangat membantu untuk pudarkan parut jerawat.










Pelembap pula I guna Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream. Kalau korang pembaca setia blog I dari duluuuuu, moisturiser ni memang favourite I lama gila dah. I pernah review dalam post lama-lama hahaha antara blogpost I yang famous dan dapat views tinggi juga la. I suka moisturizer ni sebab sangat melembapkan muka. Sebab dia ada vitamin E jadi membantu kulit kering, kulit lebih sihat. Tekstur dia jenis krim dan mungkin sesetengah kulit rasa tak selesa atau tak sesuai jadi korang boleh beli yang tub kecil tu je untuk cuba dulu okay.






Next step eye cream I masih guna Simple Revitalising Eye Roll On yang dalam sisa-sisa nak habis dah. Penat tunggu dia habis macam dah nak habis tapi bila guna ada lagi pulak. I suka juga eye roll ni buat bawah mata nampak lebih segar dan terasa kelembapan pada bahagian tersebut. Panda eye tak dapat bantu okay kena cari eye cream yang advance sikit. Yang ni buat mata lebih segar boleh la.


Okay itu je step simple I untuk kali ni. Yang I ada baca kalau pregnant boleh elakkan produk yang ada glycolic acid ataupun acid yang terlalu tinggi percent dia. Yang ada whitening atau anti aging dan retinol tu kalau boleh elakkan langsung okay kecuali kalau dia ada tulis selamat untuk wanita mengandung. Buat masa ni yang I tahu Eucerin punya produk ada stated save for pregnancy so boleh la cuba.



2 comments

  1. Nice sharing! Lepas ni boleh lah try beli and pakai snail truecica tuuu

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni susah juga yaa, tak boleh sembarang guna.. tapi sekarang ni laa banyak produk keluar.. Sis dulu tetepk bedak rambai je Ai hehehehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.