Cara mudah membeli produk F&N

Salam. Selamat menyambut bulan ramadhan. Alhamdulillah nak dekat dua minggu juga kita berpuasa kan. Tahun lepas puasa I tak best sangat sebab tak dapat balik berbuka dengan keluarga. Tahun ni dapat berbuka dengan keluarga tapi tak feel sangat sebab tak puasa hahahahha. 


Bukan sengaja tak puasa tau. I tengah tunggu hari nak bersalin je ni jadi tak digalakkan puasa risau baby kurang gerak. Tapi I masih semangat setiap kali bersahur dan berbuka tau. Masih join semua aktiviti solat terawih dan perbanyakkan baca Al Quran. Harap ramadhan korang pun dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. Walaupun awal lagi nak cari barang raya tapi I survey baju raya banyak dah sold out! Rasa sedih sikit baju raya yang berkenan dah sold out. Walaupun masa raya nanti I masih dalam pantang, semangat okay nak sambut raya juga. No kain batik, nak cari baju raya juga. Jadi sekarang pun I masih teruskan pencarian baju raya yang berkenan di hati.


Selain itu, I dah prepare awal juga hidangan makanan dan minuman untuk hari raya nanti. Walaupun mungkin raya tak meriah sebab tak ada suasana kunjung mengunjung kena juga buat persediaan macam biasa. Makan sendiri-sendiri dengan keluarga kena la sedap-sedap jadi I dah siapkan list menu untuk raya nanti awal-awal. Makanan macam biasa la hidangan raya ketupat, rendang, pulut dan pelbagai biskut raya.


Untuk minuman pula setiap tahun wajib beli produk dari F&N. I baru tahu F&N ada aplikasi di telefon pintar yang memudahkan urusan pembelian secara atas talian. I terus la download apps tu dekat telefon sebab lebih senang nak beli barang dari kena pergi kedai bersesak dengan ramai orang. Kalau korang nak download juga aplikasi F&N ni search je F&N Life di Play Store atau App Store korang and tekan download.


Sebelum buat pembelian, daftar la dulu maklumat dan alamat di aplikasi tersebut. Senang dan ringkas je penggunaan aplikasi F&N ni. Sekarang ada diskaun untuk pembelian bundle ramadhan dan raya tau. Korang klik bahagian ‘Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life’ dan boleh tengok bundle yang sesuai untuk korang beli. I memang rambang mata nak pilih bundle yang sesuai untuk raya nanti. Siap ada free gift sampul duit raya sekali. Kalau nak tahu I pilih bundle yang mana baca sampai habis okay.






Korang boleh simpan beberapa alamat penghantaran dalam aplikasi tersebut contohnya nak hantar satu bundle di rumah korang and hantar di rumah mak ayah di kampung. Pembelian di F&N Life pun akan dapat points tau dan boleh guna untuk pembelian seterusnya. Beli banyak dapat la jimat banyak. Nak raya kan confirm la beli banyak-banyak. Pembayaran pula guna iPay88 memang senang dan cepat secara atas talian je.


I pilih normal delivery yang ambil masa 3-8 hari tapi korang jangan risau cepat je F&N proses order. Dalam 2 hari dah sampai parcel F&N dekat rumah. Pantas! Dalam apps ni juga korang boleh tengok tracking number parcel untuk semak parcel korang dekat mana. Apps akan update status parcel dan kalau dah sampai dia akan tulis sudah dihantar. Jadi kalau ada masalah apa dengan barang korang jangan risau, dah ada tracking number and tunggu je update okay.


I punya selamat sampai. Insha Allah bungkusan ada sticker fragile and barang-barang dalam tu semua selamat sebab ada bubble sekali untuk melindungi barang korang. I beli F&N Life Raya Bundle, Rose Agar-Agar Bundle. Dalam bundle ni ada 

2 botol F&N Rose Syrup Cordial 2L
3 tin F&N Evaporated Creamer 390g
1 pek Sri Nona Agar Agar


Lepastu dapat free sampul raya. Boleh la guna sampul tu untuk bagi duit raya nanti haha. I suka bundle ni sebab memang wajib la setiap kali raya bancuh air sirap kan. Tapi I rasa nanti nak share la resepi best sikit guna Rose Syrup F&N ni nak tak?






Klik Sini Untuk Resepi F&N Dalgona Rose Syrup


0 comments