Raya Bersama F&N

Hai guys. Lagi berapa hari je lagi kita nak sambut raya. Macam mana dengan persiapan korang? Walau apa pun keadaan kita sekarang, I memang masih bersyukur dekat dengan keluarga untuk sambut raya kali ni. Persiapan I pun macam biasa je sebab raya tahun ni dalam pantang. Asalkan ada gambar raya dengan anak sekeping dua lepastu kena bertukar je uniform pantang semula hahahaha.


Tahun ni memang tak ada buat biskut raya ke kek raya ke apa semua beli dah siap je. I memang dah rasmikan makanan raya awal-awal sebab masa raya nanti mampu tengok je sebab dalam pantang kan. Tapiii I dah siapkan resepi air special untuk disediakan pagi raya nanti. Makan dengan rendang ke biskut raya ke memang berselera sikit. Warna air pun warna favourite I so dah jadi air favourite la.


Resepi Dalgona Air Bandung I menggunakan Sirap Ros dari F&N. Tiap kali raya confirm beli siap-siap Sirap Ros F&N ni sebab senang nak buat air kalau tetamu datang. Kalau korang tak beli lagi stok F&N untuk raya boleh baca blog I dekat SINI, I ada ajar raya senang nak beli menggunakan aplikasi F&N Life siap ada diskaun lagi tau.



Resepi Dalgona Air Bandung

Bahan:
F&N Sirap Ros
Air gula
Air kosong
Ais
Whipping cream

Cara:
Cara dia senang je. Korang bancuh je air sirap macam biasa menggunakan F&N Sirap Ros, air gula dan air kosong. Kemanisan air ikut citarasa korang okay tapi kurangkan manis sebab nanti nak tambah topping dalgona yang agak manis.



Untuk bahagian dalgona dia, putarkan whipping cream dan F&N Sirap Ros. Sirap Ros tu masukkan agak-agak warna whipping cream tu cantik colour pink hihihi. 


Air sirap tadi letak air dan boleh letak topping dalgona sirap ros tu. Kalau korang nak faham lebih lanjut step by step cara penyediaan, I ada kongsikan video di Instagram. Klik SINI untuk video resepi okay.



Bagi I air ni istimewa sikit sebab ada dalgona sirap ros atas dia tu. I buat untuk family masa berbuka pun semua suka hahaha. Korang boleh la try untuk raya nanti okay. Selamat Hari Raya! Wish awal sebab nanti hari raya I busy layan newborn hihihi.



Post a comment

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.