Salam. Alhamdulillah lagi beberapa hari je nak habis pantang. Berpantang kali ni memang lain sikit I rasa sebab baru dua minggu macam tu dah aktif buat itu ini hahahaha. Tak macam orang pantang pun ada stokin entah kemana, bengkung entah ke mana. Tahniah la mommies yang rajin berpantang sampai habis hari tu. I tak rajin cuma bab makan je la pantang. Bab lain malas ye lagi-lagi bila tak ada orang pantau ni hihihi.


Sebab tak boleh nak tidur walaupun pening lalat juga tak boleh tidur, mari la share dekat blog aktiviti berpantang I. Pantang kali ni Alhamdulillah murah rezeki nak ambil confinement lady. Kalau korang tak pasti confinement lady tu apa, orang yang jagakan korang dalam pantang. Yang tolong urut, sediakan makanan, sauna, mandian semua tu la bergantung pada pakej yang korang ambil. Masa berpantang anak pertama, mama I je jaga. Kali ni Aiman offer ambil confinement lady, I lagi suka laaa.


I cari confinement lady untuk area Perak dekat facebook je. Susah juga bila cari last minit dan bagi kawasan Perak ni tak berapa ramai dan banyak pilihan. Nasib baik I jumpa facebook Perak Confinement Lady and terus whatsapp kalau tarikh I bersalin masih ada slot kosong. Nasib ada lepastu terus la pilih pakej yang sesuai dengan budget and bayar deposit. I ambil pakej untuk tujuh hari. Boleh tengok bawah ni pakej tujuh hari ada servis apa okay. I ambil pakej ratu 7 hari RM1280 belum termasuk caj transport.


Berbaloi ke tak ambil confinement lady? Bagi I berbaloi sebab jadual pantang I rasa lebih teratur dan banyak masa untuk rehat. Tak payah susah-susah nak buat apa-apa dan tak susahkan orang lain juga. Kena sediakan duit je hahahaha bab duit ni memang awal-awal kena kumpul. Kalau la I ada rezeki untuk anak ketiga nanti memang wajib nak ambil confinement lady juga. Baby kedua ni I pantang rumah mertua. 


Jadual confinement lady I waktu pagi. So pagi dalam 8,9 pagi confinement lady dah datang. If baby tak tidur, dia siapkan baby dulu. Siap mandi, pakai baju, tungku baby, urut minyak. Tak payah susah mummy nak mandikan. Sambil tunggu baby mandi main game hahaha.


Untuk I pula bergantung pada hari tersebut sesi urut, scrub atau lulur. Untuk tujuh hari tu, 5 hari urut, 1 hari lulur dan 1 hari scrub. Mandian herba setiap hari memang best sangat bau herba dia sebab panaskan mandian tu dalam bilik semerbak bau herba. Tak payah susah nak beli herba mandian sebab dah ready je walaupun I ada beli juga nanti guna masa penutup pantang jela hihi. Sauna maybe dalam 5 kali macam tu. I suka gila sauna rasa nak beli je mesin sauna tu tapi tak ada space dah dekat rumah ni tunggu pindah rumah sendiri jela.


Pakej I juga termasuk masakkan makanan. Nanti confinement lady tu masakkan dekat rumah kita tapi dia dah siap bawa bahan semua. Memang mudahkan urusan tapi masakan tu sekali jela sehari. Boleh la makan masa lunch. Biasa I sarapan milo or susu je dengan biskut atau roti. Dinner pula kalau ada lagi balance lauk lunch makan je hahahah sebab banyak juga dia masak.


Makanan yang confinement lady sediakan untuk I

I screenshot dari Facebook diaorang je sebab tak ada gambar langsung hahahahaha. Masa ni tak silap I yang dalam aluminium foil tu salmon and salmon dah la favourite I. Berselera sis makan.


Bab tangas tu pun I suka juga macam best sangat rasa. Siapa pernah try tangas? I pun pertama kali tangas masa pantang ni la kalau tak mungkin tak kan try. I google juga kebaikan bertangas ni dan memang digalakkan bertangas sebab banyak kebaikkan untuk wanita. Sebelum bersalin tu pun I ada beli toilet bowl untuk sitz bath. Boleh buat tangas basah tak silap I nama dia dan buat rendaman sitz bath tu la. I kalau free je baby tak nangis dan elok tidur, memang I buat. Nak tak I share sitz bath dekat next blog????


Guna servis Perak Confinement Lady ni bagi I semua okay. Layanan okay, urutan dia pun best. Memang rasa selesa je. Kalau korang tinggal kawasan Perak tak kira la mana-mana bahagian Perak pun boleh la try perkhidmatan diaorang sebab diaorang cover satu Perak tak silap I. Harga pun I rasa berbaloi dan mampu milik berbanding dengan beberapa confinement lady yang I dah survey. 

Kalau bersalin lagi kena juga ambil pakej ni hahaha

I tak ada gambar langsung masa confinement lady datang sebab memang tak pegang handphone pun. I busy menikmati setiap sesi yang ada hahahah sampai tangkap gambar pun tak sempat. Handphone letak tepi sebab nak rehat cukup-cukup. Maybe itu salah satu sebab I rasa bertenaga sikit pantang kali ni. Tak payah nak fikir banyak benda. Baby pun tak banyak meragam dan baik je. Alhamdulillah harap masuk bulan baru nanti tak ada la meragam pelik-pelik. 


Berpantang Dengan Perak Confinement Lady

Hi. Mummies ada tak pengalaman baby prolonged jaundice ni? Bagi yang tak tahu prolonged jaundice ni apa, baby demam kuning yang berlarutan agak lama. Tak silap I lebih 14 hari dari hari lahir. I baca banyak juga mummies yang share anak prolonged jaundice ni jadi I pun nak kongsi juga dekat sini.


Ikutkan lepas je baby duduk bawah lampu biru atau pun lampu fototerapi (phototherapy) bacaan kuning baby lebih cepat turun. Anak I pulak awal-awal dalam dua minggu lepas lahir tu bacaan kuning dia kejap turun kejap naik tapi naik tu tak ada la pada tahap yang membimbangkan. Sebab anak I lahir dekat Perak, so checkup bacaan kuning tu dekat Hospital Batu Gajah. Disebabkan I bukan golongan darah yang high risk, setiap dua hari kena pergi check bacaan kuning baby atau bilirubin tu.

Nak check level bilirubin tu pulak kena ambil darah baby. Kesian juga asyik kena ambil darah je. Lepastu I sambung checkup kuning baby dekat JB pula. Pergi klinik kesihatan terus diaorang refer ke pakar kanak-kanak sebab demam kuning yang agak lama.


Dekat klinik pakar kanak-kanak pula akan ambil darah dan check juga air kencing baby. Masa anak pertama I ada juga check air kencing ni tapi anak pertama I tak ada prolonged jaundice. Cara nak kumpul air kencing baby tu nanti guna pek plastik kecil je letak dalam diaper baby. Nak tunggu baby I kencing boleh tahan lama juga la hahahah sebab first time letak pek kencing tu dia poop, plastik tu tak boleh guna dah kotor sangat hahahah. Next plastik baru berjaya.


Salah satu cara/tips I buat nak bagi baby kencing cepat, bagi dia rasa sejuk sikit. Bukak stokin and letak wet tissue dekat badan dia lap-lap macam tu ke. Cara kedua macam biasa la bagi susu banyak-banyak confirm la kencing kan. Jangan bagi dia tidur masa nak tunggu air kecing tu. I bagi je dia susu banyak-banyak lepastu sebab berjaga lama sangat, masa nak tunggu result darah dan air kecing, lena sangat tidur. Nasib tak meragam sebab berjaga lama hahahah waktu tunggu nurse bagi date next appointment and sampai dah nak balik pun masih lena 


Lepas dah check bacaan kuning dan air kencing, Alhamdulillah bacaan kuning turun tapi masih bukan ditahap yang normal dan air kencing pun normal. Doktor suruh I beli Appeton syrup dekat farmasi luar untuk bagi pada baby. Balik appointment klinik tu terus pergi farmasi beli.






Harga Appeton Syrup/ Appeton Multivitamin Plus Drops ni boleh tahan mahal juga RM40++. Dose 1ml sekali sehari. I baru nak try bagi dia esok sebab siang tadi lepas balik klinik lupa nak bagi. I nak bagi waktu siang dengan harapan dia lebih banyak nak susu waktu siang. Buat masa ni waktu malam I berjaga gap dua jam je baby kejut nak susu. Tak ada la meragam malam-malam ke apa. Harap sentiasa la macam tu lena sikit malam I.


Untuk next appointment lagi 20 hari macam tu harap juga bacaan kuning dia turun di tahap yang normal. I memang usaha bagi susu banyak-banyak. Next post I share tips yang I dapat dari mommies lain untuk turunkan kuning baby okay. Ada yang I cuba ada yang I tak cuba tapi mana tau sesuai untuk baby korang.


Baby Prolonged Jaundice

Alhamdulillah I dah selamat bersalin anak kedua. Jadi harus la share dekat blog sendiri pengalaman bersalin kedua ni kan. I rasa pengalaman bersalin anak pertama I ada kongsi jugak dekat blog nanti I cari link entry okay.

Beraya berempat tahun ni

Pengalaman bersalin anak kedua ni mesti la berbeza dengan anak pertama. Lagi-lagi I bersalin musim pkp ni yang semua benda terhad seperti suami tak boleh teman masuk labour room. Ya sedih la juga bersalin teran sorang-sorang dekat labour room tu hihi tapi I bersyukur juga sebab I dah ada pengalaman masa anak pertama jadi tak ada la terkial-kial sangat sorang-sorang.


Due date I 5 may 2021. Husband I balik Perak dari Johor 26 april. I dah pesan dekat baby, abah balik Perak baru keluar okay tapi baby dengar cakap sangat dah 4may pun tak keluar-keluar lagi. I memang risau la kalau kena czer ke apa sebab baby tak nak keluar lagi so esoknya 5may tu I ajak Aiman pergi beli baju raya dia dekat Angsana Mall sebab baju raya dia je tak ada lagi. Ajak jalan mall dengan harapan cepat sikit rasa sakit nak bersalin tu datang. Tapi I jalan dekat Mall tak lama pun, rasa macam tak sempat nak penat sangat dah balik dalam tengah hari sebab Ayhan sakit perut popo dia keras sikit sebab makan lemang and ketupat palas. Makan kemain banyak nasib I urut2 sikit kaki perut semua lepastu posisikan dia bertinggung tu settle jugak keluar semua. 


Petang tu I ajak Aiman pergi bazar pulak sebab sepanjang ramadhan memang I tak jejak bazar lagi lepastu nak banyakkan berjalan alang-alang tu. I pergi dengan Aiman je and yessss. Berhasil ye jalan banyak-banyak ni. I rasa macam period cramp yang over sikit waktu jalan-jalan bazar tu tapi masih boleh tahan and jarak dia tak kerap sangat. Balik rumah terus I makan siap-siap banyak sebab risau nanti nak terberanak tak sempat makan pulak hahahaha. I siap download apps untuk kira kekerapan contraction tu so senang nak tengok dah boleh pergi hospital ke tak.


Bersalin anak pertama I kurang nikmati contraction tu sebab I induce. Bagi I memang berbeza rasa dia. I pergi hospital dalam pukul 11 malam macam tu. Mula-mula pergi Hospital Batu Gajah sebab risau kena pergi hospital terdekat dulu. I tanya Batu Gajah boleh tak terus pergi Ipoh je so dapat green light terus pergi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB). Ayhan dulu pun bersalin HRPB sebab induce tu. Jadi I ingat nak bersalin anak kedua hospital sama juga la. Lagi pun HRPB bahagian bersalin dan wad semua dekat bangunan baru jadi maybe pengalaman bangunan baru best juga.


Dah sampai HRPB tu if korang dari negeri lain lepastu tak cukup hari untuk tempoh kuarantin, kena buat swab test. Nasib baik I dah cukup tempoh balik dari Johor haritu lepastu Aiman pun memula diaorang dapat tahu dari Johor kecoh juga la takut ada covid ke apa tapi dah cukup tempoh juga so semua okay tak payah swab test sebab I tak ready ye tengah sakit contraction kena swab test pulak. Dah masuk bahagian untuk check kandungan semua dan daftar, terus diaorang hantar bahagian labour room. Masa tu I punya bukaan dah 5,6cm dah tapi sakit tu masih boleh tahan lagi.

Paling tak suka cucuk benda ni sakit gila


Masuk labour room memang sorang-sorang sahaja, husband tak boleh ikut. Lepastu macam biasa bawa barang baby seperti baju, swaddle and pampers je. Untuk ibu pula bawa pad dan seluar dalam. Dah baring dekat katil labour room, macam-macam bunyi orang nak bersalin la I dengar. Memang busy labour room tu lepas sorang-sorang bersalin lepastu eh tetibe I giliran I pulak. Sakit dia boleh tahan ya sebab I bersalin malam, tak ada epidural. Nak mintak ubat tahan sakit pun tak sempat, dah boleh teran dah hahahahah. Sama macam anak pertama, anak kedua pun I ambil masa lama nak teran hahahahaha ingat anak kedua ni senang sikit la nak keluar, tak ada la senang sangat tsktsk. Dalam pukul 3.30pagi selamat la bersalin.


Walaupun bersalin awal jugak, dalam pukul 8,9 pagi baru I masuk wad. Tak sure kenapa lama sangat baru tolak masuk wad tapi lama sikit la I dapat berehat sebab masa masuk wad baru diorang letak I sekali dengan baby. Masuk wad pun suami tak boleh masuk, boleh bagi barang dekat guard je. Masa bersalin Ayhan, sempat la Aiman tolong mandikan semua. Anak kedua kena berdikari sendiri.

Milo and biskut nurse bagi lepas dah settle semua dalam labour room

Pengalaman I bersalin bangunan baru HRPB ni memang lagi selesa la dari tempat lama. Katil selesa, lif semua selesa, toilet pun besar dan selesa. Okay je bersalin dekat hospital kerajaan cuma tak dapat la nak husband teman ke apa memang kena berdikari ye. Kalau I bersalin anak pertama haritu lepastu Aiman tak teman confirm stress sebab tak tau pape hahahaha Harap kalau ada rezeki bersalin anak ketiga nanti ada la duit nak bersalin private pula.


Perbezaan bersalin anak pertama dan kedua pula memang banyak. Anak pertama dulu I turun darah sikit lepastu air ketuban kurang tu kena induce. Anak kedua ni sakit contraction je. Tempoh sakit tu memang berbeza anak pertama 24jam jugak I tunggu jalan buka sebab induce tu. Anak kedua dalam beberapa jam je sakit itupun sakit sangat yang I tak boleh tahan tu sekejap saje yang lain dari petang tu bearable lagi.

menu and pemandangan dari katil wad

Pemandangan dari wad


Sekarang I dalam pantang lagi and Alhamdulillah semua okay je. Cuma baby punya demam kuning kadang naik kadang turun nanti I kongsi dekat entry lain okay.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Musim PKP

Latest Instagrams

© Airah Syahirah. Design by Fearne.