Usahasama PG Mall dan JD Worldwide Untuk Peniaga Tempatan

Usahawan antara salah satu golongan yang sangat terkesan dengan musim pandemik Covid-19 ni kan? Banyak perniagaan yang dah tutup dan tak mampu untuk teruskan berniagaan disebabkan oleh Covid19. Bukan itu sahaja, ada juga usahawan yang terpaksa menanggung hutang yang banyak. Kalau korang usahawan yang terkesan dengan Covid19 mungkin korang  boleh cuba pasarkan produk korang secara dalam talian. Platform E-dagang sangat membantu para usahawan untuk bertahan semasa pandemik Covid19 ni.

 

Platform E-dagang seperti PG Mall merupakan E-dagang No. 1 di Malaysia dan telah ditubuhkan dari tahun 2017. PG Mall merupakan satu-satunya E-dagang tempatan di Malaysia. Menerusi satu laporan di Iprice, PG Mall berada dikedudukan top 3 laman E-dagang. Jadi tak hairan la PG Mall dah jadi laman kegemaran I untuk shopping.

 



Berniaga Hingga ke China Dengan PG Mall

Pg Mall telah menjalankan satu inisiatif untuk usahawan-usawan tempatan bagi membantu merancakkan lagi ekonomi. Program ‘Jual ke China’, usahasama PG Mall dan JD.com, platform dalam talian terbesar di China untuk menghubungkan peniaga tempatan kepada pembeli. Bagi I program ni sangat bermanfaat sebab ada pelbagai jenis servis logistik dan jenis pembayaran disediakan. Jadi perniaga dan pembeli boleh menggunakan servis yang disediakan mengikut keselesaan.

 

Korang pernah dengar tak kempen PENJANA? Mesti pernah dengar kan sebab kempen ni aktif membantu penjual tempatan tidak kira mikro ataupun perusahaan kecil dan sederhana. PG Mall juga bekerjasama dengan kerajaan dalam kempen ini serta beberapa kempen lain seperti Shop Malaysia Online (SMO) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

 



Bagi I usaha PG Mall untuk membantu perniaga tempatan berjaya sebab PG Mall antara top 3 laman yang paling dikunjungi dalam talian di Malaysia. Kerjasama bersama JD Worldwide diharapkan dapat membantu perniagaan tempatan untuk terus berkembang maju dan pulih seperti sediakala. Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Pengasas dan Pengarah Urusan PG Mall mengatakan, salah satu objektif utama PG Mall adalah untuk membantu perniaga tempatan berkembang dan produk buatan Malaysia lebih dikenali dipasaran dunia. Program ‘Jual ke China’ ini memang bersesuaian dengan tagline PG Mall “Bridging Local to the World”. 


Program ni juga bagus untuk peniaga di luar sana sebab servis yang disediakan seperti pendaftaran jenama di JD, perincian produk dalam bahasa Cina, bahan untuk kempen dan pemasaran serta perkhidmatan pelanggan dapat memenuhi semua keperluan peniaga. PG Mall bukan sahaja ingin memperluaskan pasaran tempatan di China tetapi PG Mall juga dalam usaha mengembangkan sayap ke Indonesia. Bayangkan produk peniaga Malaysia berada di pasaran antarabangsa. Best kan? I pun rasa nak jual produk sendiri. 


Kalau korang pun nak membantu para peniaga tempatan jum la shopping di PG Mall. Ada pelbagai jenis barangan untuk semua peringkat umur.  Klik je PG Mall okay.

 
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform 
#ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #SelltoChina #PGMallxJDWorldwide
 

 



0 comments