Baby Prolonged Jaundice Part 2

I nak sambung kongsi cerita anak kedua I prolonged jaundice. Untuk checkup kali kedua dengan Klinik Pakar Kanak-kanak HSA Johor Bahru, macam biasa kena ambil darah untuk check kuning dia masih ada atau tak. Lepas dah hantar darah dekat makmal, I tunggu la dalam sejam macam tu untuk dapat result darah.


Dah dapat result darah, kena tunggu bilik doktor panggil pula. Kali ni result tak okay lagi. Ayreen kurang vitamin D. Nasib baik la tak ada teruk sangat jadi doktor bagi je appointment lagi next enam minggu dan sambung makan vitamin Appeton Multivitamin Drops tu.


Rutin I lepas mandikan Ayreen pagi-pagi, bagi dia makan multivitamin tu. Tak susah pun nak bagi dia makan sebab ada dropper dalam vitamin tu. Ayreen pun tak ada nak muntahkan vitamin semula. Elok je dia telan cuma ada la sikit-sikit meleleh tepi bibir. Cara I bagi vitamin tu kena dropkam sikit-sikit dalam mulut dia. So slowly dia telan la.


Third checkup pun masih procedure yang sama. Datang dalam pukul 8 pagi dan ambil darah. Tunggu dalam sejam untuk dapat result darah. Alhamdulillah kali ni result darah semua cantik. Semua dah normal jadi doktor cakap tak payah sambung checkup klinik pakar dah. Sambung checkup bulanan klinik kesihatan je. I punya lega tak tau nak cakap macam mana. 


Risau juga kalau dah makan vitamin pun masih tak okay tapi awal-awal dulu memang nurse dah bagitau jaundice Ayreen tak membahayakan pun. Doktor kali ni pun cakap maybe hati dia lambat sikit matang. I harap tak ada la masalah kesihatan yang lain. Multivitamin tu pun doktor cakap habiskan je botol yang sekarang lepastu boleh stop.


Semoga Ayreen Nelissa sentiasa sihat je. Ayhan pun jarang sangat sakit. Dia demam pun ada la sekali dua itu pun tak teruk sangat. Harap adik pun macam tu la.

0 comments