Bersunat Baby Perempuan

Bersunat untuk bayi perempuan dengan lelaki memang berbeza. Anak lelaki I tak sunat lagi sebab abah dia cakap nak feeling sama macam abah dia kecik dulu jugak jadi I pun okay la. Walaupun I ada juga baca banyak kesenangan kalau sunat anak lelaki masa baby. Paling penting senang nak jaga dan cepat baik luka tu. Tapi tak apa mana-mana pun okay asalkan sunat hahahaha.


Anak perempuan I pun I banyak juga buat bacaan dekat google and facebook. Bagus sebenarnya bila kita banyak membaca ni jadi kita lebih tahu macam mana nak handle benda tu. Lagi satu I suka bila I ada banyak soalan nak tanya dekat doktor nanti. Tak ada la dah balik dari klinik baru pening-pening nak tanya itu ini. I boleh sediakan soalan berdasarkan pengalaman orang lain. Jadi korang yang rajin share dekat semua platform media social tu thank you sebab banyak sangat membantu. Sebab tu I gagahkan diri jugak teruskan menulis dekat blog ni untuk kongsi pengalaman I.


Ayreen 7 bulan :))



Dalam masa yang sama dapat juga bantu orang lain untuk rasai pengalaman tu. I dapat banyak sangat pm, dm, whatsapp tanya itu ini berdasarkan apa yang I share dekat blog. Happy sangat dapat membantu. Jadi kali ni I nak share pulak step untuk sunat baby girl. Masa dalam 2,3 minggu dalam pantang I balik Johor jadi I survey la Facebook Klinik Hidayah yang I selalu pergi masa pregnant tu. Klinik ni memang ada buat sunat bayi perempuan. I memang dah selesa dengan doktor tu sebab doktor perempuan, staff semua perempuan dan sangat membantu. | Scan Baby di Klinik Hidayah



Bila dah selesa dengan klinik tu mesti la ulang klinik yang sama je. masa pregnant Ayhan buat detail scan dekat situ, pregnant Ayreen pun sama. Kalau anak-anak tak sihat, I tak sihat memang I datang klinik tu je. Jadi Ayreen sunat pun I datang situ jugak. I ada share buat detail scan dekat Klinik Hidayah ni korang boleh baca post tu okay. Kalau untuk sunat baby tak perlu appointment pun cuma walkin je. Masa I pergi tak ramai orang jadi proses cepat je masuk bilik doktor tu.



Proses sunat pun cepat je tak sempat Ayreen nak nangis dah siap tapi dia menangis juga la sebab sakit kan. Doktor cakap kalau dalam beberapa jam lagi darah masih keluar boleh tukar je pampers macam biasa and dia suruh kerap tukar pampers dan bagi susu kerap juga. Masa pertama kali tukar pampers dan buang kapas luka tu Alhamdulillah tak ada pun darah yang tak berhenti ke apa. Semua okay dan Ayreen pun tak ada meragam. Tidur elok dan susu pun okay.


I bersyukur juga sebab proses nak jaga Ayreen senang je tak ada meragam teruk and luka darah ke apa huhuhu mummy fikir teruk sangat. Masa sunat je dia nangis sikit lepastu susu okay je. Kalau mommies yang lain pun risau juga macam I jangan risau okay. Ready je mental dan fizikal hahaha. Ayreen bersunat dalam beberapa hari lepas I habis pantang. Harga pun murah je tak silap I RM30 kot lebih kurang macam tu la. 






1 comment

  1. betul tu kadang kita yg blogger ni pon banyak cari maklumat dekat blog2 orang lain jugak. sharing ni mcm berguna dekat sesetengah org yg perlukan. mcm sharing ni pon berguna juga sbb soon leyla pon nk ada ank n nak tahu apa nak kena buat dan baca pengalaman dari orang lain juga. sambil2 tu bnyk jugak ilmu2 baru dapat dari sharing org lain

    ReplyDelete