Cara Stop Susu Baby Breastfeeding



Hi. I nak kongsi pengalaman I berhenti menyusu anak pertama I, Ayhan. Anak I dua-dua direct breastfeeding sebab dua-dua tak nak guna botol. Beli dua tiga jenis botol pun tak nak. Ayreen lagi la tiga jenis botol jadi ada total empat botol dekat rumah ni jadi hiasan je. I siap beli susu formula sebab masa dia prolonged jaundice tu I nak topup susu formula bagi dia berak lagi banyak tapi last-last I tak bagi pun susu nya sebab risau dia sakit perut susu tak sesuai. I tak ada pengalaman bagi anak susu formula jadi risau tu lebih sikit.


Jadi blog kali ni I nak kongsi cara I berhentikan susu Ayhan. Ayreen tak berhenti susu lagi sebab dia baru 8 bulan hahaha masih direct feeding je. Ayran I terpaksa berhentikan susu masa umur dia dalam setahun 7 bulan or 8 bulan macam tu la sebab masa tu I dapat tahu I pregnant Ayreen. Nak tak nak kena stop susu juga la sebab I pergi klinik swasta juga untuk checkup doktor nasihatkan lebih baik slow-slow stopkan susu risau baby dalam kandungan.


Kalau ikutkan I, kesian juga nak stop susu tapi banyak benda kena ambil kira jadi macam yang disarankan kena la slow-slow stop. Bila dah stop susu badan ni kena pastikan anak ada sumber kalsium yang lain terutamanya dari pemakanan dan minuman. Kalau ada simptom-simptom macam tak cukup kalsium tu kena dapatkan nasihat doktor okay mungkin doktor akan tambah kalsium dalam bentuk pill atau supplement pula. Sebab ada je kanak-kanak yang tolak makan atau minum kan. Kena alert benda macam tu juga.





Cara I stop susukan Ayhan memang perlukan sokongan keluarga especially suami. Aiman yang banyak tolong tenangkan Ayhan kalau dia menangis nak susu. Kena cari benda atau aktiviti yang sesuai untuk tarik perhatian dia dari fikir susu. I tak akan baring atau tidur dekat Ayhan sebelum dia betul-betul tidur lena. I akan baring sebelah Aiman, so Aiman dekat tengah-tengah, nanti tak ada la Ayhan cari I untuk susu.


Sebelum tidur pula memang Aiman akan sembang-sembang dengan Ayhan sampai dia terlelap. Ikutkan itu je yang kiteorang suami isteri buat. Tak ada buat benda pelik-pelik dan tak makan masa pun. Beberapa hari ke dekat seminggu macam tu Ayhan dah bertenang je tak ada cari susu. I memang jaga waktu makan dia. Susu pula dia tak suka susu putih atau full cream macam tu jadi minum susu strawberry ke coklat atau vanila. I banyak juga bagi cheese and calcium yogurt tu. Sekarang budaknya nak masuk umur 3 tahun dah kemain aktif dan Alhamdulillah makan pun okay je.


Untuk Ayreen pula I memang plan nak susukan sampai umur dia 2 tahun tapi nanti 2 tahun nak hantar taska mungkin dah kurang susu jugak. Sekarang Ayreen dah 8 bulan memang I jaga pemakanan dan waktu makan dia. jadi semakin meningkat usia boleh la kurangkan waktu susu ikut kesesuaian. Tak ada la mummy risau nak tinggalkan dia dekat taska nanti sebab I pun plan nak cari kerja juga hahahhaa. Dah lama tak bekerja ni risau pulak eh. Harap murah rezeki nak susukan Ayreen sampai dua tahun dan murah juga rezeki nak cari kerja tahun 2023 nanti Amin.



0 comments