Pantang Body Care

Hi. Hari ni I nak kongsi body care I waktu dalam pantang anak kedua hari tu. Memang dalam pantang ni I niat nak rehat cukup-cukup sambil jaga diri elok-elok. Jaga diri bab kulit la hihi. Tapi macam biasa mampu plan je kadang tak sempat nak kejar buat skincare ke body care ke anak dah panggil. Lepastu nak sambung semula rasa penat tak cukup tidur so kadang tu I lupakan sahaja...... Tapi bila rajin and cukup masa, I akan buat benda-benda dekat bawah ni.






Untuk body wash I guna Gel Mandian Azzahra dari Nawal Herba Beauty. I beli gel mandian herba ni sebab I malas nak susahkan sesiapa untuk buatkan mandian herba untuk I. Leceh jugak kena rebus daun herba lepastu kena letakkan dalam baldi lagi. Jadi nak senang beli je gel mandian herba ni. Bau dia memang bau herba yang wangi dan menenangkan. Buih pula bagi I tak banyak sangat tapi bila guna je gel ni badan rasa best sebab segar dan bersih je rasa. Bau herba tu memang buat rasa tenang la. Kalau korang pun jenis malas nak leceh-leceh rebus mandian herba boleh terus beli gel mandian herba ni je. Asalkan dalam pantang dapat la bau herba-herba tu hihi. Tapi masa I pantang I ada confinement lady so mandian herba I dah settle dia buatkan tinggal nak mandi sahaja. Kalau korang nak beli boleh tekan link ni okay. I beli dari seller ni so far okay je barang sampai dengan selamat | Gel Mandian Azzahra dari Nawal Herba Beauty








Untuk scrub badan pula I guna Temyracle Brightening Body Scrub. I beli dua jenis, watermelon and honeydew. Dia ada tiga jenis, lagi satu Temy's fav. Maybe lepas habis dua-dua ni baru I beli Temy's fav tu. I memang wajibkan diri sendiri scrub badan sebab nak tanggalkan sel kulit mati and buat kulit rasa lebih bersih. Lagipun scrub ni berfungsi lebih kepada untuk mencerahkan jadi boleh la scrub ni membantu cerahkan bahagian-bahagian kulit I yang gelap semasa mengandung tu. Korang tahu tak ada bahagian kulit yang akan jadi gelap semasa korang mengandung? 


Kalau ikut kulit I memang ada bahagian yang akan gelap tapi biasanya lepas bersalin akan slow-slow kembali ke warna asal. So bila scrub membantu la proses mencerahkan kepada warna asal tu cepat sikit. Sepanjang I guna scrub ni, kulit I memang rasa lembut, wangi dan cerah! So far I guna memang okay dan membantu kulit I. Bukan kulit muka je kena jaga, kulit badan pun sama okay. Kalau korang berminat nak beli boleh tekan link ni okay. Macam biasa I beli online je senang dan pantas | Temyracle Brightening Body Scrub


Lepas gel mandian dan scrub badan, I akan sapu minyak satu badan. Dalam pantang I suka sangat Minyak Herbanika Nona Roguy. Masa pantang anak pertama pun I guna minyak ni. Memang guna sampai habis la. Kalau tak pantang, biasanya lepas scrub I akan pakai lotion atau body oil. Sebab pantang, kita pakai la minyak yang ada bau herba untuk menenangkan fikiran hahaha. Masa pantang anak pertama, tukang urut I pun cakap minyak Herbanika ni bagus. Tukang urut I tu memang dah tua dan banyak pengalaman so betul la tu minyak ni bagus.


Tapi untuk pantang kali kedua ni, I jarang pakai minyak herbanika ni sebab anak I prolonged jaundice. I elakkan pakai benda-benda yang berkaitan herba. Waktu pantang anak pertama memang habis minyak tu I pakai. Anak kedua ni, minyak tu siap tinggal dekat rumah MIL sebab tak kisah dah pasal dia hahahaha | Nonaroguy Minyak Herbanika


Lepastu macam biasa sebab I ambil khidmat confinement lady, dalam pakej tu ada la lulur, scrub, sauna untuk kesihatan kulit. Memang best bila orang buatkan lulur scrub semua tu. Kita duduk diam-diam je. Kulit pun terasa lembut dan badan rasa ringan. Ikutkan I nak juga teruskan je buat sauna tu. Beli set sauna dekat shopee ke tapi nanti la dulu banyak sangat wishlist nak beli hahahah. Kalau korang ada budget lebih memang I suggest ambil confinement lady | BERPANTANG DENGAN PERAK CONFINEMENT LADY


Waktu pantang ni kalau boleh jaga diri lebih sikit supaya kita dapat rehat cukup, badan lebih semangat dan luka pun cepat sembuh. Kita pun dapat focus dekat anak yang baru nak kenal dunia.


0 comments