Penjagaan ketiak


Hi. Straight to the point je kan I punya tajuk hahaha. Disebabkan I suka kongsi tips dan rutin skincare muka, share penjagaan kulit badan, apa salahnya I kongsi jugak penjagaan ketiak kan? Korang ambil berat atau tak penjagaan ketiak ni? atau biarkan je ketiak berbau, bulu ketiak panjang sedepa dan tak kisah langsung perasaan orang sekeliling yang terbau ketiak korang? I paling tak suka kalau orang ketiak berbau atau badan berbau ni sebab benda tu boleh elak atau boleh minimalkan bau tu dengan jaga kebersihan diri. 


Normal je ketiak berbau tapi yang tak normal tu sampai sekampung boleh bau uwerkkkkk. Jadi apa yang perlu korang buat bila ada kesedaran nak jaga ketiak ni? Kalau korang sejenis cepat berpeluh dan buatkan badan berbau, korang kena rajin mandi. Ada yang jenis badan berpeluh tapi bau tak kuat sangat dan ada jenis badan berpeluh sikit pun bau kemain lagi jadi walaupun mana satu pun korang, kena rajin mandi. Sekuarng-kurangnya mandi dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur.


Masa mandi pula boleh la pilih mandian badan yang wangi atau anti bakteria untuk elakkan bakteria peluh tu membiak yang boleh buat badan berbau. I ada dua tiga jenis mandian badan. Kalau anti bakteria kadang I guna pagi atau malam, yang jenis melembapkan kulit I pakai malam sebab rasa best lepastu pakai lotion pulak bangun pagi esok kulit rasa lembut je. Pilih mandian badan yang sesuai dengan korang okay. Mandian badan pun kena try and error jugak sesuai ke tak dengan kulit. Kalau boleh jangan main pilih je.


Lepas dah mandi dengan body wash, scrub pula. I akan scrub badan 2,3 kali seminggu. Scrub badan tu mesti la kena scrub ketiak jugak. Part ketiak tu scrub lebih sikit okay sebab bahagian pelipat seperti ketiak, peha ni kena jaga lebih sikit. Kerap berpeluh dan boleh mengundang bau jugak. Banyak je scrub murah-murah dekat shopee. Kalau nak lagi jimat pun boleh buat scrub sendiri dengan uncang daun teh atau serbuk kopi. Campur dengan mandian badan korang sebab nak effect kasar daun teh atau kopi tu untuk exfoliate kulit, tanggalkan kulit mati. 


Pastikan bulu ketiak korang tak terlalu panjang. Kalau boleh shave atau wax jela sampai habis. Biasa I wax je kalau dah agak panjang boleh wax tu sebab I rasa lagi bersih bila tak ada bulu ketiak hahahah kalau ada budget lebih boleh la pergi laser terus senang sikit hidup. 


Deodorant pun penting. Sebelum mulakan aktiviti korang, pagi lepas mandi tu pakai la deodorant. Lagi satu deodorant pun kena try and error juga mana yang sesuai dengan peluh korang. Ada yang boleh buat kulit gatal kalau tak sesuai, kulit melecet pada bahagian ketiak pun menakutkan juga jadi pilih yang sesuai dan tahu kulit korang jenis macam mana. Kalau jenis sensitif pilih yang sesuai untuk kulit sensitif dan ambil tahu kandungan yang korang tak sesuai. 




I guna Vaseline Deodorant Dry Serum ni dekat 3,4 tahun juga la. I suka sebab memang tak buat ketiak berbau, cepat kering dan tak melekit. Nak cuci pun senang tak ada rasa lekit deodorant tu ada lagi walaupun lepas mandi. Nanti I share lebih lagi dekat next post okay pasal deodorant ni sebab I baca ramai juga suka guna deodorant ni.


Lepas mandi juga I suka pakai toner dan moisturizer dekat ketiak. hahahaha macam kelakar sikit guna toner dan moisturizer untuk muka dekat ketiak tapi itu la yang I buat. Perbezaan dia buat ketiak I lagi lembut, cerah dan cantik? hahahaha. Kulit dekat ketiak tu nampak helok sikit la. Biasanya I guna toner atau moisturizer yang dah nak habis sebab I tak sabar nak guna skincare baru jadi skincare yang ada lagi ni dari membazir baik I sapu dekat ketiak. Cantik sikit la rupa ketiaknya.





I guna Nurish Organic Esen Wajah dan Krim Pelembap Siang dia sebagai moisturizer. Biasa kalau I tak keluar mana-mana I akan buat waktu pagi dan malam. Kalau keluar, I buat waktu malam je lepas mandi. I dah guna dua-dua produk ni untuk muka lepastu dah nak habis I guna dekat ketiak pulak. Memang lembut ye kulit ketiak sis hihihi. Kalau korang ada skincare yang nak habis dah lepastu malas guna, atau skincare yang tak sesuai untuk muka mungkin boleh guna untuk ketiak pula. Bukan je ketiak, guna je dekat kaki ke mana-mana bahagian badan korang dari membazir macam tu je.


So far sepanjang I buat rutin jaga ketiak ni, sentiasa mandi, pilih body wash yang wangi, scrub kulit ketiak, wax bulu ketiak, pakai deodorant, pakai toner dan moisturizer dekat ketiak, ketiak I rasa lambut dan lebih cerah. Kalau korang shave kan confirm kulit akan nampak lagi gelap lepastu ketiak kan salah satu bahagian pelipat macam tu mesti la kulit lebih gelap kan. Jadi walaupun macam tak berapa penting, kena jaga juga ketiak korang. 



0 comments