Penting Detail Scan Semasa Hamil

Bagi korang yang dah jadi mommies ni penting tak detail scan semasa mengandung? Bagi I penting sebab nama pun Detail Scan. Kita dapat tahu lebih lanjut dan lebih mendalam keadaan baby masa dalam perut. Kadang mungkin mummy rasa sihat dan okay je sepanjang kehamilan tapi risau juga kalau baby dalam perut tak okay seperti ada masalah kesihatan ke apa kan. Susah nak tengok dari luaran je jadi itu la pentingnya detail scan.



Sama seperti masa I mengandung anak pertama, anak kedua pun buat juga detail scan dan di klinik yang sama juga. Klinik Hidayah Damansara Alif Johor Bahru. I suka pergi klinik ni sebab doktor perempuan, persekitaran klinik selesa dan kawasan klinik tu pun banyak parking tak payah pening nak park mana. 



Sebelum buat detail scan kena book appointment dulu lagi-lagi I pergi time covid tengah memuncak ni lagi la diaorang hadkan pelanggan klinik. Bila dah settle book appointment baru datang pada masa yang ditetapkan.



Pengalaman I buat detail scan dekat klinik ni okay je. Penerangan doktor dia mudah faham dan kalau ada tak faham apa-apa boleh terus tanya je sebab bila dengan doktor perempuan tak rasa segan sangat dan doktor pun jenis friendly. Memang scan baby dalam perut complete dari a-z bagi I sebab dia check tulang, jantung, organ lain-lain dan sebagainya. Kalau korang google detail scan ni termasuk checkup bahagian mana memang doktor tu complete la check. Alhamdulillah anak I okay je semua normal. Harap lahir dengan sihat dan normal la.




Selain detail scan, ada juga 2d, 3d dan lain-lain scan dekat sini bergantung pada korang nak tahu apa melalui scan tu kan. Boleh je pm dekat facebook klinik ni kalau nak tahu lebih lanjut. Bila ada servis pm fb macam ni lebih senang nak tanya itu ini sebelum pergi appointment tu kan. Tak silap I harga dalam Rm150 je. Murah dan selesa. Kalau ada budget lebih I galakkan buat detail scan okay. In case baby tak berapa okay then boleh cari solusi dan dapatkan nasihat awal dari doktor.



Kalau tunggu scan dekat Klinik Kesihatan tu scan biasa jela. Jantina baby pun tak dapat tahu hahahaha. Bila buat scan boleh terus tengok jantina baby. Senang nak shopping barang baby warna biru ke pink haha. Ada yang nak surprise juga jantina baby tapi yang pentingnya kena tau baby okay ke tak dalam tu, air ketuban cukup ke tak and I risau juga kalau baby tak cukup vitamin yang boleh jadinya penyakit down syndrom dan lain-lain. Dah tahu awal korang pregnant, simpan duit untuk buat detail scan okay.


0 comments