Sitz Bath Semasa Pantang

Korang pernah dengar tak tentang Sitz Bath? I pertama kali tahu pun semasa berpantang anak pertama. Jadi berpantang anak pertama dan kedua ni, I memang amalkan sitz bath. I dapat tahu tentang sitz bath pun sebab nurse klinik kesihatan yang datang melawat kerumah bagitau.


Apa yang I faham, sitz bath ni teknik rendaman bahagian faraj/sulit korang dalam air suam. Semasa rendaman tu korang boleh masukkan garam untuk bunuh bakteria atau dekat kedai/online pun ada jual paket herba untuk rendaman.


Masa pantang anak pertama, I rendam dengan garam je atau rendam je dengan air suam tak tambah apa-apa. Masa rendam tu pula guna besen je hahahaha. Cara dia korang kena duduk la dalam besen tu bagi air suam tu kena bahagian bawah okay. Boleh refer gambar ni.

Bagi I, bila buat rendaman ni membantu kurangkan rasa gatal dan kalau ada bengkak jahitan tu. Membantu juga untuk bersihkan bahagian bawah korang dengan lebih baik. Jahitan pun tak terkena jangkitan bakteria.





Anak kedua ni masa mengandung I dah beli siap-siap toilet bowl untuk sitz bath tu. I beli dekat shopee je dan harga pun tak mahal mana. Korang boleh klik sini untuk beli okay. SITZ BATH BOWL


Dekat shopee macam-macam pilihan ada korang boleh beli dengan set garam dan herba rendaman. I beli asing-asing sebab herba rendaman tu I beli sekali dengan herba mandian dekat kedai lain. I beli dekat shopee juga sebab musim covid ni semua benda beli online. Herba rendaman ni pun murah sangat! REBUSAN DAUN SIREH DAN MANJAKANI


Uncang daun sireh dan manjakani


Uncang daun sireh dan manjakani


Daun herba untuk mandian yang I tak guna lagi lol



I memang enjoy tiap kali buat rendaman sitz bath ni. Rasa selesa dan lega. Bau uncang rendaman tu pun sedap wangi wangi bau herba buat rasa lebih tenang. Masa dalam pantang I cuba buat tiap hari kalau tak sempat pun dua hari sekali. Masa dah habis pantang ni pun masih buat lagi rendaman ni dalam 2 kali seminggu. Selepas period memang I akan buat.


I guna uncang rendaman tu dan tambah je garam sendiri dalam air rendaman. Kalau korang baru lepas bersalin dan dalam pantang try la cara sitz bath ni okay.


2 comments

  1. Bagusnya dapat buat sitz bath.

    ReplyDelete
  2. ada baca jugak pasal ni. tapi mcm boleh ke rendam, hehe ragu2. since dah baca ni mmg tak ragu dah nak buat nnti.

    ReplyDelete