Februari

 Februari | Alhamdulillah bulan baru. Ada lagi rezeki nak tempuh hari-hari mendatang. Lagi beberapa bulan je nak masuk bulan Ramadhan. I tak tau kenapa I tertunggu-tunggu sangat nak tempuh bulan ramadhan tahun ni. Mungkin salah satu sebab ramadhan tahun lepas I tak enjoy sangat berpuasa sebab tengah mengandung dan tunggu hari nak bersalin je. Banyak juga hari yang I tak mampu berpuasa dan dalam proses nak ganti puasa jugak. Kalau korang belum ganti puasa lagi, boleh la ganti sekarang okay. Lebih cepat settle lagi senang tak payah nak fikir-fikir dah.


I dah start ganti puasa slow-slow dari tahun lepas sebab Ayreen direct breastfeed jadi I risau sikit nak puasa direct terus. Jadi seminggu dapat puasa dua, tiga hari pun dah syukur. 





Sebenarnya entry kali ni tak ada apa sangat saja nak mulakan blogpost bulan baru santai-santai je sebelum I kongsi banyakkkk lagi produk review untuk bulan februari ni. Termasuk la skincare dan supplement yang I tengah guna sekarang. Body care dan hair care pun ada jugak I beli yang baru jadi memang banyak la produk review menanti okay.


Untuk februari ni I tak banyak sangat plan apa-apa. Cuma banyak Ayreen checkup bulanan macam biasa dan I plan nak banyak Ayhan pergi mandi kolam. Itu jela kot plan I untuk februari hahahaha. Jadual I macam biasa la jadi suri rumah sepenuh masa tapi banyak sangat dah I plan untuk tahun depan. Serius masuk bulan februari ni macam-macam I fikir sebab pelbagai kemungkinan akan jadi nanti. Bila benda yang tak tahu atau tak confirm lagi ni memang banyak fikir. Harap yang baik-baik sahaja la dan rezeki keluarga I lebih murah. 


Tak sabar nak kongsi lebih lagi dekat blog ni  

1 comment