Hollaface Hydra Concentrate Youth Serum Review



Hi guys. Dalam skincare routine I, step yang tak boleh tinggal adalah apply serum. I memang pentingkan penggunaan serum sebab bagi I, serum ni membantu lebih mendalam untuk masalah kulit bergantung pada fungsi serum tersebut. Disebabkan I tak ada masalah kulit yang teruk, serum yang I suka guna serum yang berfungsi untuk mencerahkan kulit, melembapkan kulit, membantu tona kulit sekata, hilangkan kulit kusam macam tu.


Sekarang I guna Hollaface 1.5% Hyaluronic Acid + Snow Mushroom Hydra Concentrate Youth Serum dalam skincare rutin I dan banyak sangat perubahan. Nnati I kongsi gambar before and after mesti korang macam wow hahaha. I dah guna dekat sebulan juga la. Cukup lama la I guna nak share kebaikan dia untuk kulit I. 


Produk: 1.5% Hyaluronic Acid + Snow Mushroom Hydra Concentrate Youth Serum


Kalau beli serum, I memang akan check ingredients dia. I sangat tertarik dengan serum yang ada active ingredients yang membantu melembapkan dan menganjalkan kulit sebab fokus utama I untuk kulit I nak sentiasa kulit lembap. Tzone I agak oily dan bahagian jaw line dan pipi agak kering. Bila cari serum yang fokus kepada hydration, kulit I suka sangat.


Full ingredients: Water, Glycerin, Niacinamide, Propanediol, Sodium Hyaluronate, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Acetylated Hyaluronate, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Pentylene Glycol, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Tremella Fuciformis Polysaccharide, Zinc PCA, Chrysanthemum Sinense Flower Extract, Sodium Phytate, Citric Acid



1.5% HYALURONIC ACID | Serum ni mengandungi hyaluronic acid yang membantu memberi kelembapan extra pada kulit. I suka guna produk yang mengandungi hyaluronic acid sebab I rasa kulit I lagi plump toinktoink bila guna serum yang ada hyaluronic acid.


SUPERFOOD SNOW MUSHROOM | I baca banyak sangat benefit snow mushroom ni salah satunya memastikan kulit kekal lembap dan pori nampak lebih kecil. Patut la pores kulit I tak nampak sangat sejak I pakai serum ni.


Serum ni juga membantu kurangkan garis-garis halus. Kulit I tak ada garis halus tapi yang pasti kulit I rasa lembap sangat bila bangun tidur next day. I selalu pakai waktu malam serum ni sebab rasa bila malam, kulit I berehat sambil skincare buat kerja jadi kesan dia lagi best. Kalau korang nak cuba, boleh je pakai waktu siang juga. Cara guna titiskan je beberapa drop dan urut lembut pada kulit. I guna selepas cuci muka dan pakai essence. Boleh pakai sebelum korang pakai moisturizer.


Kadang-kadang sesetengah produk yang agak heavy kena ambil masa untuk serap pada kulit sebelum kita letak lapisan produk lain kan? Bila I pakai serum ni, skincare routine I cepat je sebab serum ni cepat meresap pada kulit dan tak ganggu lapisan skincare I. Faham tak bila pakai produk lain lepastu bila nak pakai next produk dia jadi piling. Produk tu tak sesuai lepastu jadi melekit dan tak nak serap pada kulit. 


Tekstur dia tak melekit dan cepat menyerap. Memang tak heavy langsung tapi bukan jenis runny macam air, sesuai pakai waktu siang sebab waktu siang I suka pakai produk yang tak melekit. Bau dia pula tak ada apa-apa bau yang kuat, cuma ada bau lembut yang tak menggangu pun. Serum ni tak berminyak dan tak ada pewangi jadi sesuai la kalau korang jenis kulit sensitif kalau nak cuba. 



                                                Before                                            After


Before pakai serum ni, kulit I agak dull sebab I tak sempat nak jaga muka elok-elok. Jerawat pun naik sebab I stress hahaha. Duduk rumah jaga anak pun stress. Jadi bila dah guna serum ni, I cuba jaga skincare routine elok-elok dan pakai serum ni setiap hari. Banyak sangat nampak perbezaan. Serum ni melembapkan kulit I jadi bila pakai terus kulit nampak berseri dan glowing sebab kulit cukup lembapan. I faham kulit I bila cukup lembapan terus nampak sihat, tak nampak kusam. 


Bila pakai produk yang sesuai dengan kulit dan next day terus nampak perbezaan kulit lepas bangun tidur, terus rajin nak jaga kulit hahaha. 


Kalau korang berminat nak cuba boleh checkout bawah ni okay

Website | https://www.hollaface.my/

Shopee | Hollaface

Instagram | HOLLAFACE




Perlu tak I cakap pasal packaging dia. Korang tengok botol dia punya design pun cantik dan aesthetic. Tengok la box dia punya design pun cantik please I jatuh cinta. I tak share unboxing dekat blog, korang boleh checkout my instagram I selalu kongsi video unboxing. Pakaging Hollaface pun aesthetic sangat. Masa I share dekat instagram story ramai macam wow dia punya aesthetic tu hahaha. Jadi I might repurchase this one sebab best gila kesan dia untuk kulit I yang jenis kombinasi ni dan sebab I happy bila unbox parcel Hollaface (ɔ◔‿◔)ɔ♥






0 comments