Pelbagai Hadiah Hebat Bernilai Lebih RM 2 Juta Untuk Dimenangi Dengan WHEEL-YOO-WIN

Siapa je tak nak menang hadiah kan. Korang kena join kempen 'Wheel-Yoo-Win' yang khusus untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun. Jadi korang dah jadi pelanggan Yoodo ke belum?





I antara pengguna Yodoo juga sebab I selesa dengan perkhidmatan mudah alih Yodoo yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital. Bila I rasa bulan tu I tak banyak guna internet ataupun untuk buat panggilan,I boleh je ubah ikut suka I dekat apps dia which I rasa senang sungguh untuk I yang sentiasa busy dengan handphone ni. Yoodo juga dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Yoodo di yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube dan Twitter.


Kempen ni kerjasama dengan SEA Gamer Mall (SEAGM) dan akan berlangsung sehingga 21 Disember. Bagi yang tak familiar dengan SEAGM, ia sebuah platform e-dagang dan perkhidmatan digital antarabangsa untuk para pemain, pembangun dan penerbit permainan video.


Pengguna Yoodo yang layak akan memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200. Nak tahu tak hadiah menarik yang ada?

 Kod UC PUBG Mobile

 Langganan percuma selama setahun

 2H1M Staycation

 e-baucar Grab

 kad e-hadiah Starbucks

 e-baucar Petronas

 berlian Mobile Legends Bang Bang

 e-baucar beli-belah Lazada and more!


Hadiah utama dia lagi menarik, iPhone 14 Plus terbaru bernilai RM5000, peranti Samsung bernilai RM800 dan kelengkapan permainan video bernilai RM600 yang para gamers kena rebut sekarang. Cara pemilihan berdasarkan cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan.


CARA NAK JOIN KEMPEN WHEEL-YOO-WIN

 Berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo, dijamin akan membawa pulang satu hadiah

 Setiap peserta akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan akan menerima hadiah serta merta.

 Bila dah menang, kalau korang kongsi kemenangan di media social Facebook dan Twitter, layak untuk join cabutan bertuah bulanan yang diadakan pada 31 Oktober, 23 November dan 22 Disember.


Untuk maklumat lebih lanjut Wheel-You-Win boleh kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin






0 comments