Salam Ramadan 1 Ramadan 1445

 Salam ramadan untuk korang!



Dah lamanya tak update blog. Serius lama sangat last update Dec 2023 iaitu tahun lepas hahahha. Rindunya masa banyak masa free dulu-dulu sehari sampai dua tiga entry boleh update. Sempena bulan ramadan ni nak tukar habit la at least I nak update dua tiga entry sebulan. Boleh la kan dari tak ada.


Jadi untuk entry santai-santai harini, if ada blogger friends kita dekat sini drop sikit komen dekat bawah so kita boleh singgah blog korang jugak. Next entry kita terus nak update skincare review and semua review-review produk yang tertangguh yang tak sempat buat review itu. Sebab I banyak sangat skincare and mostly sempat update dekat igstory or feed je. Tak cukup patah perkataan nak honest review so korang nantikan la review kita dekat sini.


Bulan ramadan ni juga kids dah start sekolah kan, anak I pun dah start sekolah jadi dah bermula la masanya untuk I jadi supir hantar anak pergi balik sekolah. Dan akan berterusan sampai dia dah tahu pergi sekolah sendiri atau masa dah masuk universiti nanti. Serius bila fikir bila anak dah start sekolah ni makin banyak kerja dan tanggungjawab parent kan. I baru nak start tahun ni and kita shockkk sikek hahahha. Harap I boleh tempuh dengan jayanya Amin.


I jumpa korang dekat next entry and harap boleh la rajin update blog seperti dua tiga tahun lepas hahaha. Jangan lupa tolong I klik iklan sekali okay!













0 comments