Trend aksesori terkini untuk lelaki ialah jam tangan. Tak
percaya? Tengok saja secara global makin ramai lelaki yang memilih jam tangan
sebagai aksesori harian. Watch atau jam tangan amat sesuai untuk jejaka yang
suka menjaga penampilan mereka kerana ia merupakan item paling mudah untuk
dipadankan dengan apa juga pakaian. Zaman sekarang amat mudah untuk membeli jam
tangan online tapi tahukah anda bagaimana untuk membeli jam tangan dengan betul? Mari kita
baca tips membeli jam tangan.
1. Ketahui harga
Harga jam tangan bergantung kepada jenis bahan pembuatan,
adakah jam tangan tersebut jenis berjenama dan jenis movement atau pergerakan jam tangan tersebut. Quartz movement selalunya lebih berpatutan dan automatic movement pula akan lebih mahal. Ini adalah kerana jam
tangan jenis automatic movement melalui lebih banyak proses dalam pembuatannya.
2. Kenali saiz
Ukur lilit pergelangan tangan anda terlebih dahulu. Ini
penting kerana anda tidak mahu membeli jam tangan secara online dan kemudian
bila dah sampai, tak muat atau terlalu ketat. Tahukah anda, jam tangan
mempunyai ukuran “muka” tersendiri? Saiz ukuran muka jam tangan juga penting
dan mengikut saiz pergelangan tangan anda. Jika anda mempunyai tangan kecil,
saiz muka jam 34mm-40mm lebih sesuai. Untuk mereka yang mempunya tangan lebih
besar, ukuran muka jam yang sesuai ialah 46mm.
3. Pilih tali jam
Mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing, anda boleh
memilih jam tangan yang mempunyai tali berbeza. Tali jam termasuklah jenis
metal atau stainless steel yang kerap
digunakan. Jam tangan yang mempunyai tali metal boleh digunakan untuk gaya
kasual atau formal. Bagi mereka yang lebih meminati fesyen vintage, pilih tali
jam jenis leather atau kulit. Satu lagi tali jam ialah NATO strap yang kini
banyak digunakan oleh ikon global.
Dengan tips ini, lebih mudah untuk anda membeli jam tangan
secara online. Boleh tengok dahulu apa yang ada, baca deskripsi pada laman web
kemudian pilih mana satu pilihan hati. Untuk wanita di luar sana, sekarang anda
boleh bijak membeli jam tangan dengan tips ini. Boleh dijadikan hadiah untuk
yang tersayang.
aina pun jadikan jam sebagai aksesori berbanding gelang. tak lengkap rasanya kalau x pakai jam
ReplyDeletesenang nak tengok masa kan.lgpun macam style skit
Deletesaya pulak rasa pakai jam nih macam berat.. hehehe
Deletehttp://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html
haha kena pilih yg jenis ringan mcm ni
Deletesaya lebih prefer yang stainless steel tu sebab boleh sesuaikan dengan banyak pakaian. hehe
ReplyDeleteaha sesuai untuk casual and formal kan
Deletesangat sesuai
Deletehttp://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html
oh begitu rupenye. Thx for the info.
ReplyDeleteSejak ada henpon.. dah jarang pakai jam.. berat.. hehehe
ReplyDeletehttp://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/mystery-giveaway-2017-oleh-airah.html
aha kdng2 guna handfon je tengok jam
DeleteCantik. Jam dan saya, berpisah tiada :)
ReplyDeletesusah kalau tak ada jam ni
Deletesha selalu belikan adik lelaki sha jam, main beli je, dia pun main pakai je hahaha!
ReplyDeletekalau org dh belikan mesti la kena pakai.ada jam yg sesuai untuk semua event kan
DeleteBanyak pilihan jam tangan di Zalora.. semua cantik-cantik belaka..
ReplyDeleteLZ pun prefer jam tangan berbanding accessories lain..
By the way salam perkenalan Shesyira As..
aha jam nampak lebih menarik sesuai nak padankan dengan semua outtfit.
Deletesalam perkenalan jugak sis
Nadia ada jam tapi tak pakai lama dah sebab malas nak gie tukar bateri jam. hahaha
ReplyDeletethen, now depends kat handphone je lah . =)
airah sebab tali dah rabak terus malas nak pakai jam hehe
Delete