Masuk 2018 ni ramai sangat yang update 2017 best nine ni di instagram. Bukan sahaja di instagram tapi di blog pun sama. Jadi I pun nak share jugak My 2017 Best Nine. Walaupun I jarang update instagram lagi-lagi selfie tapi ada jugak la update gambar kalau ada benda best yang I pergi atau buat.
Gambar pertama dalam row pertama tu gambar masa I konvo. Boleh baca cerita konvo I dekat entry ni - Diploma Konvokesyen. Dalam gambar tu tak ada anyah sebab dia tak dapat datang, tak nak ponteng kelas haha. Majlis konvo I pun bukan hujung minggu tapi hari isnin. Aiman pulak dia yang tolong tangkapkan gambar.
Dalam best nine I ada tiga gambar masa konvo. Yang first sekali tadi dan dua lagi gambar pada row kedua dan ketiga, gambar paling last. Dedua gambar I dengan Aiman tapi satu pakai jubah konvo dan pegang chocolate bouquet lagi satu tak.
Gambar kedua dalam row pertama tu masa I dengan Aiman pergi Pulau Pangkor rasanya. Boleh baca entry Pulau Pangkor I dekat sini - Short Gateway Pulau Pangkor. Ini pertama kali I pergi Pulau Pangkor bila dah besar ni. Masa masih baby I memang tinggal di Pulau Pangkor. Lama jugak la tak silap I sebelum pindah Batu Gajah.
Gambar yang Aiman pakai uniform tu pulak masa dia passing out day. Hitam betul suami sendiri kena berjemur berkawad semua. Memang macam-macam la I bekalkan skincare untuk Aiman. Gambar yang Aiman pakai uniform dengan ramai-ramai tu gambar dengan family mentua I.
Yang lain-lain tu biasa la gambar I berdua dengan Aiman. Sedondon hitam baru lepas pergi kenduri, yang sedondon pink pulak masa pergi Movie Animation Theme Park. Gambar I dengan baby tu anak sedara I nama Cammy. Sekarang dah besar dahh tau nak main je. Ini pun I dah lama tak jumpa sebab tak balik Perak lagi. Kalau balik Perak pun bukan dapat jumpa semuaorang kecuali ada majlis je.
I harap tahun 2018 ni lebih banyak memori I dengan family dan kawan-kawan. Banyak sebenarnya I dah belajar dari pengalaman 2017, macam-macam benda jadi. Lepasni I harap I lebih matang dalam hidup. Harap murah rezeki, panjang umur dan sihat sentiasa Amin.
Amin, Happy New Year 2018 !
ReplyDeleteThankyou happy new year too
Deletehappy new year.. suka bt jugak tiap2 thn
ReplyDeleteHappy new year too ❤️
DeleteHappy New Year, Airah!! Moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Many good days to you.
ReplyDeleteHappy new year too siqah. Semoga tahun ni pun tahun terbaik siqah
DeleteHi, i don't know if you noticed me or not. But we've been replying comments for like over a year. And, i realised that your husband and my boyfriend are friend! Hahahhaha. Sebab semalam i bukak instagram dia and go through his friend and ada husband you ni. And i accidentally clicked on your ig. Pastu i macam familiar dgn url blog you. Try tanya husband you, kenal tak Izzat Yusri hahah adehh.
ReplyDeleteHai ! Ya I dah tnya my husband hahahahah dia kenal.i seriously tak perasan sebab tak kenal sgt mostly kwan dia.kawan since sekolah and uitm kan?memang husband i kenal laa
Delete