Untuk tahun 2018 ni I berazam untuk membaca lebih banyak buku tak kira apa jenis pun dan membeli lebih banyak buku juga. I ada fikir jugak mungkin kena buat tabung untuk beli buku pula lepas ni -.- Banyak tabung nak kena buat ni. Untuk bulan Januari, I tak baca buku pun sebab malas hahahha. Bukan bukan. Sebab I tak ada buku lagi yang nak dibaca. Bulan Februari baru stok buku sampai diterbangkan khas dari Perak.
Ikutkan dekat Perak, rumah mama ayah I memang banyak la buku. Novel memang berlambak sebab mama dan I hantu novel. Buku agama pun banyak sebab tu favourite ayah. Ikutkan I memang dah lama sangat tak membaca. Hantu novel tu terberhenti bila I masuk belajar. Tak ada masa sangat untuk baca novel. Buku belajar pun I tak ada banyak masa nak khatam inikan nak membaca novel. Jadi azam tahun 2018 ni nak membaca sebanyak yang boleh.
Untuk Februari I baca empat buah novel dan satu buku motivasi. Untuk novel yang I baca iaitu Neredesin? Awak di Mana? , Titian Cinta, Hero Seorang Cinderella dan The Unsung Hero nanti I buat full review okay. Gambar semua dah ready harap I ada mood la nak menaip. Siapa suka baca novel macam I sila tinggalkan komen novel favourite korang di bawah okay !
Buku motivasi pula I baca Dila Mamadil by Dila Mubarak. Gambar buku ni tak ada dekat atas sebab I pinjam je hehehe. I suka jugak baca buku motivasi dalam bentuk bisnes ni sebab sangat memberi semangat untuk I lebih berusaha buat apa yang I sedang buat sekarang. I ni kadang mood okay semangat, kadang sampai tak ada semangat nak buat apa-apa pun. perlu sangat pembacaan macam ni untuk kekalkan semangat I dalam apa yang I buat.
Neredesin? Awak di Mana?, Hero Seorang Cinderella dan The unsung Hero memang I enjoy je baca. Lagi-lagi The Unsung Hero by Melur Jelita tu, terlalu banyak info berguna berkaitan agama mahupun nasihat dalam tu. Untuk Titian Cinta pulak bukan I tak enjoy baca tapi sebab I dah pernah tengok drama dia jadi macam dah tak best sangat nak membaca. So lepasni I akan baca dulu novel atau buku tersebut sebelum I tonton adaptasi dia kalau tak memang tak ada mood nak membaca sebab dah tau jalan cerita haha.
Insha Allah nanti I buat full review untuk setiap novel ni. Korang ada favourite novel atau buku yang best untuk dibaca tak? Boleh I beli jugak.
Sha peminat novel.. Suka genre thriller dan seram.. Cinta pun layan juga.. Jemput singgah di blog...
ReplyDeleterajinnya balut novel semua :)
ReplyDeletethe unsung hero tu fav!
ReplyDeleteWah.. Tebal sungguh tu. Berapa hari boleh siap baca untuk novel tebal begitu.
ReplyDeleterajinnya baca novel. dah berlalu dah zaman emi rajin baca novel ni. sejak dah kerja mmg tak sempat nak baca novel. tp tengah slowly pupuk balik budaya membaca dlm diri sekarang ni
ReplyDeletei suka tengok buku novel punya cover tapi nak membaca nya belum tentu habis, selalu baca awal awal lepas tu skip to the end hihihi
ReplyDeleteDah lama tak membeli buku dan novel. Suka jugak beli buku. Banyak buku yang belum baca lagi... huhuhu...
ReplyDeletehaihs nk recap pun x tercap... sejak lately too busy buku2 fixi yg Ty beli berabuk dah tak terbaca...keep reading sis jgn jd cam Ty ni.
ReplyDeleteAkak pun peminat novel, ada Unsung Hero tu jugak..tapi macam tak faham cerita sebab dia ada siri pertama dan kedua kan...kena beli dulu la yang pertama dan kedua baru bleh baca yang Unsung hero tu..kalau tak macam tak tahu cerita..
ReplyDeleteWah..syokknya baca 4 novel last month..akak ni x ingat dah last bila baca novel..hihi
ReplyDeleteWah rajinnya membaca buku. Tak ingat dak bila last berjaya setelkan sebbuah buku. Sekarang lebih suka baca majalan & Google..hehe
ReplyDeleteDah lama I tak baca novel. Sometimes see the thickness of the book, it makes me to give-up. I don't have much times for this.
ReplyDeleteSy kagum dgn mereka2 yg boleh khatam novel dlm masa yg singkat sbb sy mmg x minat baca novel. Huhu
ReplyDeleteBaguslah satu family suka membaca mesti hasil karangan dan penulisan patut sangat seronok nak baca hehehe kita nak habis satu buku pun susah wakakakka...
ReplyDeleteSaya sudah lama tak baca novel sebab selepas ada anak-anak, tak ada banyak masa untuk sendiri. Dulu masa sekolah selalu baca novel.
ReplyDeleteAna rajin beli novel tp baca nya tak sempat2 lagi. HSC tu ana tgk drama dia je. Tp the unsung hero tu lama dah aim nak beli. Ramai review bagus buku dia.
ReplyDeleteWahhhhhhhhhhh bagus ni. Buku lain pun buat camni tau. Hehehe. Supaya terus reading recap.
ReplyDeleteMemang tak rajin langsung baca novel. Saya suka Minton Dari baca. But the unsung hero Tu mcm menarik.
ReplyDeletewhat???? You read 4 novels and 1 motivational book in February alone? I can't even get myself to finish 1 motivational book in 6 months,....I am so ashamed of myself.
ReplyDeleteAlamak, terasa macam tahun 2018 ini belum ada satu buku pun berjaya dihabiskan... Just baca sekerat-sekerat je...
ReplyDeleteDah lama betul tak baca novel atau buku, tak ada time langsung. Dulu memang pengumpul novel..sejak dua menja ni dah tinggalkan terus..huhuhu
ReplyDeleteThe last book I read is regarding Malaysia nightlife by a local writer. I read more in magazine. Can't wait for your review soon.
ReplyDelete