Perlu ke tak urut lepas pantang?? I ada juga terfikir masa
mengandung dulu kena ke urut-urut ni sebab malas betul nak mencari tukang urut.
Lepastu boleh tahan mahal ratus-ratus baik la I guna duit tu beli makanan
sedap-sedap atau beli barang baby. Tapi masa mengandung I rajin baca itu ini
persedian lepas pantang nanti, semua macam galakkan berurut. Semua mesti ada
sesi mengurut la. Mama I pun sama tanya dah book tukang urut ke belum nanti
penuh pulak tak ada orang nak urut.
I memang berurut lepas bersalin haritu. Bukan dua tiga hari
lepas bersalin terus urut macam orang tua selalu suruh tu. Dah seminggu ke dua
minggu lepas bersalin baru urut hahaha. Jadi perlu atau tak urut ni? Perlu
kalau rasa badan perlu dimanja. Lepas bersalin kan penat meneran, penat jaga
anak lagi jadi kalau nak manjakan diri dengan urutan, nak orang jaga buat air
mandian, sapu-sapu minyak dekat badan boleh la tempah tukang urut.
Urut ni tak wajib pun. I ada follow beberapa orang doctor
dekat facebook memang diaorang tak ada galakkan pun berurut ni. Kalau ada duit
boleh je nak urut. Tak ada nya kalau tak urut nanti mati ke, badan sakit ke,
tak boleh habis pantang ke macam tu. Berurut ni cuma salah satu step nak manjakan
diri lepas bersalin je.
Fikir tak kalau tak cukup budget nak tempah tukang urut tapi
anggap berurut tu memang wajib. Kan dah membazir dekat situ padahal duit tu
boleh je guna untuk buat benda lain contohnya beli makanan berkhasiat masa
pantang. Kalau dah siap kumpul budget untuk urut masa tahu awal pregnant tu seronok
la kan. Sebab tempoh berpantang memang penat sangat. Mana nak uruskan diri
sendiri, uruskan anak, kalau anak dah berderet kena uruskan anak-anak-anak dan
suami lagi, tidur tak cukup. Kalau dapat orang urutkan badan memang segar sikit
la rasa.
Jadi kumpul duit awal-awal untuk sesi korang manjakan diri
dengan berurut masa pantang nanti okay.
Masa I mengandungi, I cari tukang urut dekat facebook. Ramai dan macam-macam
range harga ada. Kalau korang nak cari tukang urut sekitar Perak terutamanya
dekat Batu Gajah, Ipoh, Seri Iskandar boleh try contact number dekat bawah ni
okay.
AMF Healthy Enterprise – 014 213 2065
Mas – 011 1090 9921
Qalieysa Aura – 019 567 9082
Aura Jemari Intan – 019 221 3861
Ida – 016 9418433
Banyak lagi sebenarnya I dah survey tapi mana entah hilang
contact.
I ambil tukang urut yang mak mertua I dah biasa. Dia memang
selalu pergi berurut jadi dah biasa dengan makcik tukang urut tu. Memang sedap
dia urut walaupun sakit tapi sakit jenis sedap hahaha. I berurut tiga hari
macam biasa rakyat marhaen . Jealous jugak tengok orang yang berurut sampai
sebulan tu siap ada sauna, scrub semua harap la next pregnancy I kaya so boleh
book tukang urut sebulan!
Hoho, kita lepas bersalin anak kedua tu,, adoo mak. sakitnya rasa badan tu macam tak leh nak buat apa². tiga hari je urut.. sampai sekarang tak ada lagi. haha #rakyatmarhaen. :')
ReplyDeleteNak urut ke tidak bergantung juga pada badan dan bajet yang ada. Rasanya tak salah pun nak berurut, bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri juga. Sejujurnya selepas bersalin memang rajin pergi berurut sebab selalu sakit-sakit badan huhu.
ReplyDeleteIsteri saya pun ada pergi urut selepas pantang. Saya rasa memang perlu untuk buangkan angin dalam badan. :)
ReplyDeleteUrut pun banyak kelebihan kan?...untuk membetulkan urat2 lepas bersalin tu, nak buang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah. Saya urut juga lepas bersalin.
ReplyDeleteWalaupun urut ni tak wajib tp apa salahnya kalau kita buat. Lagipun elok dan dapat legakan badan dari sakit2.
ReplyDeleteI am also not into massages and spas. But I do need it sometimes to reward myself after all the hard work. Thank you for sharing this information. Take care.
ReplyDeleteSebenarnya urut lepas pantang memang harus especially lepas 3 hari sebab masa urut bole naikkan balk peranskan dsn lsncarkan kembsli darah. Ia bukan utk manja2 shj tpi perlu agar badan sihat utk kangka panjg. Duit bole cari tapi badan kena jaga. Urut mmg penting dan wajib!
ReplyDeleteHehe. Betul tak wajib but depends on badan masing2. But mostly berurut sebab dah sakit sakit badan sengal macam tu lega sikit berurut depa kata.
ReplyDeleteTapi urut sekarang tak macam dulu dah yg lipat segala lipat. Skrg urutan lebih chill2 je kan~ Kena belaian manja gitu. Hahaha.
Mcm ena lagi suka berurut. Tak mengandung pon dari zaman bujang msti nak berurut. Tk suka mesin urut tak sedap langsung hehe. Kalau beranak mmg dah tempah urut 3hari terus dengan baby murah je rm100. Penat lah lepas meneran. Hehe. Cuma preggy ni ena urut kaki sendiri je.
ReplyDeleteKalau kita.. Wajibbbb.. Sebab bdan penat n letih2... Bila berurut ni at least xda la lemau sangat... Kita pun berurut 3 hri berturut2 ja.. Tu pun lpas 3 minggu sbb cser.
ReplyDeleteWahhh untung duk ipoh. Ada banyak tempat urut yg boleh direkomenkan. Bagus sebenarnya urut lepas bersalin untuk perbetulkan urat2 badan
ReplyDeleteSaya sememangnya langsung tak tahu bab2 berpantang dan sebagainya. Melalui artikel ni, byk juga yg saya tahu. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteBerurut ni ikut org. Kalau tak biasa mmg xminat. Saya dari zaman bujang mmg berurut. So, lepas bersalin mmg rasa kena juga. Sampai tukang urut pelik sbb langsung tak mengaduh sakit. Haha. Dia urut kuat tapi sgt best. Boleh terlena.
ReplyDeleteHehe. Baik mengurut ni. Dah rasa memang best. Rasa nak ulang berkali2. Lepas dah penat lelah mengandung dan bersalin, masa ni la nak reward diri. Ha cari duit banyak2 biar kaya, boleh tempah sesi urut dan spa!
ReplyDeletebest kalau dapat mengurut, tapi kalau tak dapat (disebabkan kekangan condition ibu atau bayi) takpe je tak mengurut. jaga pemakanan dan kesihatan lebih baik
ReplyDeleteJarang berurut ni.. tapi urur sla mesti best kan,,
ReplyDelete