MOMNED Maternity Socks review

Olla. I masih tak habis lagi ya review barang masa pregnant dan pantang hahaha. Kalau boleh semua benda I nak review nanti senang mommies lain nak refer sama ada berguna atau tak. Harap blogpost I yang lain membantu la okay. Kali ni I nak kongsi salah satu produk yang sangat berguna untuk pregnant mummy and dalam pantang pun berguna jugak. Momned Maternity Socks.





I beli sock ni masa mengandung 7,8 bulan rasanya. Disebabkan I agak berat masa mengandung, kaki senang bengkak kalau banyak berjalan dan banyak berdiri. Kaki bengkak ni keturunan jugak hahahaha sebab mak sedara I kalau banyak jalan dan badan agak berat pun senang bengkak kaki. Jadi I pun search la stoking yang sesuai nak pakai untuk cepatkan proses bengkak surut dan kaki kurang rasa lenguh. 


I suka sangat dengan customer services Momned ni. Sangat membantu kalau ada masalah time korang beli sock ni. Start dari proses pembelian sampai feedback customer semua diaorang ambil berat. Sock ni ada beberapa saiz dan korang boleh refer chart dia. Kalau tak berapa pasti dan waswas boleh je dm Momned dekat instagram confirm diaorang bantu. I beli sendiri tau sock ni bukan sponsored. 


Bagi I sock ni mungkin agak mahal tapi serius berbaloi. Kalau korang ada kawan yang berminat dengan sock ni jugak, bila beli lebih dapat jimat lebih. I tak sure promo tu masih ada atau tak. 





MOMNED claim sock ni membantu untuk bengkak kaki, kaki penat, lenguh masa mengandung dan dalam pantang. I pakai masa mengandung serius membantu. Biasa I akan pakai minyak dulu dekat kaki sebelum pakai sock. Pakai pun tak lama dalam sejam dua lepastu bukak and rasa perbezaan dekat kaki. Kurang lenguh, bengkak pun cepat surut. 


Kalau korang waswas betul ke sock ni dapat membantu. Insha Allah membantu sebab sock ni jenis compression sock. Memberi tekanan pada kaki supaya aliran darah pada kaki lebih lancar. Tak silap I doktor pun ada suggest try pakai compression sock dalam tempoh hamil kalau korang ada masalah kaki. Sock ni ada zip boleh laras dan tahan lasak. So far I pakai masih elok lagi. Memang tak sama dengan stokin-stokin biasa.


Material dia pun selesa. Bila pakai sejam dua pun masih selesa pada kaki. Ada juga I pakai masa tidur. Next day kaki rasa lega. Fabrik yang digunakan adalah nylon yang bersifat elastik dan tak panas. Macam I cakap tadi saiz ada pelbagai so pastikan nak selesa ikut saiz korang bebetul. Masa I beli dapat stokin gebu untuk pakai bersama compression sock ni. Sesuai la nak pakai masa pantang dah datang sekali dengan stokin gebu.


0 comments