Trip ke Zoo Taiping & Night Safari




Bila dah umum boleh merentas negeri, memang ligat la I plan nak jalan-jalan mana. Bukan nak pergi jalan jauh pun, sambil balik kampung tu, singgah la mana-mana tempat best yang kena dengan budget kan. Sejak dah ada anak ni, Ayhan pun dah pandai tanya itu ini, mesti kena cari tempat yang sesuai untuk budak-budak. Dulu masa belum ada anak, semua tempat boleh, tak kisah pun main redah je. Dah ada anak ni kena la plan elok-elok kan.


Bila balik Perak, plan I nak pergi Zoo Taiping dan Cameron Highlands. Tapi sejak dah boleh merentas ni, tak putus-putus orang pergi Cameron jadi I postponed jela dulu plan tu. Tahun depan jela baru pergi. Malas nak bersesak atas tu. I balik kampung pun memang tak ada lagi pergi tempat sesak sebab risau ada anak kecil dan moga dijauhkan dari covid ni.


Nak pergi Taiping ni pun memang gerak awal. Pukul 8 pagi dah siap nak bertolak.


Waktu operasi Zoo Taiping 8:30 pagi - 6:00 petang
Waktu operasi Night Safari 8 malam - 10 malam






I pergi Zoo siang jela. Yang malam tu tak pergi and tak pernah lagi pergi walaupun teringin la juga. Yang I bagi ni operation hours tahun lepas. Tak sure diaorang ada update operation hour yang baru ke. Walaupun I pergi weekdays, tapi kemain ramai orang. Masa I baru sampai nak beli tiket tu tak ada ramai sangat sebab awal lagi. Bila keluar je dari pintu Zoo tu memang ramai tengah beratur tunggu nak scan mysejahtera, tunggu turn nak beli tiket. Kalau korang ada plan nak jalan-jalan musim covid sekarang, plan datang awal okay.


Boleh elakkan kesesakan ramai orang. Jaga sop juga okay. Tapi now budak dah start sekolah I rasa dah kurang sikit musim orang jalan-jalan kan? I pergi Zoo ni pun sebab nak bawa Ayhan tengok haiwan walaupun dia tak berapa minat sangat hahaha. Semua haiwan jauh-jauh nak tengok lepastu stress jugak nak suruh budak umur dua tahun ni tengok binatang yang jauh eeeii entah nampak ke tak. List tahun 2022 ni nak bawa Ayhan dan Ayreen pergi tengok animals juga tapi kali ni mungkin Zoo Negara atau Aquaria. Harap murah rezeki mummy tahun ni nak jalan-jalan KL hahha






Zoo Taiping ni bagi I luas gila la. Kalau korang bawa anak kecil yang malas jalan memang lebih baik bawa sekali stroller atau basikal budak yang tiga roda parents tolak tu. Itu pun selesa jugak sebab kalau anak malas jalan jauh memang pengsan sikit nak dukung. Ayhan setakat ni dia suka je jalan main kejar-kejar sekali. Ayreen pulak kecil lagi I guna carrier je senang.


Paling penting juga korang kena bawa kipas! Walaupun I datang sebelum tengah hari, panas tau berjalan. I bawa sorang satu kipas untuk anak-anak. Okay la dari lencun dengan peluh hahaha. Lagipun masa I datang tu baru lepas hujan jadi cuaca sejuk sikittt la. Botol air jalan lupa. Ada je orang jual makanan dan minuman tapi anak I tak minum manis, bawak botol air siap-siap. I suka je jalan jauh-jauh macam ni sebab sambil jalan-jalan boleh la juga bakar lemaksss.






Tak silap I harga tiket untuk dewasa RM16 untuk kanak-kanak pula RM8. Anak I tak cukup umur lagi jadi freeee tapi tahun ni Ayhan dah 3 tahun, I rasa semua dah kena bayar nanti untuk harga kids hahaha. Dekat dalam zoo ni pun ada taman mainan kanak-kanak tu. Ayhan memang fav la main taman siap tak nak balik lagi. Sebab kiteorang dah laparrrrr kena la balik.


I ada juga post video and gambar Zoo dekat ig check it out okay - Reels, Photo, Photo 







8 comments

  1. Pernah singgah juga zoo ni pada waktu malam. On The Way dari Kedah ke KL, ternampak signboard Night Safari kat Zoo ni terus teruja nak singgah. Yg terujanya sis. Haha. Ada juga pengalaman night safari kat zoo taiping ni.

    ReplyDelete
  2. Truly a great educational trip for the kids to exploring Taiping Zoo & Night safari, so proud that all well managed from your sharing here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. teringin nak datang sini bawa anak2.. mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi

    ReplyDelete
  4. Ada kesempatan nak bawak anak2 ke zoo taiping. Macam beat je ni. Seronok budak2 tengok haiwan ni semua. Memang kene orepare banyak kalau pergi zoo

    ReplyDelete
  5. bestnya pi zoo, lama tak pi zoo, budak2 mesti suka pi zoo kan,dapat pi night safari best jugak ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya pergi zoo. Dah lama jugak rasanya tak bawak anak pergi zoo. Last pergi Zoo Melaka masa 2019 kalau tak silap. Lepas tu dah pandemik in 2020. Nak plan pergi zoo jugaklah macam ni. Best kan tengok flora dan fauna. At least dalam keadaan mereka berada di habitat semulajadi.

    ReplyDelete
  7. Wahh..best pergi zoo..kali terakhir pergi pun tak ingat bila..memang best pergi Zoo Taiping ni..

    ReplyDelete
  8. Wah best nyer bawa family go out jejalan sambil menikmati pemandangan kat zoo and night safari

    ReplyDelete