Salam. Alhamdulillah lagi beberapa hari je nak habis pantang. Berpantang kali ni memang lain sikit I rasa sebab baru dua minggu macam tu dah aktif buat itu ini hahahaha. Tak macam orang pantang pun ada stokin entah kemana, bengkung entah ke mana. Tahniah la mommies yang rajin berpantang sampai habis hari tu. I tak rajin cuma bab makan je la pantang. Bab lain malas ye lagi-lagi bila tak ada orang pantau ni hihihi.
Sebab tak boleh nak tidur walaupun pening lalat juga tak boleh tidur, mari la share dekat blog aktiviti berpantang I. Pantang kali ni Alhamdulillah murah rezeki nak ambil confinement lady. Kalau korang tak pasti confinement lady tu apa, orang yang jagakan korang dalam pantang. Yang tolong urut, sediakan makanan, sauna, mandian semua tu la bergantung pada pakej yang korang ambil. Masa berpantang anak pertama, mama I je jaga. Kali ni Aiman offer ambil confinement lady, I lagi suka laaa.
I cari confinement lady untuk area Perak dekat facebook je. Susah juga bila cari last minit dan bagi kawasan Perak ni tak berapa ramai dan banyak pilihan. Nasib baik I jumpa facebook Perak Confinement Lady and terus whatsapp kalau tarikh I bersalin masih ada slot kosong. Nasib ada lepastu terus la pilih pakej yang sesuai dengan budget and bayar deposit. I ambil pakej untuk tujuh hari. Boleh tengok bawah ni pakej tujuh hari ada servis apa okay. I ambil pakej ratu 7 hari RM1280 belum termasuk caj transport.
Berbaloi ke tak ambil confinement lady? Bagi I berbaloi sebab jadual pantang I rasa lebih teratur dan banyak masa untuk rehat. Tak payah susah-susah nak buat apa-apa dan tak susahkan orang lain juga. Kena sediakan duit je hahahaha bab duit ni memang awal-awal kena kumpul. Kalau la I ada rezeki untuk anak ketiga nanti memang wajib nak ambil confinement lady juga. Baby kedua ni I pantang rumah mertua.
Jadual confinement lady I waktu pagi. So pagi dalam 8,9 pagi confinement lady dah datang. If baby tak tidur, dia siapkan baby dulu. Siap mandi, pakai baju, tungku baby, urut minyak. Tak payah susah mummy nak mandikan. Sambil tunggu baby mandi main game hahaha.
Untuk I pula bergantung pada hari tersebut sesi urut, scrub atau lulur. Untuk tujuh hari tu, 5 hari urut, 1 hari lulur dan 1 hari scrub. Mandian herba setiap hari memang best sangat bau herba dia sebab panaskan mandian tu dalam bilik semerbak bau herba. Tak payah susah nak beli herba mandian sebab dah ready je walaupun I ada beli juga nanti guna masa penutup pantang jela hihi. Sauna maybe dalam 5 kali macam tu. I suka gila sauna rasa nak beli je mesin sauna tu tapi tak ada space dah dekat rumah ni tunggu pindah rumah sendiri jela.
Pakej I juga termasuk masakkan makanan. Nanti confinement lady tu masakkan dekat rumah kita tapi dia dah siap bawa bahan semua. Memang mudahkan urusan tapi masakan tu sekali jela sehari. Boleh la makan masa lunch. Biasa I sarapan milo or susu je dengan biskut atau roti. Dinner pula kalau ada lagi balance lauk lunch makan je hahahah sebab banyak juga dia masak.
I screenshot dari Facebook diaorang je sebab tak ada gambar langsung hahahahaha. Masa ni tak silap I yang dalam aluminium foil tu salmon and salmon dah la favourite I. Berselera sis makan.
Bab tangas tu pun I suka juga macam best sangat rasa. Siapa pernah try tangas? I pun pertama kali tangas masa pantang ni la kalau tak mungkin tak kan try. I google juga kebaikan bertangas ni dan memang digalakkan bertangas sebab banyak kebaikkan untuk wanita. Sebelum bersalin tu pun I ada beli toilet bowl untuk sitz bath. Boleh buat tangas basah tak silap I nama dia dan buat rendaman sitz bath tu la. I kalau free je baby tak nangis dan elok tidur, memang I buat. Nak tak I share sitz bath dekat next blog????
Guna servis Perak Confinement Lady ni bagi I semua okay. Layanan okay, urutan dia pun best. Memang rasa selesa je. Kalau korang tinggal kawasan Perak tak kira la mana-mana bahagian Perak pun boleh la try perkhidmatan diaorang sebab diaorang cover satu Perak tak silap I. Harga pun I rasa berbaloi dan mampu milik berbanding dengan beberapa confinement lady yang I dah survey.
I tak ada gambar langsung masa confinement lady datang sebab memang tak pegang handphone pun. I busy menikmati setiap sesi yang ada hahahah sampai tangkap gambar pun tak sempat. Handphone letak tepi sebab nak rehat cukup-cukup. Maybe itu salah satu sebab I rasa bertenaga sikit pantang kali ni. Tak payah nak fikir banyak benda. Baby pun tak banyak meragam dan baik je. Alhamdulillah harap masuk bulan baru nanti tak ada la meragam pelik-pelik.
Tahniah for second baby. Memang sangat penting waktu berpantang ni.bkan sahaja bagus untuk kesihatan mummy tetapi penting untuk baby. lebih2 untuk baby yang menyusu badan. If mummy sihat baby pon akan dapat zat yang lebih baik dari ibu. Tak salah sekali skala manjakan diri.
ReplyDeletethank you. betu tu setuju sangat. sebelum nak jaga baby kena pastikan kesihatan mummy terbaik dulu
DeleteGood package and service. I also learn something new from reading this post. Thank you for sharing.
ReplyDeletemost welcome :))
Deletesekarang senang je nak cari info kan. google or cari dkt FB.
ReplyDeletebetul tu. banyak info ada tinggal nak cari je
DeleteBagus betul. Cari yang tradisional dan yang betul agar terpelihara kan. Tak ramai yang nak jaga macam nie. Good job.
ReplyDeleteaha tak ramai yang nak jaga kesihatan masa pantang. kadang leceh juga tapi I suka
DeleteMacam macam jenama set penjagaan berpantang kan sekarang ni. Boleh lah suggest dekat kawan kawan yang bakal melahirkan ni :)
ReplyDeleteaha kena pilih mana yang berkenan je
DeleteMahal jugak kan tapi berbaloi dengan servis rawatan yang disediakan tu. Memang monlmmy dapat relax lah .. lega badan
ReplyDeletebagi I memang berbaloi. sesuai dengan harga hahaha
Deletemmg best bila ada confinement lady.. dulu ms berpantang.. panggil mak fik indon yg biasa jg org berpantang. murah sikit dan keje pun cekap
ReplyDeleteseronoknya kalau yang pure dari indo tu. mesti banyak tips dapat kan. kadang seronok sembang yang dari indonesia tu selalu kongsi petua
DeleteBaguskan sekarang, mudah nak berpantang dengan adanya pakej macam ni. Dulu time Sis, berpantanglah sendiri.. now niat ada rezeki, nak sediakan untuk anak plak nanti..
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok la anak sis lin
DeleteThanks for sharing your pantang experience, walaupun i tak ada anak tapi elok juga tahu tentang perkara macam ni.
ReplyDeletebetul tu even tak ada anak at least ada knowledge kan untuk share dengan orang lain jugak
Deletelaa org batu gajah ke? hahaah khai kg kat batu gajah juga. kalau tau nanti boleh recommend kan pakej ni dekat sepupu atau family member yang nak berpantang
ReplyDeleteeh sama laaa hahaha. dah la batu gajah ni kecik je mesti ada selisih ni
DeleteTalking about Confinement Lady reminds me of my mom kat kampung.. this is her expertise bah! bagus juga ada agency yang buat macam ni kan... professional sikit...
ReplyDeleteseronoknya... I suka if orang berumur yang datang jaga for pantang. they know everythingggggg
DeleteThe package looks quite affordable right. Mother who have just delivered can really rely on such packages to help them regain their health and nourishments.
ReplyDeletetrue. essential for orang lepas pantang. can manjakan diri and rehat
DeleteMemang berbaloi ambik confinemnet lady nih sebab teratur. Lagi2 kalau keluarga jauh . Bakal mak2 dan ayah zaman sekarang patut saving untuk ambil confinement lady ni. Semoga cepat sihat yer.
ReplyDeletebetul tu lebih teratur urusan dalam pantang bila ada confinement lady
Delete